Saturday, October 30, 2010

Tahniah!! RM5 juta bina masjid baru di Batu Sapi


SANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata, masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

"Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah. Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
SYOKNYER.....
PILIHANRAYA KECIL...

1 comment:

ProHaris said...

asal ada pilihanraya kecil ka umum ka
mesti ada projek tu projek ni...

jalan kampung tak turap, pi turap
masjid lama yang ada, bina yang baru
takdak sekolah, pi bina sekolah...
orang miskin takdak rumah, pi bina rumah...

ini semasa kempen bukan main lagi manis mulut menjanjikan apa sahaja barang demi meraih sokongan rakyat..

usah tertipu dengan segala janji kosong mereka...

Woii pilihanraya kecil Kota Siputeh tak mau buat ka??