Thursday, December 24, 2009

Remaja lari ikut abang angkat




  ( Nurul Shahirah )


KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dari Kampung Paya Berenjut, Kemaman, dipercayai melarikan diri bersama seorang abang angkat selepas 10 hari berkenalan dengan lelaki itu.

Mangsa, Nurul Shahirah Nordin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu ketika kedua ibu bapanya sedang tidur.

Nenek mangsa, Zaharah Ngah, 63, dari Kampung Baru Seberang Takir, dekat sini, berkata cucu yang dijaganya sejak berusia enam hingga 13 tahun itu, seorang anak yang taat dan tidak pernah bersikap liar sebelum berpindah ke Kemaman untuk tinggal dengan keluarganya.

“Saya percaya cucu saya itu termakan pujuk rayu lelaki yang baru dikenali sebelum melarikan diri dari rumah, sedangkan selama dia tinggal dengan saya, dia bukanlah remaja yang liar dan suka bersosial,” katanya.

Zaharah berkata, dia merayu kepada individu yang melarikan cucunya supaya menghantarnya pulang dengan segera kerana Nurul Shahirah masih bersekolah.

“Sebaik mengetahui Nurul Shahirah menghilangkan diri, mak cik tidak lalu makan kerana teringatkan nasibnya kini dan tidak tahu di mana dia berada,” katanya.
Bapa mangsa, Nordin Harun, 46, dari Kampung Paya Berenjut, Kemaman, berkata Nurul Shahirah tidak mempunyai masalah keluarga hingga mendorongnya untuk melarikan diri bersama lelaki yang baru dikenalinya itu.

“Ayah dan ibu memaafkan segala perbuatan yang dilakukan Nurul dan minta supaya Nurul pulang dengan segera ke rumah kerana ibu mengalami masalah kesihatan memikirkan kehilangan Nurul,” katanya.

Nordin berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Chukai pada 19 Disember lalu kira-kira jam 12 malam selepas menyedari kehilangan anaknya.

Katanya, sesiapa yang melihat atau mengetahui di mana Nurul Shahirah berada, diminta menghubungi bapa saudaranya, Mazlan Harun di talian 017 9142257 atau 019 9201322.

Sumber : Berita Harian Online

SESIAPA YANG MENJUMPAINYA, SILA HUBUNGI NO TEL TERTERA DI ATAS

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI

AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.


8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


10: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA..

SELINGAN: Kisah si Udin

TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.

Udin: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Udin: @#%^#^????

NENEK UDIN

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."


MASALAH PENDENGARAN


Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!! 


Sumber : Email Yahoo Group


SENYUM LE SKIT... KALAU TAK BANYAK PUN.. HE..HE..HE

Email ID Owner, Yes.. Aku dah menang Beribu-ribu

Attn:Beneficiary,

It is a profound gratitude communicating with you through this medium. We Acculotto Promotions wish to inform you that your email address with Ticket Nr: C:38 R:9,Reference Nr: 5687SPL876 won prize fund of 1,200,000.00 Euros categorically in our lottery program.We request you to pay serious attention to this notification by contacting the foreign taransfer manager.

Please contact the FOREIGN TRANSFER MANAGER of Accu-Online Claims Office,with the below information.

Your Names .......................
Your Address .....................
Your Country .....................
Your Phone No ....................
Your Occupation :.................
Your Age .........................
Sex ..............................

Accu-Online Claims Office.
Contact:Dr.Mario Bruno
Tel: +34-685-279-789
E-Mail:zenitheclaim@aim.com

Yours Sincerely,
Mr.Ruben Clark
Public Relation Officer.


Sumber : Email Aku Sendiri


BANYAK DAH AKU DAPAT EMAIL MACAM NI,,,
SATU PUN TAK BETUL.... BOHONG BELAKA.... JANGAN TERPEDAYA!!!

Wednesday, December 23, 2009

Gaji pekerja Malaysia lebih rendah


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Malaysia perlu berusaha lebih gigih untuk melonjakkan ekonomi negara dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, setanding dengan negara maju yang lain.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, ia boleh dicapai dengan meningkatkan pembangunan pelbagai sektor ekonomi bagi meningkatkan pendapatan.

Secara umumnya, jelas beliau, pendapatan tahunan seorang rakyat negara ini adalah RM17,182 (AS$5,000) berbanding pendapatan tahunan rakyat Singapura sebanyak RM103,140 (AS$30,000).

"Ini menunjukkan pendapatan tahunan rakyat kita enam kali lebih rendah daripada negara berpendapatan tinggi seperti Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa ekonomi Malaysia kini di persimpangan kritikal iaitu terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana atau mencapai status berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perubahan struktur ekonomi dilakukan bagi mengelakkan Malaysia terperangkap dalam kedudukan negara berpendapatan sederhana.

Menurut Mohd. Fauzi, sektor perkhidmatan dan pelancongan di negara ini perlu dipertingkatkan lagi bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong.

Dalam pada itu, Mohd. Fauzi berkata, Malaysia perlu menjalinkan hubungan perdagangan dua hala yang lebih baik dengan China dan India bagi meningkatkan eksport negara.

Sementara itu, Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, kerajaan perlu mengurangkan import dan meningkatkan eksport bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

"Pengimportan makanan menyebabkan mata wang negara mengalir ke luar negara justeru untuk mengelakkan situasi ini kita harus tingkatkan eksport dan turunkan import," katanya.

Katanya, kerajaan juga harus melatih lebih ramai tenaga kerja mahir dan profesional bagi mengurangkan pengambilan pekerja asing bagi mengelakkan aliran keluar mata wang negara.

Sumber : Utusan Malaysia Online

BERAPA GAJI KORANG DALAM SETAHUN ??? 

Monday, December 21, 2009

Misi Kedah tercapai


KETUA jurulatih Kedah, Mohamed Ramlee teruja dengan kejayaan pasukannya mengatasi Singapura 2-1 di Stadium Darulaman kelmarin pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Emas Raja-Raja sekali gus layak ke final menerusi agregat 3-2.

Menurutnya, kehadiran 15,000 peminat setia Kedah di Stadium Darulaman membakar semangat pemainnya untuk mengatasi lawan.

“Saya bersyukur kerana kami berjaya mencapai matlamat beraksi pada perlawanan akhir yang ditentukan gelanggangnya esok (hari ini) oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM).

“Saya berdoa agar kami dapat mengulangi kejayaan muncul juara pada musim 2005 apabila bertemu Perlis kelak.

“Anak buah saya tidak akan berehat bagi memastikan Piala Emas Raja-Raja jadi milik kami Sabtu ini sekali gus melegakan ribuan peminat Kedah yang hampa selepas pasukan Liga Super kehilangan tiga kejuaraan yang disandang sejak dua musim lalu,” katanya.

Menurutnya, dia juga yakin setiap ruang tempat duduk Stadium Darulaman dipenuhi jika final diadakan di sana sekali gus pasti memberi kelebihan kepada pasukan bimbingannya.

“Saya tabik dengan kesungguhan serta semangat tinggi pemain dan kelebihan kami sudah pasti kelincahan penyerang muda Mohd Faizal Abu Bakar yang menjaringkan lapan gol sehingga semalam (kelmarin).

“Saya yakin dia mampu mengulanginya pada final untuk kami mengakhiri 2009 dengan kejayaan menjulang Piala Emas Raja-Raja,” kata Mohamed.

Sumber : Harian Metro Online

PULUN KEDAH PULUN....

Aksi Jijik Si Derhaka

PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.


Sumber : Harian Metro Online


TERGAMAK MEREKA MEMPERLAKUKAN IBU MEREKA SEBEGITU RUPA....
APA PANDANGAN KORANG SEMUA ????

Tidak tutup aurat, kompaun RM500


ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.


KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Sumber : Kosmo Online

SETUJU ATAU TIDAK DENGAN KOMPAUN YANG DIKENAKAN OLEH  
Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam ??