Monday, December 06, 2010

PENDANG : Program Mesra Rakyat Daerah Pendang pada 11 November


ALOR SETAR - Semua pemimpin Kerajaan Negeri Kedah akan berkumpul di Pendang pada 11 Disember ini untuk bertemu dengan orang ramai daerah itu dalam program Mesra Rakyat Daerah Pendang.

Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan merasmikan program yang didadakan sehari suntuk melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pendang dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.

Orang ramai dari daerah Pendang dijemput hadir ke majlis yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kubur Panjang. Pada majlis perasmian ini rakyat yang kurang bernasib baik akan menerima bantuan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar.

Pelbagai agensi dan orang perseorangan akan membuka gerai sepanjang program berlangsung dan orang ramai boleh menyaksikan pameran dari pelbagai agensi di samping pertunjukan seni mempertahankan diri dan persembahan kebuyaan antara kaum.

Pada majlis ini warga Daerah Pendang berpeluang untuk bertemu mesra dengan pemimpin peringkat negeri termasuklah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli-Ahli Parlimen (AP).

Selepas jamuan rakyat dan solat Zohor Menteri Besar akan melawat projek pertanian manakala Ahli Exco Kerajaan Negeri bersama Adun dan AP akan bergerak ke mukim-mukim dalam Daerah Pendang untuk bertemu rakyat di akar umbi dan menyampaikan sumbangan.

Bagi peminat sukan boleh menyertai sukan rakyat dan hadiah-hadiah telah disediakan oleh pihak urusetia. Penutup program diadakan perlawanan bolasepak antara Pilihan Kedah dengan Pilihan Pendang.


Sumber : Kedahlanie

RAMAI AKAN TURUN KE DAERAH PENDANG, DAERAHKU.. 

No comments: