Tuesday, January 19, 2010

Rampasan produk Adi Putra lepas siasatan rapi


PETALING JAYA: “Rampasan yang dilakukan terhadap produk Ubat Penawar Sendi Tulang milik kanak-kanak genius, Adi Putra Abdul Ghani , 11, Sabtu lalu, bukan dilakukan sesuka hati atau berniat jahat. Kami tidak punya apa-apa kepentingan dalam perkara ini,” kata Pengarah Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad.
Menurutnya, kajian berhubung isi kandungan produk berkenaan yang didakwa boleh menyembuhkan sakit sendi dan tulang sudah mula dilakukan di makmal forensik bahagian penguat kuasa farmasi sejak awal November tahun lalu.

“Ujian makmal yang dilakukan kakitangan makmal berulang kali mendapati pil terbabit disahkan mengandungi kimia Dexamethasone iaitu dadah steroid yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.


“Semua ujian makmal terbabit dilakukan secara terperinci menggunakan peralatan paling moden yang boleh mengesan sebarang kehadiran kimia berbahaya yang sengaja dicampurkan ke dalam ubatan atau makanan kesihatan,” katanya.


Menurutnya, tidak timbul isu sama ada pegawai penguat kuasa farmasi sengaja mensasarkan produk Adi Putra berikutan semua tindakan diambil mengikut prosedur selain terlebih dahulu melalui ujian makmal yang ketat.

Dalam pertemuan singkat semalam, Hatta sempat membawa wartawan melawat dua makmal moden KKM iaitu Makmal Forensik Bahagian Penguat kuasa Farmasi dan Makmal Pengujian Produk Unit Penyaringan Campur Palsu KKM yang digunakan khusus untuk menjalankan pemeriksaan terhadap ribuan produk kesihatan.

“Penggunaan alatan moden seperti Gas Mass Spectrum Chrometography (GCMS) dan High Performance Liquid Chrometography (PLC) mampu mengesan bahan asing yang dicampurkan ke dalam ubatan walaupun dalam kuantiti kecil.


“Keputusan yang diperoleh 100 peratus tepat dan tidak perlu diragui. Bukti terbabit kemudian dijadikan asas bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan bagi merampas mana-mana produk kesihatan yang didapati bercampur aduk dengan kimia berbahaya di pasaran,” katanya. Beliau berkata, dakwaan pada pelekat label produk yang mendakwa Produk Ubat Penawar Sendi Tulang dihasilkan daripada rempah ratus seperti halia dan madu ternyata satu fakta tidak tepat dan pihaknya masih menyiasat sumber pembekal produk pil terbabit diperoleh. Menurutnya, pemeriksaan makmal pada enam lagi produk homeopati dipasarkan Adi Putra turut mendapati ia hanya mengandungi bahan sukrose iaitu gula. “Berdasarkan siasatan ketika serbuan, semua pil kecil berwarna kuning itu didapati diimport daripada pengeluar produk Homeopati dari Lahore, Pakistan,” katanya.


Sumber : HARIAN METRO ONLINE


BERHENTI MAKAN PRODUK TERSEBUT SEHINGGA SELESAI SIASATAN DIJALANKAN

Budak Balik Tadika Diculik

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah yang terdesak mendapatkan wang sekelip mata sanggup mengurangkan wang tebusan RM500,000 kepada RM120,000 daripada sepasang suami isteri selepas menculik anak pasangan itu. 

Difahamkan, sebelum itu, kumpulan penjenayah berkenaan menculik kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terbabit yang baru pulang daripada Tadika berhampiran rumahnya di sebuah kondominium di Brickfields di sini pada Isnin minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kumpulan penculik itu kemudian menghubungi ibu bapa mangsa untuk meminta wang tebusan RM500,000 dan memberikan tempoh beberapa hari menyediakan wang itu.


“Pada masa sama, kumpulan terbabit turut mengugut keluarga mangsa agar tidak membuat laporan polis.


“Keluarga mangsa berunding untuk membayar wang tebusan itu. Namun, selepas tawar menawar keluarga mangsa hanya mampu membayar RM120,000,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas dipersetujui, pasangan suami isteri itu membayar wang seperti diminta sebelum kanak-kanak itu dibebaskan di sebuah restoran makanan segera di Cheras di sini.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis sebaik mendapat kembali anak mereka,” katanya.


Susulan laporan dibuat keluarga mangsa, polis mengadakan operasi besar-besaran mengesan kumpulan penjenayah itu.


Katanya, polis menjalankan siasatan sebelum memberkas beberapa suspek di beberapa lokasi di sekitar ibu kota.


“Enam suspek berusia antara 25 dan 45 tahun yang disyaki terbabit dengan perancangan kes culik kanak-kanak berkenaan sudah ditahan,” katanya di sini, semalam.


Ku berkata, pihaknya turut menemui Proton Saga yang dipercayai digunakan untuk menculik kanak-kanak berkenan selain sejumlah wang diberikan ibu bapa mangsa.


Sumber : Harian Metro Online


JANGAN BIARKAN ANAK KITA PERGI DAN BALIK KE TADIKA SEORANG DIRI....

70 Dosa-Dosa Besar



 ( Banyakkan Berdoa, hindari dari dosa besar )

1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia

3. Sihir

4. Tinggal Sembahyang
(yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa
(yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
(yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham

10.Berzina (individu tertentu)

11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong
(yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi
(yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak

25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim

27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)

29.Bunuh Diri
30.Berbohong
(yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)

34.
Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri
(yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat
(yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian
(yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain
(yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah
(yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)

46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)

49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)

51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)

54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)

61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)

66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea&fatwa bodoh)

67.Menguragi Wasiat

68.Menipu (Hari-hari)

69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat
 

**Sila forward kepada rakan2 muslim yg lain : 
semoga mendapat ganjaran pahala hingga ke alam barzakh **


Sumber : Email Yahoo Group


KITA JANGAN TERJEBAK DENGAN DOSA-DOSA BESAR SEPERTI DI ATAS...
HINDARILAH.....

Monday, January 18, 2010

Ada Apa Pada AJL 24?

Ada apa pada AJL 24?




Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.


1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?





Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa? 







Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red. 



 

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini. 


youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.

 
 
di tali gitar
 



 ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface  dan beberapa orang guitarist  yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis. 

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan: 


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.

 
Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010



AKU JUMPA ARTIKEL NI MELALUI EMAIL YAHOO GROUP, DALAM BLOG BEUTIFUNARA PUN ADA....
DAN AKU TERUS MASUK DALAM BLOG JEJAKTINGGALANRASUL..... AKU CEDOK ARTIKEL DIA.....
SO, KEPADA KORANG SEMUA YANG BACA ARTIKEL NI, CUBA NILAI DAN SELIDIK APA YANG DITULIS SEPERTI DI ATAS..... APA PENDAPAT KORANG DENGAN ARTIKEL DI ATAS ??? AKU PUN NAK TAU JUGA KEBENARAN DIA...

Lirik dan Lagu : Anak Soleh

Lagu : Anak Soleh
Artis : Aeman




Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim



p/s : RENUNGKAN LAGU INI SEDALAM-DALAMNYA....

BANTUAN RINGANKAN BEBAN

Bismillahirrahmanir rahim…


Salam kepada semua,


Saya ingin memohon jasa baik anda semua untuk memberi bantuan @ derma kepada satu keluarga di Kedah yang dari golongan susah di mana anaknya mengidap sejenis penyakit yang berkait dengan tulang belakang. Keluarga ini memerlukan bantuan bagi membiayai kos rawatan anaknya.


Keluarga ini telah membuat permohonan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pusat Zakat untuk mendapatkan bantuan bagi kos rawatan anaknya memandangkan si ayah hanya bekerja kampung dan ibunya yang tak berkerja. Dengan pendapatannya yang tak tetap, si ayah tak mampu untuk membiayai kos rawatan tersebut. Sampai sekarang, permohonannya masih diproses.


Sekiranya ada sesiapa yang seikhlas hati mahu memberi sumbangan kepada keluarga tersebut boleh berbuat demikian dengan menghulurkan derma tersebut kepada:


Hasrina binti Rasid,
Akaun Maybank : 1130 4103 8242


Sumbangan ikhlas anda harap dapat membantu meringankan beban keluarga ini.


Wassalam.

Sumber : Email Yahoo Group


AKU DAPAT EMAIL NI DARI YAHOO GROUP...
SEKADAR FORWARDKAN DALAM BLOG NI....

Your Internet Banking Account may be locked !!!


You Have One New Message!
...
Mon, January 18, 2010 7:26:48 AM
From:
CIMB
...
Add to Contacts
To:
syamsyun@yahoo.com





You have 1 new message
Please log-in to your CIMB account.
Your Internet Banking Account may be locked.

Please identify yourself by visiting our Online Banking service:

CIMB ONLINE
 
http://cimb-login.com/account/

© 2010 CIMB Online. All rights reserved.



Sumber : Email Aku Sendiri

ADAKAH INI SATU PENIPUAN ATAU MEMANG BENAR IANYA DATANG DARI EMAIL CIMB SENDIRI ?? 
KALAU AKU KLIK LINK CIMB ONLINE ATAS TU... 
SEBIJI SAMA DENGAN PAGE LOGIN CIMB CLICKS.COM.MY...
APA PENDAPAT KORANG ?????



Sunday, January 17, 2010

Ada Hantu Di Anugerah Juara Lagu 24



Betul ke ada hantu atas tu ?





(SERAM) Ada Hantu Di AJL 24?

Huhuh. Takutnya kitaorang tengok gambar kat atas tue. Korang perasan ke tak? Katanya benda tue muncul masa persembahan Aizad lagu Kau Aku. Mula-mulanya ramai yang spekulasi tue adalah penari FT. Maklumlah penari dia kan ada yang terbang-terbang. Tapi takkan la terbang sampai ke situ kan?

Ini ialah apa yang dikatakan oleh klubbkidd (orang yang amik gambar nie):-

Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada orang yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh yang sorang itam sorang pakai putih tuh.yang terbang2. Masaalahnya satu orang tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.

Seram gile nie beb!! Ada makhluk lain pun nak berhibur time AJL 24. Takutnya ~~~ Buat mereka yang berani, Kalau lemah semangat sila jangan tengok yek.

Sedikit penerangan dari Klubkidd.

1. Insiden ni disaksikan lima orang in total dalam kumpulan kengkawan aku. Aku sempat snappy dua pic je, memula ingat nak blog wat lawak, sebab kami semua sangkakan penari Faizal, sebab kejadian ketika lagu Aku Kau oleh Aizat. Aku cuma sedar kepelikan bila pas dua kali snap blur tuh kali ketiga aku tengok nak amik da hilang.

2. Memang entiti itu bergerak, seperti orang tapi pergerakan dia minimal, tapi seolah cubaan lambaian sambil melihat ke arah audience dibawah.

3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab :-

a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut.
b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain dan tak mungkin dancer unsupervised alone.
c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that orang production akan pakai warna hitam sahaja.
d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.

Sumber : beautifulnara.com

APA PENDAPAT KORANG, BENAR KE ADA HANTU ATAS TU...
ATAU ADA ORANG SABOTAJ PROGRAM AJL 24 TU ???
KORANG YANG TENTUKAN.....  BENAR ATAU PALSU ????