Tuesday, February 02, 2010

Linda tak respons, Fahrin saman


LINDA

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad bertekad untuk meneruskan saman terhadap penyampai radio Suria FM, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu enggan memohon maaf atas dakwaan memfitnah beliau.

 "Sehingga kini, Linda tidak beri sebarang respons secara peribadi dan pihak kami masih boleh berkompromi jika dia membuat kenyataan maaf secara umum.

"Seperti mana yang saya ulangi sebelum ini, saya sentiasa mahu perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Kami telah berinya masa selama tujuh hari tetapi sayangnya dia tidak respons," kata Fahrin berhubung perkembangan terbaru kes saman beliau terhadap Linda ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber : Kosmo Online

SIAPA SEBENARNYA YANG BERSALAH ??

No comments: