Monday, October 12, 2015

Kadar tol di beberapa lebuh raya naik mulai 15 Okt


SHAH ALAM - Kadar tol di beberapa lebuh raya di Malaysia akan dinaikan mulai 15 Oktober ini.

Menurut kenyataan daripada Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol tersebut akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

"Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini, sementara Lebuh Raya Silk yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen dan RM2.40, dan kenaikan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke)," petik kenyataan itu.

Selain itu, kadar tol di terowong Smart juga naik kepada RM3. Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Memetik kenyataan pihak NPE, kenaikan kadar berkenaan antara 40 sen hingga RM2.10.

Sementara pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). 

Sumber : Sinar Harian Online ( http://www.sinarharian.com.my/semasa/kadar-tol-di-beberapa-lebuh-raya-naik-mulai-15-okt-1.439529 )

No comments: