Thursday, March 03, 2011

Bayaran bil air di pejabat pos Kedah dihenti mulai 2 Mac 2011


ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tetap dengan keputusan menamatkan perkhidmatan pembayaran bil air di pejabat pos berkuat kuasa kelmarin, untuk mengelakkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) menanggung bayaran komisen tinggi dikenakan ejen kutipan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata keputusan dibuat berikutan SADA tidak bersetuju komisen 20 sen dikenakan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mulai kelmarin, sekali gus menjadikan komisen setiap bil menjadi 90 sen, berbanding 70 sen sebelum ini.

Katanya, SADA pernah mengemukakan permohonan meminta Pos Malaysia mengkaji balik kenaikan komisen itu, tetapi tidak mendapat maklum balas positif. 

Sumber : Berita Harian Online
INFO KEPADA SEMUA RAKYAT NEGERI KEDAH
APA PENDAPAT KORANG ?

No comments: