Sunday, March 21, 2010

Selangor, Kedah, NS dan Terengganu mara

 AIDIL Zafuan (kiri) dicabar Pemain KL Plus, Nizarddin Yusuf dalam saingan di Paroi, malam tadi. NS menang 3-1.


Terengganu iringi selepas harungi masa tambahan tundukkan T-Team

JUARA bertahan Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala FA selepas perlawanan suku akhir kedua, malam tadi.

Begitupun, tatkala tiga pasukan elit itu mara muda, pertemuan Terengganu dan T-Team terpaksa mengharungi masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 4-4 dalam perlawanan sebenar.


Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Abdul Manaf Mamat merapatkan jurang agregat kepada 3-2 dengan gol pertama Terengganu selepas bijak memperdayakan dua pertahanan T-Team dan meledakkan rembatan kaki kiri yang menewaskan penjaga gol, Shahril Shaari pada minit ke-20. Selang 17 minit, Manaf mengikat kedudukan kepada 3-3 selepas meloloskan diri daripada perangkap ofsaid untuk menyambut bola hantaran jauh Zairo Anuar Zailani, tetapi T-Team yang menang 3-1 dalam perlawanan pertama, bangkit sebelum tamat babak pertama menerusi Haris Safwan Kamal.

Terengganu yang enggan mengalah kepada pasukan ‘adik’ memperoleh gol ketiga hasil rembatan Mohd Ashaari Shamsuddin (m72) sebelum Firdaus Fauzi memastikan gol kemenangan lima minit selepas tambahan masa.

Di Stadium Selayang, Kedah memastikan tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 5-0 ke atas Tentera dan agregat agregat 6-1, dengan pesta gol pelawat bermula dengan sepakan percuma minit ke-10 Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol, Khairul Anuar Mohd, dan satu lagi pada tambahan masa babak pertama.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-1 ke atas KL Plus untuk mara dengan agregat 3-2. Idris Karim membuka jaringan pada minit ke-66 untuk Negeri tetapi pantas disamakan Mohd Fadzli Shaari seminit kemudian.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan Selangor mudah mengatasi Pos Malaysia 3-0 untuk mara dengan agregat 8-1, menerusi jaringan R Surendran (m2, 41) dan Rudie Ramli (m38).

Sumber : Berita Harian Online

TAHNIAH KEPADA PASUKAN YANG LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA FA

Fazli Sham Tawan Alor Setar



ALOR SETAR - Pelumba Shell Advance Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham melakar sejarah sebagai pemenang pertama kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah semalam.

Pengalaman nyata memihak pelumba dari Taiping itu, apabila mengungguli perlumbaan dalam masa 12 minit 03.259 saat.

Dia muncul juara selepas menafikan saingan pelumba Petronas Sprinta Yamaha Raceline, Hafizh Syahrin Abdullah, yang ketinggalan hanya 0.228s,

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha AHM, Md. Zambri Baba, ketiga.

Fazli, yang bermula dari petak pertama, mengekalkan kedudukan pendahulu, walaupun dicabar sengit oleh Hafizh di sepanjang 15 pusingan perlumbaan.

"Saya cuba mengelak asakan pelumba lain, tanpa menyedari siapa yang cuba memintas saya, namun sukar untuk saya menjarakkan kedudukan.

"Pada empat pusingan pertama, saya menggunakan pengalaman dan kekuatan kekuatan jentera untuk kekal di depan.

''Saya gembira kerana memenangi saingan pertama CP130 ini," kata Fazli.

Sementara itu, juara Novis musim lepas, Hafizh mengakui sukar memintas Fazli.

"Keadaan litar yang sempit menyebabkan saya sukar memintasnya. Namun, kedudukan kedua sudah cukup baik buat saya,'' katanya.

Fazli kini mendahului dengan 25 mata, diikuti Hafizh 20 mata dan Zamri 16 mata.

Sumber : Utusan Malaysia Online
TAHNIAH KEPADA PEMENANG... YANG LAIN CUBA LAGI..

Thursday, March 18, 2010

Cub Prix Malaysia AAM Petronas di Alor Setar

Empat jalan ditutup


 EMPAT jalan di sekitar Alor Star ditutup selama empat hari, bermula semalam berikutan penganjuran Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas.
Pengurus Perhubungan Awam Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng berkata, jalan terbabit adalah Jalan Stadium, Jalan Bakar Bata, Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Tun Razak.


“Semua jalan berkenaan ditutup sejak 6 pagi semalam dan dibuka semula kepada orang ramai pada pagi Ahad ini. Mereka yang menggunakan jalan berkenaan dinasihatkan supaya memilih jalan lain untuk ke destinasi masing-masing,” katanya kepada Bernama.


Yvonne berkata, 100 penunggang setakat ini sudah mengesahkan penyertaan mereka, tapi pendaftaran masih dibuka hingga esok manakala mereka yang mendaftar semalam diberikan diskaun.


“Kami menerima penyertaan itu dari seluruh negara,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

JUM KITA PI TENGOK CUP PRIX PERTONAS DI ALOR SETAR. KEDAH

Lelaki Paling Kerdil Meninggal Dunia

LONDON - Lelaki paling kerdil di dunia, He Pingping dengan ketinggian 75 sentimeter meninggal dunia ketika berusia 21 tahun, kata Guinness World Records (GWR), kelmarin.

Pingping mengadu sakit dada ketika memenuhi jemputan rancangan televisyen di Rom, Itali.

Dia kemudian dibawa ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir pada hujung minggu lalu.

Ketua Pengarang GWR, Craig Glenday berkongsi pengalaman ketika mengukur ketinggian Pingping di Inner Mongolia, utara China pada 2008.

"Sebagai seorang lelaki kerdil dia memberi kesan yang besar kepada seluruh dunia," kata Glenday.

"Ketika saya menatap matanya saya sedar bahawa dia adalah insan istimewa. Dia memiliki senyuman berani dan personaliti nakal. Anda akan tertarik dengannya," katanya.

Khagendra Thapa Magar, 18, dari Nepal, dengan ketinggian 51 sentimeter disebut sebagai pengganti Pingping. 

Sumber : Kedahlanie.Blogspot.com

INFO DUNIA TERKINI...

Lawak Sinderela 2010

Lawak sinderela 2010

 (Gambar sekadar hiasan )

Pader satu hari ader seorang budak pompan bernamer sinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki...eh salah...kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.

"sinderella! Amekkan kan aku air cola!"

"sinderella! Gosokkan baju aku!!!"

"sinderella! Pi kasi makan kuder aku!"

"sinderella! Pi gali perigi!"

Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis di negara itu untuk menghadiri temasya tari menari.

Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali...mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. sinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer. Keraner terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, sinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer.

"Ok Emak, sumer suah habis, sinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira.

Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi,hati dia busok keraner dia tahu sinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja.

"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia.

sinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan.

"Aper pasal kao bersedih sindy?" tanyer fairy godmother

"Sedih ah...takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab sinderella.

"Lerr buat lah kerjer tu...maner tahu kalau sempat"

"Maner bleh sempat....nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik...jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas sinderella.

"Oh pasal tu? don't u worry...i can help u on that" balas fairy godmother

"Camner?" tanyer sinderella

Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform buku kepada komputer riba. Di campakkannyer kepader sinderella.

Apa lagi disuruhnya sinderala surf Internet. "Macam macam ada"

SEKIAN..

Pengajarannya belajar komputer jangan malas

Sumber : Email Yahoo Group

RAJIN-RAJINLAH BELAJAR KOMPUTER 

Wednesday, March 17, 2010

Selangor Kena Belasah Sriwijaya FC

SELANGOR mendapati jurang antara liga tempatan dan Piala AFC umpama langit dan bumi selepas dibelasah 6-1 oleh Sriwijaya FC pada perlawanan kedua kejohanan tahap kedua kelab Asia di Stadium Jaka Baring, Palembang, semalam.

Pendahulu Liga Super itu yang meraih keputusan seri tanpa jaringan membanggakan menentang wakil Vietnam, Becamex Binh Duong dimusnahkan dua jaringan bekas pemain import Sabah, Keith Gumbs (m-86, 89), Arif Suyono (m-38, 69), Krangar Zah (m-39) dan Rachmat Maruf Rivai (m-58).

Penyerang Safee Sali menjelmakan harapan seketika untuk Selangor membawa pulang mata apabila meledakkan jaringan pembukaan minit ke-16, namun penyingkiran kapten, Mohd Amri Yahyah minit ke-47 menutup segala peluang buat pelawat selepas ketinggalan dua gol sebelum rehat. Perlawanan seterusnya Selangor adalah menentang Victory SC dari Maldives pada 24 Mac ini.

Sumber : Berita Harian Online

SELANGOR KENA BELASAH ??

Utara: Aksi Panas Di Gua Kerbau

Pengunjung taman rekreasi rimas gelagat kurang sopan pasangan muda

KODIANG: Taman rekreasi Gua Kerbau berhampiran Kampung Kodiang Lama Dalam, di sini, tercemar dengan gelagat pasangan muda yang memadu kasih di kawasan itu terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Mereka yang tanpa segan silu berpegangan tangan dan berpelukan hingga adakalanya disyaki melakukan perbuatan terkutuk di kawasan semak ketika bersiar-siar di kawasan itu sering kali menimbulkan rasa jengkel dikalangan penduduk berhampiran.

Kebiasaannya lokasi itu menjadi tumpuan pasangan muda bermula pada waktu petang Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum hingga lewat malam walaupun sering kali ditegur oleh pengunjung serta petugas Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di situ. Tinjauan Berita Harian mendapati, kawasan itu dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas dan pondok yang sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi sekeluarga namun kehadiran pasangan muda yang tidak menghiraukan tanggapan masyarakat terhadap perlakuan mereka menimbulkan rasa tidak senang pengunjung terutama yang membawa anak kecil.

Kawasan yang lebih popular sebagai tapak perkhemahan dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan kakitangan awam itu juga dicemari dengan sampah-sarap yang tidak diurus dengan baik akibat sikap tidak bertanggungjawab pengunjung.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, beliau kesal kerana kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi keluarga itu kini tercemar akibat sampah-sarap dan perbuatan buruk pasangan muda yang menjejaskan imej Gua Kerbau.

Malah katanya, beliau sendiri pernah beberapa kali terjumpa kondom di kawasan terlindung dan bersemak.
Katanya, beliau pernah dimarahi beberapa individu kerana didakwa cuba mencampuri urusan mereka walaupun niatnya hanya mahu menegur.

Saya sering menegur pasangan yang berdua-duaan di kawasan sunyi kerana bimbang mereka terlanjur, bagaimanapun belum lagi terserempak dengan mereka yang sedang melakukan perbuatan terkutuk walaupun pernah beberapa kali berjumpa kondom yang masih baru digunakan.

Bagi saya perbuatan ini tidak wajar kerana ini adalah kawasan taman rekreasi sekeluarga dan tempat tumpuan awam untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Kita harus menghormati dan tidak melakukan perbuatan sumbang di sini. Saya harap mereka sedar bahawa perbuatan mereka ini boleh menjejaskan maruah diri sendiri serta imej Gua Kerbau, katanya.

Seorang anggota Rela, Mohd Shahrul Saad, 28, berkata beliau selalu membuat rondaan pada waktu malam dan terserempak dengan pasangan kekasih tetapi tidak mampu mengambil apa-apa tindakan.

