Thursday, November 11, 2010

Kes Jenayah : Peniaga emas mati ditembak di Alor Setar

 ( Gambar sekadar hiasan, Jenayah sekarang makin menjadi-jadi )

ALOR SETAR: Seorang peniaga emas mati ditembak di Pasar Buah Pekan Cina di sini selepas berurusan dengan beberapa kedai emas di sekitar bandaraya Alor Setar hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisiten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang, mangsa Fong Chung Sing, 49, yang berasal dari Ayer Itam, Pulau Pinang dipercayai baru keluar dari salah sebuah kedai emas berhampiran tempat kejadian.


Ketika itu beliau membawa dua beg yang mengandungi barang kemas. "Mangsa dihampiri dua lelaki bertopeng menaiki kereta Proton Waja warna keemasan yang melepaskan satu das tembakan dan kena pada tubuh mangsa menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Beliau berkata, polis percaya kemungkinan mangsa diperhatikan kerana selepas mangsa ditembak, suspek melarikan dua beg berkenaan. "Kita percaya tiada pergelutan antara mangsa dan suspek kerana pemeriksaan awal mendapati tiada kesan calar pada badan mangsa.

"Kita juga percaya hanya satu das tembakan dilepaskan berdasarkan kelongsong peluru yang kita temui di tempat kejadian. "Kita tidak mendapat gambaran jelas mengenai kejadian ini kerana kita tidak mempunyai saksi dan saya mohon kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian ini tampil bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan," katanya. Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, mayat kanak-kanak, Awwad Hakimi Rudaini, 7, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di tali air di Tanjung Bendahara Khamis lepas masih belum dijumpai. Dalam kejadian itu, Awwad Hakimi dan rakannya Nur Irshah Rosli, 9, terjatuh ke dalam tali air tersebut ketika bermain bersama beberapa rakan. Bagaimanapun, mayat Nur Irshah dijumpai tersangkut di kawasan perangkap sampah Sungai Tanjung Bendahara, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian. -Bernama 

Sumber : Harian Metro Online
JENAYAH MAKIN MENJADI-JADI SEKARANG NI...
RASA CAM TAK SELAMAT KALAU KELUAR KE PEKAN....
KEPADA RAKAN-RAKAN, BERHATI-HATI APABILA KELUAR DARI DARI RUMAH...

No comments: