Saturday, December 04, 2010

PENDANG : Bapak terima 717 aduan peneroka

PENDANG: Sejak ditubuhkan dua minggu lalu, Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sudah menerima 717 aduan daripada peneroka dan 30 peratus daripadanya diselesaikan.

Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail berkata, pihaknya berjanji meneliti setiap aduan dikemukakan sebelum diambil tindakan sambil meminta setiap peneroka bersabar kerana ada aduan cepat diselesaikan dan ada yang mengambil masa.


Bagaimanapun, katanya, perkembangan setiap aduan akan dimaklumkan kepada peneroka dari semasa ke semasa dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 600 aduan membabitkan aktiviti di tanah rancangan Felda, masalah penanaman semula, bayaran termasuk masalah keluarga dan peribadi,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi taklimat Cadangan Penyusunan Semula GWGF Di Bawah Model Baru Ekonomi, Sosial dan Pendidikan Untuk Generasi Baru Felda Bagi 20 Tahun Akan Datang dan Hari Keluarga di Felda Lubuk Merbau, di sini, semalam.


Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sumber : Harian Metro Online
SEMOGA DAPAT MENGENDALIKAN ADUAN YANG DITERIMA DENGAN CEPAT...

No comments: