Thursday, March 31, 2011

RM50 juta selenggara kapal selam

KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd..

Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya.

Sumber : Kosmo Online
RM25 UNTUK PENYELENGGARAAN..

Thursday, March 24, 2011

Kedah minat pancing Alberts latih skuad Hijau Kuning

ROBERT Alberts

ROBERT Alberts - jurulatih berasal dari Belanda yang mengemudi Kedah muncul juara Piala Malaysia 1993 - adalah antara beberapa calon dalam perhatian Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih menggantikan tempat Ahmad Yusof yang direhatkan.

Presidennya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas badan berkenaan, baru-baru ini tetapi enggan mendedahkan senarai calon berkenaan termasuk mengunci rapat mulut ketika ditanya mengenai ura-ura Sang Kenari bakal mendapat khidmat jurulatih import.

“Bagi kita sedikit masa membuat keputusan memilih (lantik) ketua jurulatih baru, sekarang ada beberapa nama tetapi masih belum dimuktamadkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Antara calon lain termasuk bekas jurulatih, Mustakeen Omar, Ahmad Shafiq dan Mohamad Ramli.

Ditanya, mengenai pelantikan Azraai Khor Abdullah yang juga bekas ketua jurulatih Kedah ke skuad Negeri Sembilan, dia berkata, Azraai berhak untuk membuat keputusan terbaik dan menjelaskan ia tidak mengganggu pemilihan ketua jurulatih baru pasukan Hijau Kuning.

Sumber : Berita Harian Online

 
PADA PENDAPAT ANDA ? 
SIAPAKAH YANG LEBIH LAYAK ? 
JOM KOMEN KAT BAWAH NI...

Monday, March 21, 2011

PENDANG : 4 guru silat maut, 5 cedera kenderaan terbabas di Titi Haji Idris

( Gambar dari Sinar Harian Online )

ALOR SETAR: Empat guru silat yang dalam perjalanan pulang selepas membuat persembahan di majlis kenduri terbunuh, manakala lima cedera selepas van yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pokok di Jalan Langgar-Tanah Merah berdekatan titi Haji Idris di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu menyebabkan tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa maut ketika dirawat di hospital Sultanah Bahiyah di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi. 

-------------------------------------------------------------------------------------------

ALOR SETAR – Lima guru silat dari sebuah persatuan silat maut selepas van yang dinaiki sembilan orang terbabas dan melanggar sebuah pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang, pada 3.30 pagi tadi.

Mereka yang mati di tempat kejadian ialah Ahmad Ismail, 65, Juhari Darus, 65, Jumaat@Saad Mat Akir, 62, manakala yang meninggal dunia di hospital ialah Sudin Deris, 65 dan Ishak Awang Kechik@Hanafiah,78.

Presiden Persilatan dan Pergendangan Negeri Kedah Haris Fazilah berkata mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Buloh, Selangor, selepas mengadakan persembahan gendang silat pada Sabtu lepas.

“Semasa kejadian, pemandu van, Roshidi Ahmad, 24, dikatakan mahu mengelak sesuatu menyebabkan dia hilang kawalan dan melanggar pokok,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada hari Isnin.

Kemalangan itu juga menyebabkan seorang cedera parah manakala tiga lagi turut cedera.

Sumber : Berita Harian dan Bernama Online

AL-FATIHAH

Thursday, March 10, 2011

Ranking terbaru FIFA pada 9 March 2011, Malaysia naik 2 anak tangga

 
( klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas)

Tahniah Skuad Harimau Malaya!!

Tahniah kerana memberi aksi terbaik di peringkat antarabangsa.
Tahniah juga kerana memperbaiki ranking terbaik Malaysia di peringkat Dunia.
Kejayaan yang membanggakan rakyat MALAYSIA

Tahniah Malaysia!!

Wednesday, March 09, 2011

Kepada peminat bola sepak, jangan lupa pukul 11.00 malam ni, Siaran Langsung Pusingan Kedua di Astro 801 dan RTM 1, Malaysia vs Pakistan dari Stadium Punjab, Lahore, Pakistan. Sekian, harap maklum.


Kepada peminat bola sepak, jangan lupa pukul 11.00 malam ni, Siaran Langsung Pusingan Kedua di Astro 801 dan RTM 1, Malaysia vs Pakistan dari Stadium Punjab, Lahore, Pakistan. Sekian, harap maklum.

10.50 Siaran Langsung Perlawanan Bola Sepak Pusingan Kelayakan Olimpik (Malaysia lawan Pakistan)

11.45 Berita Nasional

11.55 Sambungan Perlawanan Bola Sepak Pusingan Kelayakan Olimpik
...
1.00 Penutup & Negaraku

Sumber : Utusan Malaysia Online 9 Mac 2011

------------------

‎10:30 pm (L) Nadi Arena Berita terkini dari tanah air dan antarabangsa. Universal

11:00 pm Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 Pakistan lwn Malaysia – Bolasepak Pra - Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Ke-2: Pakistan lwn Malaysia dari Stadium Pu...njab, Lahore, Pakistan.


DENGAN HARAPAN MENGGUNUNG, MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN SETERUSNYA MENGALAHKAN PAKISTAN.. MALAYSIA BOLEH!!

Tuesday, March 08, 2011

JAWATAN KOSONG SEGERA!-SEMENTARA @ SEPENUH MASA

Jawatan kosong sebagai Telefonis:
 
Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM
Berkemahiran bertutur dalam bahasa inggeris (bahasa lain juga satu kelebihan)
Berkemahiran mengendalikan komputer dengan baik
 
Pemohon dalam lingkungan 20-45thn digalakkan.
 
Berminat bole menghubungi syarikat kami 03-78751328
 
SEGERA!
 
Sumber : Email Yahoo Group
SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Jawatan Kosong Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ( NRE ) - Mac 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

1. PEMBANTU AM PEJABAT N1 (13 KEKOSONGAN)
2. PEKERJA AWAM R1 (20 KEKOSONGAN)
3. PEKERJA AWAM KHAS R3 (1 KEKOSONGAN)
4. PEMANDU KENDERAAN R3 (33 KEKOSONGAN)
5. PENGHANTAR NOTIS N3 (13 KEKOSONGAN)

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Sila kemukakan permohonan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
(u.p.: Seksyen Perkhidmatan)
Tel : 03-88861277/03-88861299

Tarikh tutup : 31 Mac 2011

 Sumber : Email Yahoo Group


Semoga dapat membantu anda yang sedang mencari pekerjaan

Saturday, March 05, 2011

Prestasi hambar: Penyokong Kedah mahu jurulatih undur, Komen anda ?

 Mampukah skuad Kenari 2011 ini menjulang Piala Liga Super dan Piala Malaysia setelah ditunjuk jalan keluar oleh Felda United untuk Piala FA ?

ALOR SETAR 5 Mac – Prestasi hambar pasukan Kedah musim ini yang turut menyaksikan mereka tersingkir dari saingan Piala FA malam tadi menyebabkan lebih 1,000 peminatnya mengadakan demonstrasi menuntut pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan ketua jurulatih, Ahmad Yusof meletak jawatan serta-merta.

Demonstrasi selama 30 minit itu bermula di luar Stadium Darul Aman sejurus selepas Kedah tewas 0-1 kepada Felda United di hadapan lebih 3,000 penyokong sendiri.

Sambil menyanyikan lagu keramat ”Hijau Kuning”, kumpulan itu yang memegang kain rentang tertulis “jurulatih dan pengurus pasukan undur diri” enggan berganjak dan meminta bersemuka dengan jurulatih Kedah.

"Kami mahu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) segera melucutkan jawatan Ahmad Yusof, Datuk Khazali dan penolong jurulatih, Radzi Md Din serta-merta kerana gagal melatih pasukan dengan baik dan menempatkan pasukan di kedudukan yang baik,” kata seorang penyokong Amir Murad, 35, ketika ditemui di situ.

Sementara itu seorang lagi penyokong Daris Sobri, 23, berkata, prestasi Kedah yang begitu buruk pada saingan Liga Super musim ini menuntut kepimpinan baru bagi mengembalikan kegemilangan pasukan Hijau Kuning. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
KALAU JURULATIH DAH TAK MAMPU MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK PASUKAN KEDAH.. 
APAKATA CUBA DENGAN JURULATIH LAIN PLAK... LEPAS TU, TAK OK JUGAK... CUBA JURULATIH LAIN PLAK... DAN LEPAS TU .. TUKAR JURULATIH.. TUKAR JURULATIH....
PADA PANDANGAN ANDA, KENAPA PRESTASI SKUAD KEDAH PADA TAHUN 2011 NI SEMAKIN HAMBAR ?