Saya hanya boleh menegur dan suruh mereka pergi dari kawasan itu. Selebihnya jika mereka enggan ikut tiada apa yang boleh saya lakukan.

Saya tidak mahu kawasan ini dapat nama buruk hanya kerana perbuatan segelintir orang yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini adalah orang luar dari daerah Kodiang termasuk dari negeri Perlis selain ada juga pelancong, jadi bagi saya kita perlu beri gambaran yang baik, katanya.

Sumber : Berita Harian Online

BUKAN TEMPAT NI SAJA, 
BANYAK LAGI TEMPAT YANG BOLEH JADI PORT MEMADU KASIH.....
RASANYA, KENA LETAKKAN BEBERAPA ORANG PENGAWAL UNTUK MENJAGA KAWASAN SEPERTI DI GUA ATAU PUSAT REKREASI....

Tuesday, March 16, 2010

Kaum Wanita, Bacalah Kisah ini

Kaum Wanita, Bacalah Kisah ini

 Assalamualaikum...

Saya memang jarang sekali menulis mengenai isu-isu yang melibatkan lelaki mahupun wanita. Saya merupakan pengikut yahoogroup yang setia membaca setiap coretan yang saya fikir menarik perhatian saya.

Namun sepanjang saya melayari yahoogroups ini, banyak luahan masalah rumahtangga datangnya dari kaum hawa. Adakalanya saya sendiri terfikir adakah lelaki ini jahat sangat? Adakah benar wanita –wanita di luar sana terlalu banyak pengorbanan mereka? Kalau kit abaca disurat khabar mahupun di majalah tempatan, pelbagai cerita penindasan kaum lelaki terhadap isteri mereka.

Namun, kita harus sedar, sebenarnya baik lelaki mahupun wanita masing-masing ada kebaikan dan keburukannya. Bukan lelaki sahaja yang curang tetapi ada juga wanita yang begitu... Sepanjang hidup saya, saya sendiri telah bertemu beberapa rakan yang mengalami masalah isteri “buat hal”. Cuma mereka tidak meluahkan di media massa mahupun diruangan cyber. Cuba perhatikan kes-kes dibawah:


Kes 1:

Sahabat saya dari Ipoh. Saya namakan Jo. Orangnya saya kenali sewaktu zaman sekolah lagi. Berperwatakan lemah lembut (sopan santun). Tidak pernah saya melihat dia marah. Dia marah pun macam tak marah. Berkahwin atas pilihan orang tua. Isteri seorang guru. Setiap hari beliau di maki hamun isteri. Isterinya pernah menendang belakang dia. Beberapa kali beliau dapat tahu isterinya ada membuat hubungan sulit dengan lelaki lain. Pernah masuk lokap atas tuduhan mengancam hendak bunuh isteri. Sayalah yang pergi membantu membawanya ke balai polis Jelapang apabila beliau dipanggil. Yang pelik sampai dib alai Isterinyalah yang banyak menyumpah depan polis. Kawan saya ini terlalu sabar. Saya nasihatkan dia supaya isterinya itu diceraikan atas alas an isterinya itu sudah nusyuz dan tidak mahu berubah walaupun anak sudah 4 orang. Akhirnya beliau menceraikan isterinya apabila salah seorang anak kecilnya mengadu, isterinya bawak balik lelaki masuk ke dalam bilik tidur. Sahabat saya ini kemudiannya jatuh sakit. Dia memberitahu dia terkena buatan orang dan memohon maaf atas segala kesalahannya. Lagi 3 hari Ramadhan 2008, beliau menghembuskan nafas yang terakhir selepas sebulan terlantar sakit dalam usia 36 tahun. Ini kisah benar dan bukan rekaan.


Kes2.

Sahabat dari Kelantan. Beliau berkahwin atas dasar pilihan orang tua. Baru setahun berkahwin dah bercerai. Sahabat saya ini juga mempunyai sifat penyabar dan tidak pernah Nampak dia marah. Agak pendiam. Kerja kuat. Isterinya menuduh dia menyimpan perempuan kerana sering balik lewat. Akhirnya selepas tidak tahan dengan kelakuan isterinya maka beliau menceraikan isterinya. Sehingga kini sudah tiga tahun beliau menjadi duda. Segala fitnah yang terlempar kepadanya telah dijawab oleh keadaan. Jika benar beliau ada perempuan lain sudah tentu beliau sudah berkahwin lagi. Masalah yang timbul anaknya yang tunggal sukar untuk dilawati. Biasalah. Anak dihalang dari bertemu ayahnya.


Kes3.

Seorang kanalan lama sewaktu sama belajar bertemu dengan saya baru-baru ini. Bekerja di KLIA dalam IT. Sepanjang saya mengenalinya orangnya sangat baik dan beradab. Kalau bercakap pun adakalanya saya tak berapa dengar. Beliau bercerai kerana isterinya seorang pensyarah mempunyai skandal dengan pelajarnya sendiri. Mulanya dia tidak percaya bila ramai yang bercerita. Akhirnya beliau mengendap isterinya dan dapat menangkap 2 kali isterinya berdating tengah malam dalam kereta. Selepas skandalnya terbongkar, isterinya masih menafikan dia curang. Isterinya selalu balik malam atas alas an kerja. Anak-anak terbiar. Akhirnya isterinya mintak fasakh. Antara alasannya ialah rakan saya ini orangnya panas baran. Alasan lain ialah dia menuduh suaminya sayangkan anak dari dia. Memang lawak. Akhirnya mereka bercerai. Satu MOU telah ditandatangani antaranya anak yang pertama akan dibela oleh si suami dan anak yang bongsu di bela is isteri. 2 hari selepas itu, si suami dating ke rumah x wife dia untuk mengambil anak yang sulung dan di dapati isterinya sudah melarikan anak anaknya ke Perak. Apabila si suami menjejaki x wifenya, beliau dapat bertemu beliau di Perak. Namun x wifenya member alas an dia menukar fikiran. Setelah itu terjadi pertengkaran. Si isteri di dalam rumah dengan grill terkunci. Si suami diluar dating dengan anak. Hampir sejam memujuk dan hamper sejam dia dan ibunya dimaki hamun. Akhirnya beliau beralah dan balik kerumahnya. Tidak lama selepas itu polis datang dan membawa beliau ke balai polis atas tuduhan mencederakan isteri. Namun dibebaskan selepas polis mendapati laporan tersebut laporan palsu. Ketika ini beliau sakit-sakit. Beliau telah ke Darul Syifa’ dan berjumpa Dato Ismail Kamus. Ternyata selama ini banyak benda-benda kotor yang sudah masuk ke badannya. Antara yang keluar seperti paku, kaca dan lain-lain. Tubuhnya susut teruk. Kini kes asyik naik court dan dirinya sudah hampir tiada wang. Wang simpanan RM 20 ribu sudah habis digunakan. Dalam proses menjual rumah ketika ini di semenyih.




Wah…banyak sekali cerita dari pihak lelaki. Namun mereka ini tidak mendedahkan kepada media... Jadi buat kaum hawa, janganlah ceritakan keburukan suami kepada umum. Selesaikan dengan cara baik. Jumpalah dengan yang pakar. Semoga pandangan kita akan terbuka luas selepas ini. Wallahualam


Zahir 


Sumber : Email Yahoo Group
LELAKI DAN PEREMPUAN SAMA SAJA....
TAK PERLU MENUNDING JARI .....
LELAKI DAN PEREMPUAN ADA KELEBIHAN DAN ADA KEKURANGAN....
BAGI AKU, LELAKI NI SUKA PENDAM RASA DARI MELUAHKAN RASA.......
PEREMPUAN.... TEPUK DADA TANYA SENDIRI.....