Tuesday, November 23, 2010

6,133 Penjawat Awam Bermasalah

 ( Gambar Hiasan )

PUTRAJAYA: Kira-kira 6,133 kakitangan kerajaan dilaporkan bermasalah dan berprestasi rendah pada 2009, meningkat 789 kes berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Pada 2008, 5,344 pegawai dilaporkan bermasalah dan berprestasi rendah iaitu peningkatan sebanyak 0.84 peratus berbanding tahun lalu, katanya pada majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Ke-6 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Seramai 1,006 pegawai kerajaan ditauliah sebagai AKRAB menjadikan jumlah keseluruhan ahlinya 3,583 sejak dilaksanakan pada 2005.

Abu Bakar berkata, antara masalah dilaporkan termasuk disiplin, hubungan antara pekerja, psikologi, prestasi rendah dan masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung, kencing manis atau barah.

Namun, disiplin, kesihatan dan prestasi rendah adalah masalah utama, katanya.

Justeru, beliau menyarankan rakan pembimbing dilantik bagi membantu pihak pengurusan sumber manusia mengatasi masalah secara proaktif.

Katanya, rakan pembimbing memainkan peranan penting dalam membentuk penjawat awam berdisiplin dan integriti.

Rakan pembimbing perlu menjadi contoh kepada rakan sekerja lain dengan mengamalkan nilai positif dan tata laku yang boleh dicontohi, katanya.

Sumber : Berita Harian Online


RAMAI JUGAK TU .. 6,133 PENJAWAT AWAM...

No comments: