Tuesday, May 25, 2010

Kedah Membara Hadapi Kijang

PERTEMUAN menentang Kelantan di Stadium Darulaman, malam ini menentukan hala tuju Kedah bagi musim ini.

Pengurus pasukan negeri Khazali Din, berkata kemenangan mengatasi Kelantan pasti dapat memperbaiki kedudukan di tempat kelima liga ketika ini, sekali gus menambah keyakinan diri anak buahnya.


“Selepas berjaya memastikan tidak mengalami kekalahan pada empat perlawanan liga, saya yakin kami mampu meneruskan kecemerlangan ketika bertemu Kelantan esok.


“Saya dan juga kesemua pemain mengetahui tugas berat menanti apabila menentang Kelantan kerana prestasi mereka semakin hebat kebelakangan ini.




“Walaupun kami berjaya mengetepikan Kelantan pada perlawanan Piala FA, namun perlawanan esok sama sekali berlainan kerana lawan kami juga pasti mahu meneruskan kecemerlangan mereka,” katanya.


Menurut beliau, skuad Hijau Kuning kini sedikit pincang dengan ketiadaan penjaring terbanyak Azlan Ismail dengan 12 gol tapi yakin barisan pemain yang diturunkan ketua jurulatih, Ahmad Yusof mampu menandingi kehebatan lawan.


“Saya yakin barisan serangan dibarisi Badrol Bakhtiar, Faizal Abu Bakar, Fadly Baharom dan Khyril Muhymeen mampu menggegar pertahanan Kelantan walaupun ketiadaan Azlan.


“Barisan pertahanan perlu memberikan tumpuan mereka sepanjang 90 minit perlawanan kerana sebarang kesilapan pasti akan dihukum barisan serangan lawan yang sudah menjaringkan 34 gol setakat ini,” katanya.


Katanya, ketika bertemu pada perlawanan Piala FA, Februari lalu, pasukannya hanya berjaya seri tanpa jaringan tapi esok, mereka yakin mampu memuaskan hati peminat dengan kemenangan.


 Sumber : Harian Metro Online


AKU YAKIN KEDAH MAMPU MENANG DENGAN KELANTAN MALAM NI DI STADIUM DARUL AMAN....
PULUN KEDAH PULUN

 

No comments: