Sunday, May 09, 2010

Solat Tak Batal Jika Tahan Kentut

( Gambar sekadar hiasan )

Persoalan Agama: 
Solat tak batal jika tahan buang angin Bersama Ustaz Zahazam Mohamed


Soalan:
APAKAH hukum seseorang yang sembahyang dalam keadaan dia menahan buang angin? Adakah solatnya batal?


drpd: Rahman,
Hulu Kelang, Selangor.


Jawapan:
SYARAT sah solat mestilah terpelihara daripada perkara yang membatalkan wuduknya. Satu perkara yang membatalkan wuduk ialah membuang angin atau terkentut. Jika ia menahan sehingga angin tidak keluar maka wuduknya tetap sah.


Justeru, usahanya menahan angin itu sendiri tidak membatalkan solatnya. Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak (perlu mengulangi) wuduk kecuali kerana ada suara (buang angin) atau mendengar bunyi angin (kentut)."


Imam Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Jika seorang daripada kamu berasakan ada angin (ketika dia ada) dalam masjid, maka janganlah dia keluar (untuk berwuduk), kecuali apabila dia mendengar bunyi atau menemukan angin."


Memang solat seseorang yang menahan angin atau air kecil dan besar dihukumkan makruh oleh ulama kerana keadaan demikian sudah tentu mengganggu soal khusyuk dirinya. Akan tetapi perkara ini tidaklah sampai membatalkan solat. Wallahualam.

Sumber : Email Yahoo Group

MESTI RAMAI ORANG TERTANYA-TANYA KAN PASAL TAHAN KENTUT SEMASA SEMBAHYANG ???
INI LAH JAWAPAN YANG AKU DAPAT DARI EMAIL YAHOO GROUP....
KALAU ADA SALAH SILAP, SILA KOMEN DI SINI  SUPAYA KITA PERBETULKAN BENDA YANG SALAH...

No comments: