Thursday, May 27, 2010

RM250,000 Jadi Rebutan, Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010

 MALIK (kiri) menerima replika tajaan daripada Rozalila sempena TM Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010, semalam.

KEJOHANAN Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010 (LIMBC 2010) daripada 6 sehingga 8 Ogos ini melakar sejarah sebagai pertandingan basikal bukit ‘termahal’ di negara ini kerana menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM250,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage (M) Sdn Bhd, Datuk Malik Mydin, berkata sejumlah RM150,000 daripada hadiah keseluruhan itu adalah untuk pemenang, manakala bakinya bagi cabutan bertuah peserta yang bertanding.

KEJOHANAN Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010 (LIMBC 2010) daripada 6 sehingga 8 Ogos ini melakar sejarah sebagai pertandingan basikal bukit ‘termahal’ di negara ini kerana menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM250,000.

“Kejohanan yang mendapat kelulusan Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI) ini bertujuan untuk mempromosikan sukan basikal bukit, selain mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif kepada masyarakat negara ini,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media memperkenalkan dan mempromosikan kejohanan julung kali itu di Menara TM, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Pemasaran TM, Rozalila Abdul Rahman.

Malik berkata, sebanyak dua acara dipertandingkan pada kejohanan iaitu Olympic Cross Country yang membabitkan kategori remaja lelaki dan wanita (bawah 18 tahun), lelaki dan wanita elit (19 tahun ke atas) dan lelaki masters (35 tahun ke atas), manakala satu lagi acara ialah Cross Country untuk penyertaan terbuka.

“Kita mensasarkan untuk menarik penyertaan antara 800 hingga 1,000 pelumba dan setakat ini seramai 300 pelumba sudah mendaftar termasuk dari Jerman, China, Singapura, Belanda dan Thailand.

“Seramai 500 pelumba yang mendaftar awal akan diberi penginapan percuma,” katanya.
Malik berkata, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar boleh melayari laman web www.mtbmalaysia.com atau menghubungi sekretariat kejohanan di talian 03-92220786. Tarikh tutup penyertaan 30 Jun.


Sumber : Berita Harian Online

HADIAH WANG TUNAI MENANTI ANDA...

No comments: