Wednesday, October 13, 2010

Perkhidmatan Blackberry tidak akan disekat

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kerajaan tidak bercadang untuk menyekat perkhidmatan telefon pintar Blackberry malah yakin dengan keselamatan pemindahan dan penyimpanan data menggunakan alat tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan itu dibuat setelah kementerian meneliti isu penggunaan Blackberry yang timbul mutakhir ini serta mengadakan perbincangan dengan pihak Research in Motion (RIM) berhubung perkara itu.

"Pengguna boleh meneruskan khidmatnya (Blackberry). Ia banyak beri faedah dan kemudahan kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan. Pihak RIM juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan saluran untuk perkhidmatan yang berterusan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab soalan Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengawal e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan komunikasi antara masyarakat serta sama ada kerajaan bercadang untuk menyekat perkhidmatan Blackberry. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

PENGUMUMAN : BLACKBERRY TIDAK AKAN DISEKAT DI MALAYSIA.. :)

No comments: