Sunday, August 07, 2011

Nombor pendaftaran KDA catat tawaran tender RM762,601


ALOR SETAR: Nombor pendaftaran kenderaan 'KDA' mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lalu.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut. "Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah," katanya di sini.

Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.

KDA katanya, bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi.

Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lalu, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.

Ahmad Musadad berkata, pendaftaran bagi KDB dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

POPULAR JUGAK NO PENDAFTARAN KDA NI..
LEPAS NI NAK AMBIK KDH PLAK LA....

No comments: