Friday, October 29, 2010

Netbook 1Malaysia : Bagi Free, Pi Jual Pulak...

Geram jugak aku terbaca berita pasal penjualan netbook 1Malaysia ni. Dah la payah nak dapat, mahal plak tu kalau nak beli.. Dah dapat free, p jual plak... Apa kejadahnya manusia yang tak reti bersyukur setelah pemberian percuma, senang-senang p jual..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kementerian Pelajaran pantau pelajar jual komputer riba


PUTRAJAYA 28 Okt. - Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan berhubung dakwaan terdapat pelajar menjual komputer riba di bawah program Komputer 1Malaysia yang diberikan secara percuma oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau, yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun berkata pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

"Sebab itu, di peringkat kementerian kita hendak memantau atau merekodkan pemberian itu...dan ia bukan sahaja digunakan di rumah tetapi turut dibawa ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Jalur Lebar, di sini, hari ini.

Komputer itu diberikan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar berdasarkan nisbah yang ditetapkan.

Muhyiddin berkata, beliau tidak pasti sama ada disebabkan faktor tidak mampu melanggan perkhidmatan jalur lebar telah membuatkan mereka terpaksa menjual komputer riba tersebut.

Oleh itu, guru sekolah boleh menyemak sejauh mana pelajar terbabit masih menyimpan komputer riba yang diberikan. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
MANUSIA, MANUSIA... 
DAH DAPAT NETBOOK PERCUMA, PI JUAL ....
KALAU TAK DAK, CAKAP TAK MAMPU NAK BELI.... ITU LA... INI LA...
APA KES ? IBUBAPA TAK PANTAU KA ? ATAU IBUBAPA SUBAHAT SAMA ?

No comments: