Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira dibuka untuk tempahan



SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia.

Pelancaran rasmi Inspira dijadualkan pada 10 November ini. 

Sumber : Berita Harian Online
CEPAT!! CEPAT!! BUAT TEMPAHAN AWAL UNTUK MILIKI PROTON INSPIRA


Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - Okt 2010

LHDN merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

– Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 31 (1 Kekosongan)
 
– Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21 (39 Kekosongan)
 
– Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred 21 (19 Kekosongan)

– Pembantu Tadbir (Perpustakaan) Gred 21 (1 Kekosongan)
 
– Pembantu Tadbir (Kejuruteraan) Gred 21 (4 Kekosongan)

– Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) Gred 21 (28 Kekosongan)
 
– Pembantu Tadbir (Operator Komputer) Gred 21 (3Kekosongan)

– Pembantu Tadbir (Keselamatan) Gred 21 (24 Kekosongan)


DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Oktober 2010

NEW Proton Waja Lancer : INSPIRA








Terdapat beberapa keping foto terbaru Proton Inspira yang boleh dilihat di Proton Inspira Club. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai sudut yang cantik. Terima kasih kepada Proton Inspira Club kerana sudi berkongsi foto-foto terbaru Proton Inspira.

Di bawah pula adalah petikan dari Utusan Malaysia ;

Model Ganti Proton Waja
SHAH ALAM 12 Okt. – Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat ‘inspirasi daripada nama tempatan,’ manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.

Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.

Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.


Sumber : Arena Kereta dan Utusan Malaysia
WAJA WAJAH BARU, NAMA PUN BARU... INSPIRA

Wednesday, October 13, 2010

'Cipta Lagu Malaysia' tawar RM40,000


KUALA LUMPUR - RTM kini menganjurkan pertandingan "Cipta Lagu Malaysia" bertujuan mencungkil bakat-bakat baru pencipta muzik terutamanya di kalangan generasi muda. Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, pertandingan akan berlangsung sehingga 31 Mac tahun depan.

"Langkah ini diharap dapat mengumpul karya menarik dan kreatif yang mampu membantu perkembangan muzik tanah air," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pertandingan itu di Angkasapuri di sini semalam.

Pertandingan itu yang diadakan dengan kerjasama Kumpulan Ambank Malaysia, Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) dan Erama.tv, terbuka kepada setiap warganegara tanpa had umur.

Sumber : Kosmo Online
SIAPA YANG PANDAI BUAT LAGU, CIPTA LAGU DAN SEUMPAMANYA...
CUBALAH CIPTA LAGU MALAYSIA, MANA TAU KOT ADA REZEKI MENANG KAT KORANG

Perkhidmatan Blackberry tidak akan disekat

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kerajaan tidak bercadang untuk menyekat perkhidmatan telefon pintar Blackberry malah yakin dengan keselamatan pemindahan dan penyimpanan data menggunakan alat tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan itu dibuat setelah kementerian meneliti isu penggunaan Blackberry yang timbul mutakhir ini serta mengadakan perbincangan dengan pihak Research in Motion (RIM) berhubung perkara itu.

"Pengguna boleh meneruskan khidmatnya (Blackberry). Ia banyak beri faedah dan kemudahan kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan. Pihak RIM juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan saluran untuk perkhidmatan yang berterusan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab soalan Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengawal e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan komunikasi antara masyarakat serta sama ada kerajaan bercadang untuk menyekat perkhidmatan Blackberry. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

PENGUMUMAN : BLACKBERRY TIDAK AKAN DISEKAT DI MALAYSIA.. :)

Tuesday, October 12, 2010

Keputusan Piala Malaysia : 12 Oktober 2010



Kedah 2-2 Terengganu, 

Johor FC 1-0 Pahang

Negeri Sembilan 1-0 Perlis

Kelantan 0-0 Selangor

Naib Pengerusi GPMS Kedah letak jawatan serta-merta

ALOR SETAR 12 Okt. - Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Lukman Moidin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Lukman berkata, peletakan jawatannya disebabkan beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadi secara keterlaluan.

"Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tertua dan pernah bertanggungjawab untuk mendaftar semula GPMS Kedah, saya amat kesal apabila kepimpinan GPMS Kedah gagal untuk menghalang usaha-usaha ‘nakal’ beberapa individu yang menggunakan nama GPMS untuk menjayakan kehendak peribadi yang semakin keterlaluan,” katanya.

Beliau yang memegang jawatan itu bermula pada 2009 berkata usaha untuk membetulkan keadaan itu juga sukar dan tidak mendapat sokongan kepimpinan GPMS Kedah menyebabkannya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

Crazy Illusions

( Klik pada gambar )

( Klik pada gambar )

( Klik pada gambar )


Sumber : Email Yahoo Group
APA PENDAPAT ANDA ??