Thursday, August 12, 2010

Senarai hitam ditarik balik


PUTRAJAYA 11 Ogos - Kabinet bersetuju menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan.

Ini bermakna, mereka yang dikenakan notis saman boleh membayar secara penuh atau ansuran dalam tempoh kelonggaran tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, Jemaah Menteri mengambil keputusan itu setelah mengambil kira dan mempertimbangkan aduan, rayuan serta rungutan orang ramai mengenai tindakan senaraihitamkan kenderaan.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil bagi memberi kelonggaran kepada orang ramai sempena ketibaan musim perayaan yang bakal tiba termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas serta Tahun Baru Cina.

"Bagaimanapun pesalah perlu membayar jumlah saman secara penuh dan tidak akan diberikan sebarang diskaun untuk kesalahan yang dilakukan.

"Pada masa sama, bagi kenderaan yang telah disenaraihitamkan sebelum keputusan Kabinet ini dibuat, mereka tetap perlu menjelaskan semua notis saman sedia ada dan tidak akan dihapus kira," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet kementerian di sini hari ini.

Sementara itu, Chong Ha memberitahu, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan akan dilakukan semula selepas 28 Februari 2011.

"Kalau individu yang dikenakan saman ini membayar pada tempoh kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan demerit,'' katanya.

Beliau menambah, maklumat terperinci mengenai sistem penyenaraian hitam kenderaan akan diberitahu dalam masa sehari dua lagi.

Sumber :  Utusan Malaysia Online

KEPADA YANG KENA BLACKLIST, PI BAYAQ CEPAT ROADTAX KENDERAAN ANDA...

Tuesday, August 10, 2010

Hati² dgn penggunaan hand phone ...

Hati-hati menggunakan handphone, sebab radiasi handphone dapat menyebabkan jangkitan kulit dan gatal-gatal.


Sumber : Email Yahoo Group


INGAT!! BERHATI-HATI APABILA MENGGUNAKAN HANDPHONE

Tuesday, August 03, 2010

Sang Bedal di pantai PD

MOHD. FAREZ (kiri), Azay dan Suhaimi bersama bangkai buaya tembaga yang ditemui di pantai Port Dickson semalam.

PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.

Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.

Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu.

“Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang.

“Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak.

Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.

Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak ditemui di laut.

 Sumber : Kosmo Online

DAH TERJAWAB!! DALAM PANTAI PD ADA BUAYA TEMBAGA..

Percutian Bajet Murah (Free)


AMACAM, BAJET MURAH KAN ?

Monday, August 02, 2010

Korea Selatan aibkan Malaysia

Skuad takraw tewas 2-1 pada separuh akhir berpasukan Piala Raja Thai

APA yang dibimbangkan mengenai peningkatan Korea Selatan dalam sepak takraw menjadi kenyataan di Chiang Mai, kelmarin.

Selepas menjadi pasukan belasahan, Korea Selatan kini membuktikan mereka adalah kuasa baru apabila mengaibkan pasukan yang berbangga selaku ‘pencipta permainan itu.’ Siapa lagi kalau bukan Malaysia!

Skuad bimbingan Iskandar Arshad dimalukan Korea Selatan 2-1 dalam separuh akhir acara berpasukan Kejohanan Piala Raja Thai di Chiang Mai, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai persiapan mereka menghadapi Sukan Asia Guangzhou, November ini.

Dalam saingan lewat malam kelmarin, skuad negara mempertaruhkan trio Norazman Abdul Hamid, Norshahruddin Md Ghani dan Farhan Adam selaku regu pertama tetapi mereka menghampakan apabila tunduk kepada regu Korea, 17-21, 21-17, 10-15.

Trio Normanizam Ahmad, Futra Abdul Ghani dan Arif Ramli - gandingan yang menjuarai Terbuka Saturn dan Heongseong - hampir menjadi mangsa tetapi pengalaman menjadi penyelamat apabila menewaskan regu kedua lawan, 24-25, 22-20, 15-13.

Ketika kedudukan terikat 1-1, gandingan K Saravanan, Helmi Ismail dan Zulkarnain Arif jelas tidak mempunyai jawapan terhadap kekentalan dan kehebatan regu ketiga Korea Selatan apabila tewas 16-21, 14-21.
Pengerusi Penyediaan Atlit Sepak Takraw, Muhamad Asri Abdul Jalil, mengakui kekalahan itu memberi isyarat jelas supaya skuad negara melipatgandakan usaha untuk menghadapi temasya Guangzhou yang menjadi sasaran utama.

“Saya dan barisan jurulatih bertanggungjawab atas kekalahan ini dan akan melakukan post mortem segera untuk mengenal pasti puncanya. Saya percaya kekalahan ini mungkin ada hikmahnya,” katanya.

Bagaimanapun, Korea gagal mengejutkan Thailand pada final apabila tumpas 0-2 kepada juara bertahan itu.

Sumber : Berita Harian Online
MALAYSIA KALAH ??

Warkah Seorang Insan Bernama BIE

Subject: Ampunkan segala salah silap bie..

Salam...
Buat insan2 yg bie sayangi..mungkin ketika kalian menerima emel ini,bie tlh pn pergi menemui Ilahi..Ini semua janji kami,tidak akan tercepat atau terlewat walau sesaat pn..redhakanlah pemergian bie ini..sesungguhnya inilah takdir utk bie..ujian utk kalian dalam menghadapi kehilangan bie..mungkin kehilangan bie x kn menjejaskan ape2pn terhadap kalian ttpi jadikanlah ia sebgai muhasabah diri yg kalian jua akan turut sprti bie suatu hari nti...

Untuk ibu ayah..ampunkan segala salah silap bie,terkasar bahasa dan perbuatan bie..halalkan segala yg telah ibu ayh berikan utk bie,terlalu besar kasih sayang dan pengorbanan yg ibu ayah berikan utk bie xmampu bie balas d dunia dan akhirat...bie bersyukur dikurniakan seorg ibu yg sabar dan tabah dalam memenuhi keperluan bie yg seringkali mencabar kesabaran ibu...ibu terpaksa berkorban utk bie,terpaksa cuti tanpa gaji semata2 utk menemani bie yg kerap menyusahkan ibu..ampunkan bie ibu...bie tahu semua yg ibu lakukan atas keikhlasan seorg ibu,tpi bie seringkali berasa berdosa krn kerap menyusahkan hati ibu...hanya doa yg mampu bie pohonkan agar ibu dberi kekuatan hati dan ketabahan dlm melalui perjalanan kehidupan ibu..semoga Allah memberi kesihatan yg baik,dimurahkan rezki ibu,melapangkan fikiran dan hati ibu dri kekusutan d beri petunjuk dan hidayah agar trs kekal dalam keimanan,d rahmati d dunia dan akhirat serta semoga Allah sentiasa menyayangi ibu seperti mane ibu memelihara bie semasa kecil hingga nafas terakhir bie...Insyaallah. ..Amin.

Buat Ayah yg tersayang,ampunkan dosa2 bie,ayah byk berhabis utk bie..halalkan semuanya ayh...sebab bie xmampu balas jasa ayah...xsempat bie gembirakan hati ayah dgn hasil titik peluh bie...xsempat bie raih kejayaan yg bie idamkan...ampunkan bie ayah...bie selalu berdoa agar kasih sayang ayah trs kekal ade utk bie walaupan bie tidak ada lagi di dunia ini..bie sayang ayah...sayang sgt2...tpi bie xmampu memandang wajah ayah..setiap kali bie cuba menatap wajah ayah...bie terlalu sebak..terlalu sayu..xmampu bie tahan airmata bie...bie tahu ayah terlalu takut utk kehilangan bie...tpi ayah kene redhakan pemergian bie ini...bukankah bie hanya pinjaman...ingat tu ayah...ayah selalu bgi tau bie bila bie tya knpe bie xsempat menatap wajah arwah ibu...sbb ayah kata ibu juga Allah hanya pinjamkan seketika buat ayah...Ayah. .ampunkan bie,ampunkan salah silap bie,terkasar bahasa bie,terlanjur perbuatan bie.halalkan segala kos perubatan bie...Ayah.. tapak rmh yg ibu tinggalkan utk bie,bie tlh tukarkan nama pemiliknya kepada nama ayah...itu milik ayah,ttg simpanan bie,ASB bie pohon pertolongan ayh utk sedekahkan pada anak2 yatim...bie doakan ayah sentiasa sihat dan Allah memberi kesihatan yg baik utk ayah..dan Allah sentiasa menyayangi ayah spti mner ayah menyayangi bie selama ini...

Buat adk2 akk yg tersyg...bljr sungguh2..akk syg semuanya..ingat akk selalu..ampunkan salah silap akk jika akk tanpa sedar prnh buat adk2 terasa hati...dgr pesan ibu dan ayah...

Buat Umairah sahabat yg bie sanjungi..ampunkan bie.mungkin sepanjang persahabatan kita bie pernah menguris perasaan mai...trm ksh krn berkongsi pengalaman hidup...jdilah isteri yg baik...taatlah perintah suami...jgn sesekali membelakangkan mertua krn mrk juga keluarga mai...sama daulatnya dgn keluarga sendiri...malah marah mertua kita xtahu sampai mner...sdgkan marah ibu kandung xkn sampai ke hati...derhaka jika membelakangkan suami dan keluarganya. .bie doakan agar mai berbahagia dan diperkekalkan jodoh mai d dunia dan akhirat...Amin. .

Buat keluarga LT Kol Mohd Mansor Bin Hj Mohd Sharip dan Pn Aishah Ahmad,trm ksh krn sudi berkongsi kesedihan bie,memberi sedikit harapan dan keperihatinan. ..kata semangat dan sokongan xkn mampu bie balas hanya Allah shj yg membalas segala kebaikkan kalian...buat kak Aishah..maafkan dan ampunkan bie kerana mungkin sikap bie menimbulkan syak di hati akk..percayalah suami akk seorg yg jujur dan ikhlas..amat menyayangi seisi keluarganya, bie doakan agar akk dan suami berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga..sentiasa d beri kesihatan yg baik,dipermudahakan dalam segala urusan,diberi kekuatan hati dan tabah menjalani dugaan kehidupan...

Buat abg Haizat...trm ksh krn byk memngajar bie ttg hidup...bie bersyukur atas nikmat Allah..trm ksh krn sudi menganggap bie sbagai adk abg...trm ksh byk2..semoga abg berjaya dalam setiap bidang yg abg ceburi..jgn lupakan TTS..."Berpesan- pesan sesama insan"...

Akhirkata semoga insan2 yg bie sayang ini sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah..jga dri bebaik...hati2 selalu...bie sayang semua..wslm. .

Al-Fatihah buat adikku....Moga dicucuri rahmat..mohon sahabat sekalian, tolong hadiah alfatihah buat arwah...tq

Sumber : Email Yahoo Group
UNTUK KITA SHARE BERSAMA SURAT TERAKHIR DARI SEORANG INSAN YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA... AL-FATIHAH

Senarai Jawatan Kosong (30 Julai 2010)

Sunday, August 01, 2010

Besi Penghadang Tembus Kereta

KUALA LIPIS: Seorang tukang sapu wanita terbunuh selepas kereta Proton Pesona dinaikinya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sehingga menyebabkan besi itu menembusi kereta mangsa di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, petang kelmarin.

  NGERI...keadaan kereta dinaiki mangsa yang ditembusi besi penghadang jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, Halimah Hamat, 57, dari Gua Musang, Kelantan yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhamad Fakhri Petra, Kelantan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Suami mangsa, Yusuf Che Hamid, 60, yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolah yang sama dikatakan mengalami cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, turut cedera anak saudara mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang, Nuraiman Azhar, 7.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya dikatakan dalam perjalanan menghala ke Seremban, Negeri Sembilan dari Gua Musang, dipercayai untuk menziarahi saudaranya.

Katanya, kereta Proton Pesona dipandu Yusuf dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan mengakibatkan besi itu menembusi kereta mangsa.

Abdul Razak berkata, mangsa duduk di bahagian penumpang depan dirempuh besi penghadang jalan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di HKL, malam kelmarin.

Abdul Razak berkata, mangsa duduk di bahagian penumpang depan dirempuh besi penghadang jalan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di HKL, malam kelmarin.

“Polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online
DAH TIGA KALI AKU DAPAT BERITA KEMALANGAN BESI PENGHADANG MENEMBUSI KERETA ....
APA PENDAPAT KORANG DENGAN PENGGUNAKAN BESI PENGHADANG DI JALAN RAYA?
PERLU DITUKARKAN KE PLASTIK ?