Sunday, November 15, 2009

Singgah di balai polis untuk beritahu niat bunuh rakan sebelum ditembak mati


BAPA saudara suspek, Ku Azizan Ku Chik menunjukkan tempat Muhammad Taufik ditembak selepas mengamuk di Kampung Guar Sanji, Arau semalam.


KANGAR - Seorang peniaga makanan mengamuk hampir tiga jam sebelum ditembak mati pagi semalam gara-gara terlalu marah akibat ditinggalkan oleh kenalan lamanya di Alor Setar sehingga terpaksa berjalan kaki pulang sejauh 50 kilometer ke Arau awal pagi semalam.



Muhammad Taufik Noorizan, 21, pada mulanya mengikut rakannya itu yang hanya dikenali sebagai Rashidi dan bekerja sebagai kontraktor ke Alor Setar dengan tujuan untuk minum pada pukul 10 malam kelmarin.
Namun mereka dipercayai berselisih faham dan akibatnya, Muhammad Taufik yang tidak mempunyai wang terpaksa berjalan kaki pulang.
Sebaik sampai di rumahnya pada pukul 6 pagi semalam, dia naik angin dan keluar semula sebelum membelasah rakannya itu dengan kayu dan besi di rumah mangsa dekat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Guar Sanji, kira-kira tiga kilometer dari situ.
















Sumber : Kosmo Online

POLIS TEMBAK MATI PEMUDA DALAM KEJADIAN AMUK, 
SIAPA LAGI YANG NAK PERTIKAI ??

5 comments:

Anonymous said...

macam xde cara lain je yg boleh diambil
die tu bukan mengamuk pakai pistol@mesin gun
pakai pisau je
mmg x patot tindakan polis
bodoh

Jaja said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

KANGAR - "Anggota polis yang melepaskan tembakan itu menyasarkan pada kaki suspek, namun keadaan suspek ketika itu yang tidak statik sebaliknya bergerak-gerak telah mengakibatkan tembakan terkena dada."

Demikian penjelasan Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa (gambar) mengenai tindakan anggota polis yang melepaskan tembakan yang terkena dada seorang pemuda yang mengamuk di Guar Sanji dekat Arau kelmarin.

Menurut beliau, pihaknya mempertahankan tindakan yang diambil anggota tersebut dan yakin polis telah mengikut prosedur yang dikehendaki dalam menangani sebarang kejadian amuk.

"Anggota yang melepaskan tembakan itu berpangkat koperal dan seorang yang berpengalaman, manakala ketika kejadian Ketua Balai Polis Arau turut berada di situ.

"Kita telah cuba memujuk suspek lebih daripada satu setengah jam dan keadaan dia semakin liar sehingga menyerang polis, malah tembakan amaran juga tidak diendahkan," katanya ketika dihubungi semalam.

sumber : kosmo online 16 nov 2009

Anonymous said...

KANGAR: “Saya lemah lutut mendengar bunyi dua das tembakan dan pengsan apabila mendapati anak saya, Mohamad Tawfiq Noorzan, terbujur kaku tidak bernyawa selepas ditembak anggota polis,” kata Salmiah Ismail, 45, mengenangkan tragedi menimpa anak keduanya itu.

Katanya, dia dan suami, Noorzan Abd Rahim, bersama beberapa anggota polis keluar mencari Mohamad Tawfiq selepas dimaklumkan anggota Balai Polis Arau bahawa anaknya mengamuk dan mahu memukul seseorang.

“Ketika berada beberapa meter dari tempat kejadian berhampiran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Guar Sanji, saya mendengar bunyi dua das tembakan dan suami menjerit selepas mendapati Mohamad Tawfiq tertiarap di atas tanah sambil kedua-dua tangan masih bergari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Belakang Istana Arau, dekat sini, petang semalam.

Noorzan, 45, berkata, polis sepatutnya bertindak menahan anaknya yang mengunjungi Balai Polis Arau selepas memberitahu hasratnya memukul seorang rakan.

Katanya, dia kesal dengan kenyataan polis di akhbar semalam berhubung kematian anaknya didapati bercanggah dengan apa yang berlaku.

“Polis ketika hadir ke rumah menyatakan tidak berani menahan Botak iaitu nama timangan anak saya, dan membiarkannya mencari rakan yang menyebabkan dia berjalan kaki dari Alor Star ke rumah.

“Kami dapati kenyataan polis bahawa rakannya cedera parah dipukul Mohamad Tawfiq hingga terlantar di hospital tidak berasas,” katanya.

Keluarga terbabit melantik peguam, Zuhair Ahmad Zakuan untuk menyaman polis dan kerajaan Malaysia kerana didakwa cuai ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung tindakan anggotanya melepaskan tembakan menyebabkan kematian Mohamad Tawfiq.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa, berkata pihaknya tetap mempertahankan tindakan anggota berkenaan dan yakin ia dilakukan mengikut prosedur ditetapkan ketika menghadapi situasi berkenaan.

Katanya, anggota berpangkat koperal dari Balai Polis Arau menghadapi siasatan dalaman selepas insiden tembakan itu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Tawfiq pada kira-kira jam 8.15 pagi.

“Dia anggota berpengalaman dan tidak digantung tugas tetapi menghadapi siasatan dalaman. Bapa mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, anggotanya sememangnya mensasarkan pada kaki tetapi kedudukan mangsa tidak statik menyebabkan tembakan terbabit tersasar ke dada.

“Ketika kejadian, anggota terbabit melepaskan tembakan amaran selain sedaya upaya memujuk pemuda terbabit lebih sejam setengah tetapi dia semakin liar dan cuba menyerang anggota polis,” katanya.

Jenazah Mohamad Tawfiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Behor Kedap, berhampiran makam diraja Arau selepas dibedah siasat pakar forensik jam 1 pagi semalam.

Dalam kejadian kelmarin, Mohamad Tawfiq yang bersenjatakan pisau pemotong sayur ditembak selepas dikatakan cuba menyerang polis dalam satu kejadian amuk, berhampiran pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji.

Unknown said...

ARAU 15 Nov. - Keluarga kepada pemuda yang ditembak mati oleh polis di Guar Sanji sini semalam, Mohamad Tawfiq Noorzan, 22, hari ini melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa sengaja menembak pemuda itu bagi memudahkan kerjanya menutup kes.

Bapanya, Noorzan Abdul Rahim, 47, memberitahu, tindakan itu diambil setelah mendapati polis cuai sehingga menyebabkan anaknya maut akibat tembakan di dada.

"Saya melantik peguam dalam kes ini selepas mendapati polis sengaja menembak Mohamad Tawfiq. Adalah tidak logik seperti yang didakwa kononnya tembakan yang dihalakan ke kaki kemudian peluru terkena dada.

"Apa yang saya dapati polis ternyata cuai. Contohnya, mudah sahaja. Polis mendakwa Mohamad Tawfiq telah ke Balai Polis Arau pagi semalam mengadu dianiayai rakan- rakan dan mahu membalas dendam termasuk untuk membunuh.

"Jika benar begitu, sepatutnya Mohamad Tawfiq terus ditahan di balai berkenaan. Ini tidak, polis datang ke rumah meminta saya memujuk. Polis mendakwa mereka tidak berani memujuk 'botak' (panggilan buat Mohamad Tawfiq)," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri peguam berkenaan, Zuhair Ahmad Zakuan di rumahnya di sini malam ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, Mohamad Tawfiq mati selepas ditembak oleh anggota polis yang cuba memujuknya kerana mahu menyerang rakannya.

Dia dikatakan mengamuk selepas ditinggalkan rakan-rakan, dan terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 60 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumahnya di Guar Sanji.

Noorzan memberitahu, dia telah membuat laporan berhubung dakwaan kecuaian pihak polis itu di Balai Polis Kangar hari ini.

Menceritakan kejadian itu, katanya, selepas mendengar dua das tembakan berturut-turut pagi semalam, dia segera ke tempat kejadian dan mendapati anaknya tertiarap dengan kedua-dua tangannya bergari di belakang.

Dia juga mengakui anaknya itu terpaksa berjalan kaki selepas ditinggalkan rakannya di Alor Setar, untuk pulang ke rumah.

"Dia (Mohamad Tawfiq) terpaksa berjalan kaki untuk balik ke sini. Dia ada duit tetapi tiada pengangkutan awam selepas pukul 12 tengah malam," ujarnya sambil memberitahu anaknya itu tiba di rumah kira-kira pukul 6 pagi.

Ibu kepada Mohamad Tawfiq, Salmiah Ismail, 45, pula memberitahu, anaknya itu kebelakangan ini memberitahu untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dan tiada bantahan daripada keluarga.

"Seminggu lepas dia menyatakan mahu berkahwin dengan janda dua anak. Apabila ditanya kenapa memilih janda, anak saya menyatakan itu adalah pilihan hatinya. Kami tiada masalah," ujarnya yang sedih dengan kematian itu.