Wednesday, March 10, 2010

Keputusan Bola Sepak Piala FA : 09 Mac 2010

KEDAH 1 - 1 ATM

SELANGOR 5 - 1 POS MALAYSIA

KL PLUS 1 - 0 NEGERI SEMBILAN

T TEAM 3 - 1 TERENGGANU


SELANGOR berpesta gol apabila menumpaskan Pos Malaysia 5-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Selayang malam tadi.

Amri Yahyah dan pemain gentian Rudie Ramli masing-masing menyumbang dua gol, manakala Safee Sali melengkapkan kemenangan selesa untuk dijadikan bekalan buat Gergasi Merah Kuning apabila menyambut kunjungan Pos Malaysia di Stadium Shah Alam 20 Mac ini.

Jaringan tunggal Pos Malaysia disempurnakan oleh bekas penyerang Telekom Melaka, Khairul Zal Azmi Zahiruddin, pada minit ke-77.

Di Alor Star, Kedah terikat 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia. Kedah membuka tirai jaringan pada minit ke-57 menerusi Khairul Helmi Johari sebelum V. Saravanan menyamakan kedudukan enam minit kemudian. Malang buat penyerang Kedah, Azlan Ismail, yang dilayangkan kad merah tidak lama sebelum wisel penamat ditiup.

KL Plus pula menewaskan Negeri Sembilan 1-0 manakala T-Team menewaskan Terengganu 3-1.



Sumber : FAM Website

KEDAH SERI... 
SELANGOR KENDURI GOL.. 
TERENGGANU KALAH DENGAN ADIK.... 
NEGERI SEMBILAN KENA SEBIJI DENGAN KL PLUS.... 
INILAH REALITI PERMAINAN BOLA SEPAK.. 
TAK SEMESTINYA PASUKAN PILIHAN MENANG....

Monday, March 08, 2010

Jom Heboh Akhirnya Ke Kelantan

KOTA BHARU 7 Mac - Penduduk negeri ini bakal merasai kemeriahan Jom Heboh kelolaan TV3 selepas kerajaan negeri memberi kebenaran kepada stesen penyiaran itu mengadakan karnival tersebut buat pertama kalinya di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, karnival yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mac ini telah dipersetujui dengan bersyarat termasuk tidak melibatkan penyanyi wanita.

Katanya, ia akan diadakan mengikut garis panduan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 1998.

Jelasnya, konsep karnival berkenaan akan diubah termasuk penambahan beberapa slot aktiviti keagamaan termasuk al-Kuliah yang membabitkan ceramah agama oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Jom Heboh kini bukan sekadar karnival hiburan tetapi ia turut berkonsepkan kekeluargaan dan kesihatan selain penganjuran bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan pada 30 dan 31 Mac ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber : Utusan Malaysia Online
KELANTAN DAH NAK PI, KEDAH BILA PLAK JOM HEBOH NAK MAI ???

Harimau Muda kecundang lagi

SUNGGUH pun tewas buat kali kedua berturut-turut, persembahan lebih membanggakan ditunjukkan Harimau Muda yang kecundang 2-0 kepada Ruzomberok B di pangkalan mereka, Vion dalam Liga Divisyen Satu, Slovakia kelmarin.

Turun tanpa kapten dan tonggak tengah K Gurusamy yang diketepikan berikutan kecederaan pangkal paha yang dialaminya dalam kekalahan 4-1 minggu lalu menentang FK Slovan Duslo Sala, gawang Malaysia dibolosi pada minit ke-41 hasil sepakan sepakan sudut lawan dan minit ke-66 dari hantaran lintang.

Jurulatih pasukan, Mohd Azraai Khor Abdullah melihat perlawanan itu dari segi positif dengan memuji aksi mereka yang menunjukkan peningkatan berbanding minggu lalu.

“Pemain dapat mengawal keadaan dan berusaha bersungguh-sungguh, cuma kami kekurangan dari segi pengalaman. Kelebihan dari segi fizikal dimanfaatkan lawan menjaringkan dua gol,” kata Azraai menerusi kiriman e-mel. 

 Sumber : Berita Harian Online
KALAH LAGI... BILA NAK MENANG ???

120 Ahli PKR Papar Sertai Umno Kerana Gagasan 1Malaysia

KOTA KINABALU: Seramai 120 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mukim Limbahau dalam daerah Papar bertindak keluar parti untuk menyertai Umno kerana tertarik dengan gagasan 1Malaysia.

Jurucakap mereka, Camillus Ginibun, yang juga ahli jawatankuasa PKR Papar, berkata tindakan mereka keluar parti itu bukan kerana didesak atau dijanjikan sesuatu tetapi dengan kesedaran bahawa konsep 1Malaysia memberi perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan semua kaum.

"Konsep 1Malaysia membuatkan kami merasa bangga kerana tidak ada kaum, termasuk Kadazan, Dusun dan Murut, yang akan dipinggirkan daripada arus pembangunan. Kami sebelum ini terperdaya dengan janji manis pemimpin PKR di peringkat negeri dan pusat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ginibun berkata, keputusan mereka untuk menyertai Umno adalah kerana Umno adalah tunjang Barisan Nasional manakala wakil rakyat mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail, walaupun adalah ahli Umno, beliau sentiasa mengambil berat terhadap nasib semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa.

Bekas Pengarah Logistik PKR kawasan Pantai Manis, Robert Apin, pula berkata penyertaan beramai-ramai ahli PKR dalam Umno bukan kerana mahu mendapatkan kedudukan tetapi untuk mencari "rumah yang teguh untuk berlindung". - Bernama

Sumber : Berita Harian Online

APA SUDAH JADI DENGAN PARTI PKR ???? SANA LOMPAT .. SINI LOMPAT....

Maut Dilanggar Bawah Jejantas

 Sekadar gambar hiasan

SHAH ALAM: Gara-gara tidak menggunakan jejantas, seorang lelaki maut selepas percubaannya untuk melintas jalan gagal sebelum dia dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 14.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke ibu kota di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.45 pagi, mangsa, M Elan Kovan, 51, mati di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian, Proton Satria dipandu seorang wanita berada di lorong paling kanan sebelum berlaku rempuhan kuat.

Impak daripada rempuhan itu, mangsa ‘melekat’ pada kereta terbabit sebelum terjatuh.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan awal mendapati mangsa cuba melintas dari sebuah stesen minyak ke sebuah kilang membuat minuman keras.

“Berikutan lebuh raya ini yang agak luas, mangsa gagal melintas sebelum dirempuh sehingga mati oleh sebuah kenderaan.

“Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Lebih mengejutkan kejadian itu berlaku di bawah jejantas sebelum mangsa diseret beberapa meter.

Mangsa yang enam bulan bekerja sebagai pemandu bas berasal dari Seksyen 18 di sini. Sementara itu, pemandu kenderaan terbabit yang berusia 23 tahun dan enggan dikenali mendakwa dia sudah membunyikan hon dua kali bagaimanapun mangsa buat tak tahu.

“Bila sudah dekat, dia melompat dan mengenai cermin kereta sebelum bergolek di atas bumbung dan jatuh,” katanya.

Dia dan rakannya yang masih terkejut tidak cedera.

Polis meminta saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhd Abdul Hafiz Sariee di talian 014-8605051 atau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan. 

Sumber : Harian Metro Online

BEGINILAH JADINYA KALAU DAH ADA KEMUDAHAN JEJANTAS TETAPI TAK MENGGUNAKANNYA..... SALAH SIAPA ??? BAGI AKU, IANYA ATAS DIRI KITA... NAK MUDAH JERK.. PADAHAL... IANYA BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA DAN MENYEBABKAN KEHILANGAN NYAWA.... FIKIR-FIKIR DAN RENUNGKAN.....

Sunday, March 07, 2010

Politik : PKR pecat Zulkifli

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bukan saja dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Zulkifli sebelum ini dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan selepas mengeluarkan kenyataan membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Ketika dihadapkan ke jawatankuasa itu pada 4 Mac lalu, Zulkifli bertindak keluar daripada sesi perbicaraan kes disiplinnya berikutan tidak mengiktiraf anggota panel dilantik PKR bagi membicarakan beliau berhubung isu kalimah Allah kerana dianggotai orang bukan Islam. Zulkifli turut mendesak kepemimpinan PKR membubarkan jawatankuasa itu yang terdiri daripada Syed Kamarulzaman Syed Kaber selaku pengerusi, Goh Keat Peng, Chew Swee Yoke dan T Kumar dan menubuhkan jawatankuasa baru iaitu panel beragama Islam.

Sumber : Harian Metro Online

BERITA TERKINI.. AGAKNYA BERAPA RAMAI YANG AKAN KELUAR PKR ATAU DIKELUARKAN PKR..

Tujuh Tentera Direman

KUALA LUMPUR: Tujuh anggota tentera yang disyaki terbabit dalam kejadian menyeksa, termasuk membelasah serta menyula dua anggota juniornya dengan menggunakan batang mop di sebuah kem tentera di ibu kota, ditahan reman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, mengesahkan penahanan itu dan kini mengambil keterangan pihak terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian berkenaan.


Kejadian dikatakan berlaku sejak 23 Februari lalu apabila mangsa, Hasrul Nizam Husin, 29, dan rakannya yang dikenali sebagai Firdaus, 20-an, dimasukkan ke bilik tahanan kem terbabit sebagai hukuman kerana melakukan kesalahan tatatertib.


Kumpulan anggota senior yang turut ditahan di bilik sama itu mula melakukan perbuatan terbabit apabila kedua-dua mangsa dikatakan enggan memenuhi permintaan mereka supaya membeli makanan dan rokok.


Kekejaman kumpulan itu akhirnya terbongkar apabila mangsa terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu untuk rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai dibelasah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Ghani, menyifatkan kejadian menimpa dua anggota tentera itu sebagai tindakan melampaui batas dan menjejaskan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pandangan masyarakat dan antarabangsa.


Menurutnya, budaya sebegitu tidak sepatutnya berlaku di kalangan anggota tentera kerana boleh memberi tanggapan buruk, sekali gus akan ‘membunuh’ minat generasi muda menyertai pasukan keselamatan itu pada masa depan.


Katanya, kejadian bagai nila setitik rosak susu sebelanga itu akan memberi gambaran tidak baik kepada hubungan sesama anggota tentera, sedangkan ia kes terpencil.


“Kita memerlukan tenaga anggota tentera untuk menjaga keselamatan negara, jika generasi baru tidak mahu lagi menyertai ATM, tentu ia merugikan.


“Sepatutnya anggota tentera tanpa mengira pangkat saling menyayangi sesama mereka, bukan bertindak kejam yang boleh menjejaskan hubungan,” katanya.


Menurutnya, pemantauan dan juga kawalan perlu diperketatkan terhadap tahanan yang dikenakan hukuman tatatertib bagi mengelak kejadian berulang.


“Ada kemungkinan boleh berlaku kejadian tidak diingini kerana disebabkan tekanan perasaan atau sebab lain atas hukuman tatatertib yang dikenakan kepada mereka.

“Sebab itu semua pihak harus menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran supaya tidak berulang kembali dan saya pasti ATM melihat perkara ini dengan serius serta akan menanganinya dengan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.


Muhammad berkata, tidak kira sama ada seseorang anggota itu bermasalah atau tidak, yang pasti mereka tetap berhak mendapat jaminan keselamatan walaupun ketika dalam tahanan.

Sumber : Harian Metro Online
BAGI AKU, DEPA SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN KEJADIAN SULA BATANG MOP NI DIBUANG KERJA.... SETUJU ??

Liga Super : Selangor 4 - 0 Kedah

 
PEMAIN Selangor, Safee Sali (kiri) diasak pemain Kedah, 
Mohd Sabrie Mat Abu, di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Terengganu kekal kedua menang di tempat sendiri.

SELANGOR terus unggul di gelanggang sendiri apabila mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di Stadium Shah Alam dengan membaham bekas juara, Kedah 4-0 buat mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super, malam tadi.

Safee Sali membuka jaringan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti minit ke-17 untuk gol ketujuhnya musim ini disusuli Amirulhadi Zainal Noordin yang bertukar hantaran dengan Hardi Jaafar pada minit ke-39. Kapten, Mohd Amri Yahyah melebarkan jurang minit ke-60 dengan sepakan separa voli sebelum Amirulhadi melengkapkan pesta gol minit ke-76.

Terengganu kekal di tangga kedua apabila menang 1-0 ke atas KL Plus di tempat lawan dengan Johor FC memintas Kedah di tangga ketiga selepas meraih kejayaan 2-1 ke atas Pahang di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Penantian tuan rumah terlerai minit ke-62 berpunca daripada sepakan leret Sumardi Halajan menyaksikan Mohd Irme Mat yang tidak dikawal sekadar menolak bola masuk menewaskan penjaga gol, Mohd Rosfaizul.

Tuan rumah terus menambah duka Pahang minit ke-66 berpunca bola sepakan lambung Mohd Nurul Azwan Roya ditanduk kemas Wan Rohaimi Ismail manakala pelawat merapatkan jurang gol minit ke-76 menerusi jaringan R Karthigesu.

l Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kelantan bangkit daripada kecewa tersingkir daripada Piala FA apabila menang 1-0 ke atas T-Team menerusi jaringan Azizi Matt Rose yang mudah menolak masuk bola muntah penjaga gol, Syamsuri Mustaffa minit ke-73.

l Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan meraih kemenangan 3-2 ke atas Perlis manakala di Stadium Batu Kawan, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan gol pendahuluan pelawat, Mohd Saaufi Saaidi minit ke-62 disamakan penalti pelawat, S Veenod enam minit sebelum tamat. 

Sumber : Berita Harian Online
BARU KENA 4-0, BUKAN 6-0..... TENGOK LER PEMAIN SELANGOR ... RAMAI STAR.....
KEDAH PULAK RAMAI PEMAIN UTAMA MENGALAMI KECEDERAAN....