Thursday, October 20, 2011

Kesihatan : Bahaya Spa Ikan





Bahaya Spa Ikan


Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Pakar perubatan di Abu Dhabi telah memberi amaran bahawa rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif dan berbahaya ke atas kesihatan.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ‘Dr. Fish‘, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.

Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan. Rawatan itu biasanya mengambil masa 20-30 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu.

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat. Prosedur ini telah pun diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV. Lagipun, tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit.

Sumber : Rakan Blogger

APA PENDAPAT ANDA ? 

1 comment:

Sang Pemikir said...

Tengok ikan gigit-gigit kaki tu pun dah geli.