Friday, July 08, 2011

Perisian Baru : Microsoft Office 365 dilancar


Sedang dok baca paper Harian Metro tadi, terbaca satu info terbaru dari teknologi maklumat. Apakah itu ? Ianya adalah pelancaran Microsoft Office 365.. Apakah Microsoft Office 365 ini ? Bagaimana penggunaannya ? Office 2007 pun tak berapa nak pandai lagi, keluar plak office 2010. Dan lepas tu, keluar plak Office 365 ni. Waduh-waduh, mana tahan ni. Kalau nak ikut perkembangan teknologi ni memang x sempat la... Asyik ada ja yang terbaru dilancarkan. Berikut adalah berita dari Harian Metro Online yang aku baca tadi.. Baca bagi habis tau, lepas tu jom kita share. Korang minat pakai microsoft office mana 1 ? 2007, 2010 atau nak cuba office 365 ni plak... Letih aih.... .. 


Petikan dari : Harian Metro Online 8 Julai 2011

SYARIKAT perisian, Microsoft Malaysia melancarkan perkhidmatan perkomputeran ‘cloud’, Microsoft Office 365, khusus untuk perniagaan yang dilengkapi aplikasi Microsoft Office, SharePoint Online, Exchange Online dan Microsoft Lync Online.

Kesemua aplikasi terbabit menawarkan perkhidmatan pengkomputeran cloud terkini bagi langganan yang dibuat secara dalam talian.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Ananth Lazarus berkata, sektor perniagaan yang menggunakan Office 365 berupaya mendapatkan kesan perniagaan dalam usaha membantu mengurangkan kos teknologi maklumat dengan anggaran penjimatan 50 peratus sambil meningkatkan produktiviti.

“Dengan memperkenalkan perkhidmatan keusahawanan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Microsoft Office 365 mampu menjadi produk revolusi dalam pasaran negara maju seperti Malaysia apabila 99 peratus sektor perniagaan tertumpu kepada PKS,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim.

Menurutnya, perkhidmatan itu mudah digunakan dengan hanya beberapa klik pada butang papan kekunci untuk menjadikan perniagaan lebih cekap dan mencapai kejayaan terbaik di pasaran tempatan serta global.

Sementara itu, Hafsah berkata, PKS Malaysia boleh menjimatkan kos dan masa, selain keupayaan bekerja dengan lebih baik.

“Perkhidmatan ini bukan saja untuk kegunaan dalam organisasi sendiri, tetapi bersama rakan kongsi,” katanya.

BAGAIMANA PENDAPAT ANDA PULAK ?
PERISIAN TERBARU LA NI SEMAKIN CANGGIH KAN ? 
DIA PUNYA HARGA PUN, PERGHhHhhHHHhh... MAMPU BELI KA NI ?

No comments: