Wednesday, April 07, 2010

Posmen bergaji baru mulai Julai

KUALA LUMPUR: Penyusunan semula tangga gaji dan elaun hampir 2,000 posmen dan kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain berkuatkuasa Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, penyusunan semula mendapat persetujuan kerajaan itu diumumkan Pos Malaysia Bhd selepas urusan pentadbiran dan penstrukturan semula selesai.


“Seperti yang diketahui umum gaji pokok posmen sekarang RM610 sebagai permulaan dan RM710 untuk kerani pos itu boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan. “Dengan dasar menyemak semula gaji ini dan beberapa elaun pokok dapat dianggap posmen serta kerani pos sejajar pendapatan mereka dengan yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di Istana Budaya di sini, semalam.

Rais berkata, penstrukturan itu disokong kenaikan harga setem serta kos penghantaran surat dan bungkusan ke luar negara dan di dalam negara berkuatkuasa Julai ini. “Sejak 1992 tidak ada kenaikan berhubung setem dan penghantaran barang melalui pos. Harga setem termurah dalam dunia menyebabkan Pos Malaysia menanggung RM32 juta dalam bentuk subsidi kepada pihak luar apabila surat dihantar ke luar negara atau masuk ke negara kita,” katanya. Beliau berkata kenaikan harga setem tidak membebankan pengguna. 

Sumber : Harian Metro Online
SELEPAS POLIS, KINI KAKITANGAN POS MALAYSIA BERGAJI BARU... 

2 comments:

marjan said...

bro hakikatnyer engko beleh percaya ke

Unknown said...

x bleh jugak la..
sebab baru2 ni, keluar dalam paper..
mereka nak kaji dulu ..
maka bulan julai tiada kenaikan gaji lah...