Thursday, November 26, 2009

Suami isteri ditahan - Buat wang palsu RM50 sebelum dimasukkan ke dalam bank


ASRI menunjukkan sebahagian daripada wang palsu dan tulen yang drampas daripada sepasang suami isteri di Mergong, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Sepasang suami isteri berusia 20 tahun yang hidup dengan membuat wang palsu RM50 sejak berkahwin Jun lalu akhirnya masuk perangkap pasukan khas polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (IPK) semalam.

Mereka diberkas di sebuah rumah di Taman Wira, Mergong pada pukul 8 malam sebelum dibawa ke sebuah bilik motel berhampiran Stesen Bas Shahab Perdana yang disewa sebulan lalu.

Modus operandi mereka adalah membuat salinan warna (fotostat) not RM50 dan kemudian membelah dua wang yang tulen itu menggunakan pisau.


DI SEBUAH motel berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana di Alor Star inilah polis menemui peralatan membuat wang palsu daripada sepasang suami isteri semalam.


Wang yang dibelah itu kemudian ditampalkan dengan wang yang difotostat dan diseterika supaya ia mirip wang tulen sebelum dimasukkan ke dalam bank tempatan menerusi Mesin Deposit Tunai (CDM).

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, sebaik sahaja transaksi kemasukan diterima, mereka akan mengeluarkan semula wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) lain pada hari yang sama.

"Kegiatan tersebut dilakukan secara kecil-kecilan tanpa penglibatan sindiket,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online

DUIT RM50 BARU TU... CAMNE PUN BANK NEGARA MALAYSIA BUAT DUIT, DUIT PALSU SENTIASA ADA.....

Jawatan Kosong - Secretary & Receptionist (Kepong)

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,
Harap dapat panjangkan email ini.

Kalau ada yg berminat nak cuba atau ada kawan2, rakan sekerja, ahli keluarga yg baru habis kontrak atau nak bertukar kerja/persekitaran/ syarikat, dialu-alukan menghantar resume yg lengkap kepada saya. Berikut adalah kekosongan yg perlu di isi :

Position : Secretary
Requirements :
- Minimum 2 years experience in Oil & Gas

Position : Receptionist
Requirements :
- Minimum 1 years experience in the same role


Suitable candidates are invited to send in their resume. Please include your Latest Passport Size Picture,Current Salary, Expected Salary & Notice period.

Should you need more information, just send an email to amm_lieeya@yahoo. com
or contact the undersigned.
 


Thanks & Regards,
Liyana Abdullah
Recruiter
Tel.No : 03-6277 1119

Sumber : Email Yahoo Group

HARAP DAPAT MEMBANTU KEPADA ANDA YANG SENDANG TANAM ANGGUR

JAWATAN KOSONG : Penolong Pegawai Tadbir N27

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON ANAK NEGERI SELANGOR YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI  KEKOSONGAN PERKHIDMATAN KONTRAK BERIKUT

1. JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

2. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

3. JADUAL GAJI / ELAUN
   
    GAJI : P1T1: RM1204.55 - P1T26: RM3027.10
    ITKA : RM160.00
    ITP : RM180.00
    ELAUN SARA HIDUP : ANTARA RM100.00 - RM300.00
    CUTI REHAT : 25 TAHUN SETAHUN

4. SYARAT-SYARAT LANTIKAN :

    (A) WARAGNEGARA MALAYSIA KELAHIRAN SELANGOR

    (B) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN
         JAWATAN

    (C) - SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN  ATAU KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF SETARAF
           DENGANNYA OLEH KERAJAAN; ATAU

         - DIPLOMA DALAM BIDANG PENTADBIRAN AWAM YANG DIIKTIRAF OLEH
           KERAJAAN DARIPADA INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN
           ATAU KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF SETARAF DENGANNYA.

           ( GAJI PERMULAAN IALAH PADA GRED N27 : P1T5)

           DAN

     (D) KEPUJIAN BAHASA MALAYSIA / BAHASA MELAYU (TERMASUK LULUS UJIAN
          LISAN) PADA PERINGKAT SPM ATAU KELULUSAN YANG DIIKTIRAF SETARAF
          DENGANNYA OLEH KERAJAAN

5. CARA-CARA PERMOHONAN :

    PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA MELENGKAPKAN BORANG 
    IPK.SEL.1 DENGAN MENYATAKAN KETERANGAN LENGKAP MENGENAI 
    PERIBADI, KELAYAKAN, PENGALAMAN DAN MENYERTAKAN SIJIL-SIJIL
    BERKAITAN SERTA SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT, BORANG
    PERMOHONAN TERSEBUT HENDAKLAH DIKEMBALIKAN SEPERTI ALAMAT
    BERIKUT : -
 
    BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
    TINGKAT 3, BANGUNAN SSAAS,
    40000 SHAH ALAM,
    SELANGOR
DARUL EHSAN.

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA  04 DISEMBER 2009.

    PENTING

    - BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI AKAN DITOLAK
    - PERMOHONAN YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN
    - HANYA CALON-CALON YANG LAYAK SELEPAS DITAPIS SAHAJA AKAN DI
      HUBUNGI UNTUK SESI TEMUDUGA
    - PERMOHONAN YANG TIDAK MENERIMA SEBARANG JAWAPAN SELEPAS 3
      BULAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA


Borang download di sini : http://d.yimg.com/kq/groups/14727244/455391461/name/borang%20sahaja%2Epdf


Sumber : Email Yahoo Group


SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG TANAM ANGGUR...

JAWATAN KOSONG : Berbagai jawatan di Sekolah Islam Hidayah

JAWATAN KOSONG

Sekolah Rendah Islam Hidayah
1. Guru Bahasa Inggeris (3 kekosongan)
2. Guru Syariah & Al-Quran (2 kekosongan)
3. Guru Bahasa Arab (3 kekosongan)
Syarat dan kelayakan : Diploma yang berkaitan.

Sekolah Menengah Islam Hidayah
1. Guru Syariah (2 kekosongan)
2. Guru Tahfiz (2 kekosongan)
Syarat dan kelayakan : Ijazah yang berkaitan.

Pejabat Pentadbiran Sekolah Islam Hidayah.
1. Kerani Akaun
Syarat dan kelayakan : 1. Minimum SPM
2. Berpengetahuan Komputer

Syarat am calon:
1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. Sentiasa menjaga solat.
4. Menutup aurat.
5. Bukan perokok.

Permohonan adalah dipelawa bagi sesiapa yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan tersebut. Sila hantar resume anda berserta sijil-sijil yang berkaitan ke e-mail kasyfi.rashid@ hidayah.edu. my atau ke alamat seperti di bawah sebelum 10 Disember 2009. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di dalam resume dan di sebelah kiri sampul surat. Untuk keterangan lanjut sila layari www.hidayah. edu.my.

SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH
Kg. Sinaran Baru, Km 26 Jalan Johor Bahru, 81300 Skudai, Johor Darul Takzim
Tel:07-5574689, 07-5569932 Faks:07-5570882
www.hidayah. edu.my

Sumber : Email Yahoo Group


SIAPA BELUM ADA KERJA.. BOLEH APPLY...

Masalah Perut Buncit ?



Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba beberapa petua di bawah ini. 
Mudah saja caranya. Kos nya pun sangat murah.

Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.

Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.

Sumber : Email Yahoo Group


PERUT AKU PUN..... 
NAK KENA AMALKAN JUGA NI..

Makcik Yang Ketagih!!


Ketagih ape agaknya makcik bertudung niii?

 
Sebelah mamat mana tu ????

 
Kalau mak pun dah jadi begini, bagaimana anaknya pula ???

Sumber yg boleh dipercayai....

Menurut makcik yang dianggarkan berusia kira-kira 50-60 tahun ini, dia memang pelanggan tetap aktiviti ini.
Sejak bertahun-tahun lalu, dia tidak boleh meninggalkan kegiatan ini.

"Makcik sekali beli, berapa ringgit habis?"

"Ala, takdelah banyak, kadang-kadang 10 ringgit je..."
"Apa nombor yang makcik selalu beli"
"1178" jawabnye...


Lokasi di suatu kedai judi di bandaraya Kuala Lumpur..

Sumber : Email Yahoo Group

JANGAN LA JADI CAM NI IBU-IBU, BAPA-BAPA SEKALIAN
KASIHANILAH ANAK-ANAK KITA
DENGAN DUIT HARAM, IANYA TIDAK BERKAT UNTUK KELUARGA KITA....

ALERT : Caj Yang Tidak Diguna


(gambar sekadar hiasan)

TAHUKAH ANDA BAHAWA PIHAK OPERATOR TELEKOMINIKASI MENGKAUT KEUNTUNG CHARGE YANG KITA TIDAK GUNA. CHARGENYA MUNGKIN DALAM RM0.10 SETIAP CALL YANG DIAKTIVE KE PETI SUARA, SEDANGKAN KITA TIDAK MEMERLUKANNYA.

CONTOHNYA, SEKIRA KITA BUAT PENGGILAN DAN TIDAK JAWAB / TEL OFF. SECARA AUTOMATIK PANGGILAN KITA AKAN DI HALA KE VOICE MESSEGE. UCAPAN YANG DITERIMA AKAN DIKREDIT KE AKUAN KITA SAMA ADA PRE-PAID / POST PAID. PENERIMAAN INI ADALAH TIDAK PERLU TETAPI PIHAK OPERATOR TELAH MENGAUT KEUNTUNGAN.

SEKIRANYA 2 - 3 JUTA PANGGILAN YANG TIDAK DAPAT DIJAWAB / OFF BAYANGKAN BERAPA MEREKA DAPAT DUIT DARI PENGGUNA RM200K - 300K SEHARI, KALAU SEBULAN / SETAHUN? SAMA ADA KITA SEDAR ATAU TIDAK KITA MEMBAYAR PADA PERKHIDMATAN YANG TIDAK SEPATUTNYA KITA BAYAR.

KALAU NAK CUBA, CUBA TEL PADA TALIPHONE YANG OFF / TIDAK DIJAWAB. ANDA AKAN PASTI DAPATI KREDIT AKAN DIPOTONG. SETIAP HARI 3-5 KALI CALL MASUK KE PETI SUARA, ANDA TELAH DERMA 30 - 50 SEN SETIAP ORANG PADA OPERATOR TELEKOMINIKASI.

SIAPA YANG RUGI? ORANG KAYA / BERDUIT MUNGKIN TIDAK RASA HAL INI.

Sumber : Email Yahoo Group

RASANYA PIHAK TELEKOMUNIKASI ADA SAFETY KOT....
COZ SEBELUM NI, ADA PELANGGAN BUAT PANGGILAN 3 SAAT,,
TERMASUK LA AKU SEKALI..... MEMANG TAK KENA CAS KREDIT...
TAPI SEKARANG... TIDAK LAGI............

Mohon Sedikit Sumbangan Untuk Rawatan Kimo Anak Saudara



Assalamualaikum,

Pada kawan2  yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk rawatan kimo anak saudara saya  

 


KHAYRUL AIMAN BIN KHAYRUL NIZAM

Beliau mengidap “muscle cancer” sejak berumur 4 thn (2007).ketika itu sel cancer menyerang di peha
berdekatan Pembulur darah..Tetapi Alhamdulillah telah selamat dikeluarkan sel tersebut dlm pembedahan

Yang dijalankan oleh pihak GHKL.Tetapi kini ia menyerang kembali diperut beliau juga sama
Berdekatan dgn pembulur darah.Amat merisaukan lagi…sel cancer tersebut telah merebak
Ke paru2 seblh kiri dan otak….
Rawatan amat diperlukan utk memastikan keadaanya kembali stabil…
Rawatan yang diperlukan Aiman berjumlah RM15,000 tunai…(segera)
Dan kini Aiman menerima rawatan di HUKM.
Dalam masa yang singkat keluarga kami tidak mampu mengumpulkn wang sejumlah itu..
Dengan ini saya memohon sedikit sumbangan dari kawan2…untuk menambah jumlah wang utk
Perubatan Aiman


Sumbangan ikhlas anda amat di hargai :

Mazian Binti Musni  (ibu aiman)

Maybank A/C No : 164490068229


@ boleh diberikan terus kepada saya..Nazatul


Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan  
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain . Semoga usaha kita ini    
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!



Sumber : Email Yahoo Group


SAYA PANJANGKAN DALAM BLOG.. HARAP DAPAT MEMBANTU...