Sunday, October 10, 2010

Funny : Justin Bieber Wannabe

Saksikan Miming dari Budak Gigi tak dak & the geng...


Ini link video dia : 

Sumber : Youtube.com

KOMEN SKIT PASAL VIDEO NI...
MENARIK ATAU SEBALIKNYA

Pendang : Bantuan Diperlukan, Motor Yamaha 125 Hilang

Bantuan Anda Diperlukan!! 

Jika sesiapa ternampak Motor Yamaha 125 nombor pendaftaran KBL8538, 
sila hubungi Rosmina 017-5433635 atau hubungi Balai Polis Pendang dengan segera. 
Motor tersebut telah hilang pada 10 Oktober 2010 jam sekitar 12.00 Malam hingga 7.00 Pagi di rumah Taman Selesa.. 

Dr Sheikh Muszaphar selamat diijabkabulkan

PUTRAJAYA: Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 11.40 pagi tadi, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunus Mohd Ali dengan bersaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali. 

Sumber : Berita Harian Online
SELAMAT BERBAHAGIA..

Komenwel 2010 Delhi : 6 emas, 5 perak dan 6 gangsa

Komenwel 2010 Delhi : 6 emas, 5 perak dan 6 gangsa pada 9 Oktober 2010

Malaysia berada di ranking ke 7 dalam senarai pungutan pingat setakat 9 Oktober 2010.


MALAYSIA BOLEH!!

Penduduk serbu rumah gadis ghaib rakam gambar jin

 ( ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.)


JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.

Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.
Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.

Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

“Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

Sumber : Berita Harian Online
BENARKAH ADA JN DALAM BOTOL SEPERTI DI DALAM GAMBAR TU ?

Piala Malaysia 2010 : KEDAH Mara Ke Suku Akhir

Kelantan, Pahang, Johor FC, Perlis genapkan 8 slot suku akhir

FINALIS musim lalu, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor FC, Kedah dan Perlis mengisi enam slot terakhir untuk bersama-sama Selangor dan Negeri Sembilan ke suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menamatkan perlawanan peringkat kumpulan masing-masing, malam tadi.

Kelantan mengesahkan tiket menerusi kemenangan selesa 4-0 ke atas KL Plus dalam saingan Kumpulan A di Stadium MBPJ, menerusi jaringan Badri Radzi pada minit ke-24, diikuti dua gol Norshahrul Idlan Talaha (32, 41) dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (67).

Red Warriors mengiringi Negeri Sembilan dari kumpulan itu selepas skuad Rusa yang sudah pun layak, mengesahkan kedudukan di tempat teratas kumpulan hasil kemenangan 3-1 ke atas PKNS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi walaupun pelawat berada di depan pada minit ke-34 hasil jaringan Mohd Khairul Ahyar.

Anak buah Wan Jamak Wan Hasan bangkit menerusi jaringan Ching Hong Aik (41), Shukor Adan (81) dan Mohd Asyraf Al Japeri (90).

Terengganu pula menunggu sehingga minit terakhir sebelum mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium KLFA Cheras, menafikan Sabah yang seri 1-1 dengan Pahang di Stadium Darulmakmur dalam perebutan Kumpulan B.

Pasukan pilihan Kumpulan C, Johor FC mara selepas menundukkan Perak 1-0 hasil tandukan Azizan Baba pada minit ke-47 di Stadium Perak ketika Kedah turut meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas Tentera, dibantu jaringan Mohd Khyrill Muhymeen Zambri pada minit ke-44, Baddrol Bakhtiar (66), Wan Mohd Asyraf (73) dan Mohd Azmi Muslim (89).

Dalam Kumpulan D, meskipun tewas 2-0 kepada Selangor menerusi dua gol Amirulhadi Zainal Noordin pada minit ke-50 dan 86, Perlis masih mampu menghela nafas lega apabila pencabar terdekat T-Team hanya mampu seri 1-1 dengan FELDA United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

T-Team menjelmakan harapan apabila mendahului menerusi Mohd Haris Safwan Kamal (53) tetapi jaringan penyamaan sepakan penalti S Puanaswaran tiga minit kemudian, memastikan mata tunggal buat barisan E Elavasaran sepanjang kempen Piala Malaysia.

Sumber : Berita Harian Online
TAHNIAH KEDAH DENGAN KEJAYAAN MENANG BESAR DI TEMPAT SENDIRI....
PULUN KEDAH PULUN...

Saturday, October 09, 2010

Kelantan jadikan sambutan Hari Suami-Isteri acara tahunan

KOTA BAHARU 9 Okt. - Kerajaan Kelantan akan menjadikan program sambutan Hari Suami-Isteri sebagai acara tahunan peringkat negeri ini bagi melahirkan rumah tangga yang bahagia.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau mahu Kelantan menjadi pelopor kepada program ke arah kesejahteraan ummah itu kepada negeri-negeri lain yang bukan sahaja melibatkan pasangan umat Islam tetapi bukan Islam.

“Kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi peringkat negeri ini pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan hari berkenaan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar.

Nik Aziz berkata, program ini wajar memandangkan ia mampu merapatkan hubungan kekeluargaan demi kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan sesebuah keluarga, terutama yang baru dibina. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
SELAMAT HARI SUAMI ISTERI

PENDANG – Kes curi motosikal semakin serius


(Motor Jenis EX5 paling kerap kena curi, pakailah kunci pendua)

PENDANG – Kes kecurian motosikal di kawasan ini semakin menjadi dan terbaru dua motosikal hilang pada waktu malam.

Mangsa, Mohd Hanif Ibrahim, 20, berkata, dia tidak menyangka motosikal miliknya jenis Yamaha Lagenda 110 dicuri ketika dia leka melayari Internet di sebuah pusat siber kafe berhadapan Agro Bank di Pekan Pendang Selasa lalu.

Menurutnya, dia datang ke pusat berkenaan jam 10.30 malam dengan meletakkan motosikal miliknya di hadapan pusat itu dan menyedari kejadian terbabit jam 12.50 tengah malam ketika keluar dari pusat berkenaan untuk pulang ke rumah di Taman Seri Pendang.

“Ketika keluar untuk pulang saya dapati motosikal berkenaan tiada di hadapan pusat itu.

“Setelah menyedari kehilangan itu, saya segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hanif berkata, dia tidak menyangka motosikal miliknya akan dicuri memandangkan ia sudah dikunci dan orang ramai sering keluar masuk ke pusat berkenaan.

“Saya sering ke kedai ini untuk melayari Internet dan banyak motosikal diletakkan di hadapan pusat itu, namun hanya motosikal saya yang hilang.

“Kehilangan motosikal ini menyebabkan saya sukar untuk melakukan kerja,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Rokiah Rejab, 52, berkata, motosikal miliknya jenis Honda EX5 dicuri ketika diletakkan di tepi rumah pada waktu malam.

Menurutnya, motosikal miliknya itu dicuri ketika dia dan keluarga sedang tidur pada Jumaat lalu.

“Motosikal itu diletakkan di tepi rumah bersama empat motosikal lain, namun hanya satu motosikal yang dicuri.

“Pada malam kejadian motosikal berkenaan dipinjam jiran untuk ke Pekan Pendang dan diletakkan di tempat meletakkan motosikal di tepi rumah. Namun, ketika bangun pagi saya mendapati motosikal itu tiada. Berikutan kejadian itu, saya bertanya kepada jiran dan dimaklumkan sudah meletakkan motosikal kembali di tempat itu setelah pulang dari pekan,” katanya.

Rokiah berkata, dia tidak menyangka motosikal itu akan dicuri kerana ia diletakkan di kawasan cerah dan agak tersorok daripada pandangan orang ramai.

“Berikutan kejadian ini polis memaklumkan akan menyiasat kes ini,” katanya. 

Sumber : Sinar Harian
 
MOTOR JENIS HONDA EX5 BANYAK YANG KENA CURI....
TERBARU, MOTOR EX5 KEPUNYAAN BOS TEMPAT KERJA BINI AKU KENA CURI....
BAYANGKAN HARI NI BELI, KEESOKKANNYA MOTOR KENA CURI..
MEMANG BAR*A LA SE PENCURI TU... HAR*M JAD*H PUNYA PENCURI..

PADA PANDANGAN AKU, HENTIKAN PENGELUARAN MOTOR JENIS HONDA EX5 NI,
SEBAB MOTOR EX5 MUDAH SANGAT KENA CURI... MENJADI KEGILAAN PADA MAT/MINAH REMPIT JALANAN... SETUJU ?