Monday, November 22, 2010

Tragedi BAS : Bas Rempuh 6 Kenderaan

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 20 penumpang penumpang sebuah henti-henti dari Paka ke sini melalui detik-detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki mengalami masalah brek, merempuh enam buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebuah stesen minyak di Batu Buruk.

Nahas jam 3.15 petang itu mengakibatkan pemandu sebuah kenderaan terbabit, seorang wanita berusia 20-an, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikejarkan untuk rawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan lain dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan.
Seorang saksi, Nur Shamini Mat Lazim, 21, yang juga penumpang bas itu, berkata semasa kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila tiba-tiba terdengar dentuman kuat.

"Apabila saya tersedar saya lihat beberapa kenderaan telah melintang di hadapan bas yang saya naiki," katanya yang merupakan pelajar sebuah kolej di Setiu.

Nur Shamini berkata, keadaan menjadi kelam kabut apabila penumpang bas berebut-rebut untuk turun kerana takut kejadian lebih teruk akan berlaku manakala pemandu bas pula tidak kelihatan.

Seorang lagi penumpang bas, Nur Azleen Rozelan, 18, berkata akibat pelanggaran itu dia mengalami sedikit kecederaan apabila kepalanya terhantuk pada kerusi hadapan. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
KENAPA ASYIK DENGAR BAS KEMALANGAN JERK DALAM BULAN NI..
MUSIM BAS KEMALANGAN KE ?

No comments: