Saturday, October 09, 2010

PENDANG – Kes curi motosikal semakin serius


(Motor Jenis EX5 paling kerap kena curi, pakailah kunci pendua)

PENDANG – Kes kecurian motosikal di kawasan ini semakin menjadi dan terbaru dua motosikal hilang pada waktu malam.

Mangsa, Mohd Hanif Ibrahim, 20, berkata, dia tidak menyangka motosikal miliknya jenis Yamaha Lagenda 110 dicuri ketika dia leka melayari Internet di sebuah pusat siber kafe berhadapan Agro Bank di Pekan Pendang Selasa lalu.

Menurutnya, dia datang ke pusat berkenaan jam 10.30 malam dengan meletakkan motosikal miliknya di hadapan pusat itu dan menyedari kejadian terbabit jam 12.50 tengah malam ketika keluar dari pusat berkenaan untuk pulang ke rumah di Taman Seri Pendang.

“Ketika keluar untuk pulang saya dapati motosikal berkenaan tiada di hadapan pusat itu.

“Setelah menyedari kehilangan itu, saya segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hanif berkata, dia tidak menyangka motosikal miliknya akan dicuri memandangkan ia sudah dikunci dan orang ramai sering keluar masuk ke pusat berkenaan.

“Saya sering ke kedai ini untuk melayari Internet dan banyak motosikal diletakkan di hadapan pusat itu, namun hanya motosikal saya yang hilang.

“Kehilangan motosikal ini menyebabkan saya sukar untuk melakukan kerja,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Rokiah Rejab, 52, berkata, motosikal miliknya jenis Honda EX5 dicuri ketika diletakkan di tepi rumah pada waktu malam.

Menurutnya, motosikal miliknya itu dicuri ketika dia dan keluarga sedang tidur pada Jumaat lalu.

“Motosikal itu diletakkan di tepi rumah bersama empat motosikal lain, namun hanya satu motosikal yang dicuri.

“Pada malam kejadian motosikal berkenaan dipinjam jiran untuk ke Pekan Pendang dan diletakkan di tempat meletakkan motosikal di tepi rumah. Namun, ketika bangun pagi saya mendapati motosikal itu tiada. Berikutan kejadian itu, saya bertanya kepada jiran dan dimaklumkan sudah meletakkan motosikal kembali di tempat itu setelah pulang dari pekan,” katanya.

Rokiah berkata, dia tidak menyangka motosikal itu akan dicuri kerana ia diletakkan di kawasan cerah dan agak tersorok daripada pandangan orang ramai.

“Berikutan kejadian ini polis memaklumkan akan menyiasat kes ini,” katanya. 

Sumber : Sinar Harian
 
MOTOR JENIS HONDA EX5 BANYAK YANG KENA CURI....
TERBARU, MOTOR EX5 KEPUNYAAN BOS TEMPAT KERJA BINI AKU KENA CURI....
BAYANGKAN HARI NI BELI, KEESOKKANNYA MOTOR KENA CURI..
MEMANG BAR*A LA SE PENCURI TU... HAR*M JAD*H PUNYA PENCURI..

PADA PANDANGAN AKU, HENTIKAN PENGELUARAN MOTOR JENIS HONDA EX5 NI,
SEBAB MOTOR EX5 MUDAH SANGAT KENA CURI... MENJADI KEGILAAN PADA MAT/MINAH REMPIT JALANAN... SETUJU ?

No comments: