Thursday, October 27, 2016

PENUTUPAN SEMENTARA JAMBATAN KONKRIT DI KM.11 (MUKIM TAJAR) DAN KM.16 (MUKIM TOBIAR) JALAN DATUK KUMBAR - TITI HAJI IDRIS (K135) KEPADA KENDERAAN BERAT



PENUTUPAN SEMENTARA JAMBATAN KONKRIT DI KM 11.(MUKIM TAJAR) DAN KM.16(MUKIM TOBIAR) JALAN DATUK KUMBAR –TITI HAJI IDRIS (K135) KEPADA KENDERAAN BERAT.
___________

Adalah di maklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan 2 buah jambatan baru bagi menggantikan jambatan sempit sedang dijalankan di Kilometer 11(Mukim Tajar) dan Kilometer 16 di Jalan Datuk Kumbar-Titi Haji Idris (K135).

Jambatan dilaluan Jalan Datuk Kumbar-Titi Haji Idris (K135) ditutup kepada kenderaan berat melebihi ketinggian 2.5 meter dan berat melebihi 5 tan bermula dari tarikh 1hb. November 2016 sehingga 14hb. Januari 2018.  

Lain-lain kenderaan dan Kenderaan berat dari arah Pendang dan Pekan Langgar menghala ke Pusat Bandar Alor Setar boleh melalui laluan altenatif Jalan Tokai(K130) – Jalan Tok Keling(K515) atau Jelai(K176) - Alor Mengkudu(K138).

Manakala Kenderaan berat dari arah Pusat Bandar Alor Setar menghala  ke Titi Haji Idris,Pendang,Pekan Langgar boleh melalui laluan altenatif Jalan Tanjung Bendahara(K364)- Alor Mengkudu(K138)- Jalan Tok  Keling(K515) atau Jelai(K176) – Jalan Tokai(K130)

Sila patuhi papan tanda arahan yang disediakan untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya.

Sebarang kesulitan dan kesukaran yang dialami amatlah dikesali untuk keselesaan di masa hadapan.

No comments: