Tuesday, December 08, 2009

KB Mall Tragedy

Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam
supermarket
Posted by RAKYAT MARHAEN Ahad, 2009 Disember 06         
















Salah seorang mangsa yang cedera parah terkena bongkah batu dan kereta meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Mengikut maklumat pengawal di situ kedua-dua mangsa yang tekorban adalah pelajar dari kolej perubatan swasta Masterskill bersebelah KB Mall. 

Setelah berita ini tersebar, ribuan yang datang membanjiri di hadapan KB Mall untuk mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri apa yang berlaku di dalam supermarket KB Mall.Sehingga berita ini ditulis semua pintu utama supermarket masih lagi ditutup.Orang ramai masih lagi menunggu berita terkini dari luar KB Mall. gambar ini dirakam dari tingkat 3 tempat Parking KB Mall di mana tempat kereta merempuh benteng simen.
              
Pecahan siling dan Lubang besar yang terbentuk akibat dari rempuhan kereta yang hilang kawalan dari parking tingkat 3.Dari pecahan benteng simen inilah kereta menjunam ke dalam supermarket.
              
Beberapa orang anggota Polis sedang memerhati pecahan dinding konkrit simen yang pecah akibat rempuhan kereta.Dari tempat inilah kereta yang hilang kawalan telah merempuh dan masuk menjunam ke dalam supermarket.


Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa. .. 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkat sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.


Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.

Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.

Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.

Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.

Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi, ICU,hospital raja perempuan zainab II kota bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.

Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.

Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.


Sumber : Email Yahoo Group


STORY DARI MEMBER GROUP KITA...
ATAS KB MALL TEMPAT PARKING KERETA PUN NAK BELAJAR, APA PUNYA MANUSIA LA ......

2 comments:

Anonymous said...

'Saya tak tahu memandu'
Oleh Fazurawati Che Lah dan Paya Linda Yahya
bhkb@bharian.com.my

KERETA Ford Laser yang mengorbankan dua mangsa selepas jatuh dari tingkat 3 di KB Mall dibawa keluar semalam.

Hasrat calon SPM beli alat tulis di KB Mall bertukar tragedi

KOTA BHARU: Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.

"Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal," katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

"Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear.
NURUL AIN (kiri) ditemani adiknya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

"Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.

"Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh," katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.

Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

"Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital," katanya.

Anonymous said...

Polis reman peniaga, pelajar
Oleh Paya Linda Yahya
bhkb@bharian.com.my

KOTA BHARU: Polis menahan reman pelajar perempuan dan seorang lelaki masing-masing berusia 17 dan 27 tahun kelmarin bagi membantu siasatan insiden kereta terjunam di KB Mall tiga hari lalu sehingga menyebabkan kematian dua pelajar sebuah kolej kejururawatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata lelaki yang bekerja sebagai penjaga sarang burung itu berasal dari Terengganu ditahan kira-kira jam 3 petang.

“Pelajar perempuan itu yang masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), ditahan pada malam semalam (kelmarin),” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang Ahad lalu, dua pelajar kejururawatan, Kampus Metro Kolej Masterskill, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiyanah Azman, 23, meninggal ketika dalam perjalanan ke HRPZII akibat kecederaan parah di kepala.

Rakan mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu serta pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 17, cedera parah dan kini masih dalam rawatan di HRPZ II.

“Lelaki dan pelajar perempuan itu ditahan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan ditahan reman bagi membantu siasatan kes kereta terjunam di KB Mall itu,” katanya.