Sunday, December 20, 2009

Beberapa hari ni sibuk skit, jadi blog pun x dan nak jenguk.....

Assalamualaikum,,,

Kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat dan semua yang mengenali diri ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah di laman blog yang tak seberapa ini. Di kesempatan ini juga, jika ada salah silap dalam blog ini, harap dimaafkan. Walaupun blog ini kebanyakkan hanya dari artikel copy and paste, namun ramai juga yang sudi singgah di blog ini. Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi yang tak terhingga saya ucapkan kepada anda semua.

Walaupun blog ini baru saja di bina, user yang masuk sekarang ini mencapai 2 ribu lebih. Ini sesuatu yang menarik bagi saya kerana dalam tak sampai 3 bulan, ramai kawan-kawan tak kira bangsa masuk dalam blog saya. Hehehehe..... Syioknye saye......

Dalam pada masa yang sama, saya sudah dapat seorang pelanggan yang ingin mengiklankan bannernya dalam blog saya. Dia seorang usahawan Biz Vemma. Walaupun blog ini baru saja dibina, dah ada orang yang ingin iklankan banner web perniagaannya. Untuk itu, saya bagi bonus kepadanya untuk iklankan perniagaannya sehingga penghujung tahun ini. Maka di sini, saya nak beritahu, bukan sahaja blog ini sesuka hati sahaja kita create. Ianya juga boleh menjana pendapatan kepada kita jika kena dengan caranya.

Dalam blog saya juga, diletakkan beberapa iklan biz untuk anda. Semuanya modal yang rendah, Dari RM5 hingga ke RM30 sahaja. Kalau anda ingin mencuba, cuba klik banner tersebut dan fahamilah apa yang ditulis di dalamnya.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram dan Selamat menyambut Hari Krismas pada yang menyambutnya. Tak lupa juga, selamat Tahun Baru 2010 kepada anda yang membaca dan melayari blog ini. Apa azam tahun baru anda?? Mesti nak yang terbaikkan.. ?? Nak kawin, nak anak, nak segala-galanya. Apa azam saya tahun baru nanti ye ???  Secret la...

Untuk pengetahuan anda semua, berkemungkinan saya akan jadi seorang bapa pada tahun depan. Erm, percaya tak ? Tolong doa-doakan semoga saya dan isteri memperolehi zuriat yang sempurna sifatnya.


Jika ada salah silap dalam blog ini, diharap dapat tunjuk ajar dari anda sekalian. Kekadang, dalam tak sengaja, saya telah menguriskan hati kalian. Harap dimaafkan. Semoga blog ini berguna untuk anda untuk renungan, bacaan berita terkini dan banyak lagi info-info menarik untuk anda.


Sekian, terima kasih...



syamsyun,
Pendang. Kedah

No comments: