Sunday, November 21, 2010

Siapa Kata Petronas Bohong ? Ini Buktinya.. 3 menang RM10,000 belanja di PETRONAS

FAYLONIE ALFRED (tengah) menerima hadiah daripada wakil PDB selepas diumum pemenang kempen promosi 'The Road to Rewards', semalam.

'The Road to Rewards' tawar hadiah lumayan


KUALA LUMPUR: Tiga pelanggan setia PETRONAS diisytihar pemenang wang tunai RM10,000 dan 100,000 mata ganjaran Mesra setiap seorang yang keseluruhannya berjumlah RM75,000 dalam kempen promosi 'The Road to Rewards.'
Mereka ialah Faylonie Alfred Richard Edmund, 22, Mior Affazuddin Mior Aziz, 28, dan Jamal Hussin Nabir Hussein,19.
Dalam satu kenyataan semalam, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menyatakan, kempen empat bulan bermula 1 November lalu, memberi peluang kepada 10,000 rakyat tempatan meraih hadiah lumayan sehingga RM3 juta termasuk wang tunai, mata kad Mesra dan kad ganjaran tunai PETRONAS, apabila membelanjakan minimum RM30 atau membeli Pek Kombo Mesra bernilai RM10 di stesen PETRONAS di seluruh negara.

Sementara itu, Faylonie Alfred, 22, melahirkan rasa syukur kerana menjadi antara penerima pertama yang bertuah membawa pulang hadiah lumayan itu.

“Saya bersyukur kerana kunjungan ke stesen Petronas terbukti berbaloi. Saya akan menggunakan wang ini untuk melanjutkan pelajaran,” kata gadis berasal dari Sabah itu.

Mior Affazuddin, dari Ipoh, berkata, beliau sememangnya pelanggan setia stesen PETRONAS sejak mula memandu 10 tahun lalu.
“Saya tergamam apabila diumumkan sebagai pemenang. Saya masih tidak tahu apa hendak dibuat dengan hadiah ini walaupun ada rakan-rakan sudah memberikan cadangan,” katanya.

Bagi anak kelahiran Johor, Jamal Hussin, kemenangan itu tepat pada masanya selepas membeli sebuah lori mengutip barangan elektrik terpakai bagi menyara keluarganya.

Kempen itu sebahagian usaha PDB menghargai pelanggannya seiring komitmen berterusan memberikan manfaat kepada pengguna setia dan ahli Program Setia Mesra PETRONAS di seluruh negara.

Promosi itu turut melakukan kejutan kepada pelanggan yang berpeluang memenangi wang tunai pada masa tidak dijangka, seperti ketika mengisi minyak.

Sumber : Berita Harian Online

ADA YANG MENGATAKAN PETRONAS NI TIPU PASAL HADIAH... INI BUKTINYA!!

No comments: