Thursday, November 24, 2011

Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji - Nov 2011


Permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia (Islam) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut :

1. Pengurus Nasihat Korporat & Gubalan
2. Pengurus Unit Sekretarial
3. Pengurus Unit Litigasi
4. Eksekutif Nasihat Korporat & Gubalan
5. Setiausaha

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Pemohon-pemohon yang berminat boleh meghantar resume yang lengkap beserta dokumen-dokumen seperti berikut :-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Lantai 27, Lembaga Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
Peti Surat 11025,
50400 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup Permohonan : 2 Disember 2011

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Wednesday, November 16, 2011

JAWATAN KOSONG : Pereka Grafik


JAWATAN KOSONG :
 
PEREKA GRAFIK SEPENUH MASA 
 
Keperluan SEGERA !!!

sijil/diploma dalam grafik/multimedia
mestilah kreatif
mahir dlm adobe photoshop & adobe illustrator

lokasi di Seksyen 7 Shah Alam
masa kerja 5 hari

berminat, sila emailkan resume, gambar dan portfolio SEGERA  utk dinilai
 

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Wednesday, November 09, 2011

KERJA KOSONG: PEGAWAI AKAUN (LOKASI : BANDAR SERI PUTRA BANGI)



KERJA KOSONG: PEGAWAI AKAUN (LOKASI : BANDAR SERI PUTRA BANGI)
 
JAWATAN: 
PEGAWAI AKAUN

KRITERIA:
1)      Menyediakan full set account
2)      Biasa dengan UBS Accounting System
3)      Berpengalaman atau tiada pengalaman
4)      Sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan.
 
Sila faxkan resume beserta gambar terbaru dan gaji yang diminta ke 03 8926 4271 atau emelkan kepada mdmecten@gmail.comsebelum 30.11.2011
 
Terima kasih
 
Zahirudin Salehuddin
0196558840

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Wednesday, November 02, 2011

Ustaz Kazim Elias di PENDANG, KEDAH Pada 08 November 2011



Jadual Ceramah Ustaz Kazim Elias di PENDANG, KEDAH

08 November 2011 ( Selasa )

8.30 PAGI
DEWAN AL MARBAWI SMK PENDANG KEDAH

2.30 PETANG
(PUSPANITA) DEWAN MAJLIS DAERAH PENDANG KEDAH

9.00 MALAM
SK PEGHULU JUSUH TOBIAR PENDANG KEDAH


ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Monday, October 31, 2011

Jawatan Kosong : Majlis Bandaraya Alor Setar, Tarikh Tutup 8 November 2011

MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan-jawatan bertaraf TETAP di Majlis Bandaraya Alor Setar mengikut kekosongan jawatan seperti berikut :

Arkitek Landskap J41 ( 1 kekosongan )
Penolong Pegawai Senibina J29 ( 2 kekosongan )
Pembantu Kesihatan Awam U17 ( 20 kekosongan


http://www.mbas.gov.my/html/themes/kdh_mas/images/pdf/IKLAN_JAWATAN231011.pdf
Download link di atas untuk iklan dan maklumat lanjut.


Sumber : MBAS Portal


SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Sunday, October 23, 2011

JAWATAN KOSONG: Di Jabatan Zakat Negeri Kedah - Oct 2011

Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah yang berkelayakan untuk-mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut :-

1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Penolong Jurutera Gred J29
3. Penolong Juruaudit Gred W27
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan    serta sekeping gambar berukuran passport kepada:

DATO’ SETIAUSAHA
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 5, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200, ALOR SETAR
KEDAH
UP: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Tarikh Tutup Permohonan: 8 November 2011



Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Thursday, October 20, 2011

Kesihatan : Bahaya Spa Ikan





Bahaya Spa Ikan


Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Pakar perubatan di Abu Dhabi telah memberi amaran bahawa rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif dan berbahaya ke atas kesihatan.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ‘Dr. Fish‘, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.

Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan. Rawatan itu biasanya mengambil masa 20-30 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu.

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat. Prosedur ini telah pun diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV. Lagipun, tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit.

Sumber : Rakan Blogger

APA PENDAPAT ANDA ? 

Kemalangan : Empat pekerja cedera dalam kemalangan bas kilang di PP








Sumber Gambar : Email Yahoo Group



Empat pekerja cedera dalam kemalangan bas kilang di PP



GEORGETOWN: Empat pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas kilang di Lebuh raya Tun Dr Lim Choong Eu di sini, hari ini. Kejadian pada jam 6.15 pagi di persimpangan lampu isyarat itu turut menyebabkan dua kereta yang berhenti di lampu isyarat itu dilanggar dari belakang.

"Keempat-empat mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dengan seorang daripadanya patah kaki," kata Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata, ketika kejadian, bas kilang yang membawa 40 pekerja itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Fasa empat kawasan perindustrian Bayan Lepas. 

"Bas itu secara tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi bas kilang. Impak rempuhan itu menyebabkan seorang pekerja kilang terpelanting ke tengah jalan, dua kerusi bas tercabut keluar dan dua kereta yang sedang menunggu lampu isyarat (bertukar hijau) turut dilanggar," katanya. 

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih 10 kilometer dari arah jambatan Pulau Pinang menghala ke kawasan perindustrian Bayan Lepas. 

Seorang pekerja kilang, Murni Hayati Zainal Abidin, 27, berkata sebelum kejadian, bas yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. "Secara tiba-tiba, saya terasa satu rempuhan kuat di bahagian belakang sebelah kanan bas dan mendengar rakan-rakan menjerit," katanya ketika ditemui Hospital Pulau Pinang sini. Beliau yang tidak cedera, berkata rakannya Noraini Razali, 40-an, yang duduk di bahagian kanan bas patah kaki kiri. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA