Friday, December 10, 2010

Kedah Tak Gentar Hadapi Kelantan Di KB Dalam Final Piala Emas Raja-Raja


VS



ALOR SETAR, 9 Dis (Bernama) -- Kedah tidak gentar berhadapan Kelantan yang dianggap pasukan pilihan pada perlawanan akhir bola sepak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Mohamed IV di Kota Baharu pada Sabtu ini.

Jurulatih Kedah, Muhamad Ramli, berkata beliau telah mengatur strategi untuk menggempur pasukan lawan di hadapan penyokong Kelantan, sekaligus membawa pulang piala itu.

"Pemain-pemain saya berada pada tahap kecergasan memuaskan dan mereka juga bebas daripada masalah yang boleh mengganggu tumpuan menjelang perlawanan penting itu. Saya yakin persembahan mereka tidak akan mengecewakan," katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas latihan pagi ini.

Muhamad, bekas pemain pertahanan Kedah pada tahun 90an dan awal tahun 2000, bagaimanapun tidak memandang rendah Kelantan yang mana pasukan utama mereka menjuarai Piala Malaysia tahun ini.

"Berdasarkan rekod pada kejohanan ini, Kedah lebih baik di gelanggang lawan dari di tempat sendiri. Bagaimanapun kelebihan utama kami ialah dapat menyerap sorakan lawan supaya tidak menjejaskan rentak," katanya.

Jurulatih itu berkata sekiranya pemain Kedah mampu mengekang asakan Kelantan dan bermain mengikut strategi tiada masalah bagi Kedah untuk menang.

"Saya mahu pemaian menebus kekalahan pada final dengan Perlis tahun lepas walaupun hakikatnya Kelantan merupakan pasukan yang lebih bagus," katanya.

Kecuali pemain sayap, Hattaphon Bun Ann yang tidak dapat bermain kerana dikenakan dua kad kuning, pemain-pemain utama yang lain sudah bersedia, kata Muhamad.

Sumber : BERNAMA

PULUN KEDAH PULUN... 
TAHUN LEPAS NAIB JUARA... 
TAHUN NI, BOLEH JADI JUARA KOT....
PULUN KEDAH PULUN...

No comments: