Tuesday, June 15, 2010

Piala Dunia 2010 : Jualan Kondom Naik Selepas Korea Selatan Menang

SEOUL: Jualan kondom di Korea Selatan melonjak lima kali ganda selepas penyokong meraikan kemenangan pasukan bola sepak mereka sewaktu menentang Greece pada perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Kira-kira sejuta penyokong berbaju merah di seluruh negara itu, termasuk 200,000 di Seoul, memenuhi pusat perniagaan, stadium dan taman tema, Sabtu lalu untuk menyokong pasukan mereka yang menang 2-0 ke atas juara Euro 2004, Greece.


Bagaimanapun, pihak yang paling beruntung adalah kedai serbaneka dan premis menjual ayam goreng segera ketika penyokong membanjiri jalan raya, lapor JoongAng Daily, semalam.


Akhbar itu berkata, rangkaian kedai Bokwang Family Mart untung dua kali ganda di tempat yang menyaksikan ramai penyokong berkumpul.


Kedai di kawasan perumahan turut menikmati perniagaan memberangsangkan kerana mereka yang menonton perlawanan itu di rumah membeli tiga kali ganda minuman keras dan lebih daripada dua kali ganda, snek.


Selepas perlawanan itu, penyokong yang bergembira membeli lima kali ganda kondom berbanding ketika persembahan luar biasa pasukan itu sewaktu Piala Dunia 2006. — AFP 

Sumber : Harian Metro Online
 
MACAM-MACAM ADA MASA BOLA SEPAK PIALA DUNIA BERLANGSUNG..

No comments: