Informasi Menarik Yang Diambil Dari Berbagai Email, Group, Laman Berita Online Dan Website. Info-Info Menarik Seperti Sukan, Makanan, Minuman, Pelancongan, Iklan Biz Internet, Madah Cinta, Lirik Lagu, Yang Lucu, Aneh, Unik Dan Berbagai Macam Lagi Baik Lokal Maupun Dari Mana-Mana Negara Ada Di Sini. Semua Dirangkumkan Menjadi Dalam Situs Blogger http://syamsyun84.blogspot.com
Sunday, June 12, 2011
Pelik tetapi BENAR !! Inilah Akibatnya Syok Terlebih... Gol Yang Jarang Berlaku....
Apa pendapat anda ?
Terlalu yakin pasukan telah menang tetapi bola tergolek masuk gol ....
Kepada penjaga gol pasukan bola sepak, jangan sampai perkara ini terjadi kepada anda
Saturday, June 11, 2011
Perlawanan Akhir Piala FA 2011 Live di TV1 dan Astro Arena 801
banner ni ambik dari http://dppwp.wordpress.com/
Secara Langsung di
RTM1 &Astro Arena 801
Tempat :
Stadium Bukit Jalil
Masa :
8.30 malam
Hari/Tarikh :
Sabtu, 11 Jun 2011
Soalan :
Pasukan mana pilihan anda untuk menang Piala FA 2011 ni ?
Aku pilih Terengganu
Kemalangan : Lagi Besi Penghadang Tembus Kereta
10 Jun 2011
NAHAS RAGUT 4 SEKELUARGA...Anggota penyelamat memeriksa kereta yang terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Grik di Sauk menyebabkan empat sekeluarga terbunuh manakala seorang parah.
Sumber : Berita Harian Online
LAGI BESI PENGADANG TEMBUS KERETA...
APA KOMEN ANDA ?
Kesihatan : Awas!! E.Coli Menyukai Wanita
RUPA E.coli jenis baharu yang kini amat ditakuti masyarakat Eropah.
PENULARAN wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit.
Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.
Para saintis tidak mengetahui puncanya. Salah satu teori ialah mangsa merupakan golongan yang gemar mengambil makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.
Bagaimanapun, saintis kini semakin berhati-hati dengan pandangan itu. Dr. Ulf Goebel dari Hospital Universiti Charite di Berlin berkata, bakteria jenis baharu yang dikesan di Jerman itu mungkin mempunyai sebab yang spesifik untuk menghuni tubuh wanita berbanding lelaki.
Apa yang menarik, dalam wabak yang melibatkan E.coli jenis itu di Amerika Syarikat pada tahun 1994, kebanyakan mangsa juga adalah wanita dengan purata umur 36 tahun.
Sehingga punca sebenar bakteria itu dikenali, pegawai-pegawai kesihatan Jerman menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakan tomato, timun dan salad mentah.
( Klik gambar untuk lihat lebih jelas )
Basuh
Agensi Standard Makanan Britain (FSA) memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya.
Agensi itu berkata: “Ia satu tindakan yang bagus untuk membasuh dahulu sayur dan buah yang anda ingin makan bagi memastikan ia bersih daripada kuman.
“Membuang kulit atau memasaknya juga boleh menyingkirkan bakteria.”
Namun, pakar Scotland berkata penyelidikan baharu mendapati membasuh sahaja tidak mencukupi kerana bakteria itu sudah masuk ke dalam makanan mentah terbabit.
Dr. Nicola Holden dari Institut James Hutton, Scotland berkata, bakteria yang berasal daripada haiwan itu boleh melekat pada tanaman menerusi parit atau semburan air. Kadangkala ia tercemar semasa proses membungkus dan menghantar produk berkenaan.
Holden berkata, bakteria itu boleh berkumpul pada akar pokok sebelum naik ke daun dan buahnya.
“Ancaman kepada kesihatan manusia bukan disebabkan bakteria ini mendiami permukaan pokok sahaja bahkan ia sukar dibuang selepas proses menuai,” katanya.
Profesor Brendan Wren dari Sekolah Perubatan Tropika dan Kebersihan London pula menambah, E.coli melekat pada makanan segar seperti daun salad, bayam dan timun.
“E.coli jenis ini boleh hidup dalam persekitaran yang ekstrem berbanding E.coli biasa bahkan mampu menghasilkan toksin berbahaya kepada tubuh manusia,” ujarnya.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, E.coli tidak memilih mangsa. Selebriti Elton John misalnya pernah dimasukkan ke hospital di London akibat dijangkiti bakteria itu pada November 2009.
Di Malaysia, selain sayur-sayuran, pencemaran bakteria E.coli pernah dikesan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tahun lalu.
Bagaimanapun, keputusan ujian Jabatan Kimia Terengganu mendapati tahap pencemaran E.coli di situ adalah di antara dua hingga 920 MPN/100ml.
Paras tersebut adalah di bawah tahap maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpm/100ml.
“Bakteria ini boleh mendiami usus manusia, mamalia dan burung.
“Ia merupakan satu kelompok bakteria yang besar dengan lebih daripada 700 serotaip telah dikenal pasti. Sebahagian besarnya tidak mendatangkan bahaya dan penyakit kepada manusia,” ujar bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Sumber : Kosmo Online
MARI KITA SAMA-SAMA BERKONGSI TENTANG BAHAYANYA PENYAKIT E-COLI INI..
SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN ANDA TENTANG E-COLI INI...
Thursday, June 02, 2011
15 Pemain Piala Presiden N9 Sanggup Jual Perlawanan RM25,000
SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 15 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan mengaku menerima RM2,000 bagi beberapa perlawanan dalam kejohanan itu yang keputusannya ditentukan bookie.
Mereka ialah 11 pemain utama, manakala baki ialah pemain simpanan dan beberapa anggota pengurusan skuad berkenaan.
Berita Harian difahamkan, bagi tiga atau empat perlawanan yang keputusannya ditentukan oleh bookie, pemain dan pengurusan pasukan menerima antara RM6,000 hingga RM8,000 seorang.
Sumber berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan bookie yang terbabit mengatur keputusan perlawanan itu.
Katanya, siasatan kini 80 peratus siap selepas SPRM mengambil keterangan daripada pemain serta pengurusan pasukan dan menjangka siasatan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, berdasarkan aduan yang diterima, SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan turut membabitkan perlawanan Piala Super.
Justeru, katanya, jika ada pemain Liga Super terbabit dalam kegiatan itu, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan dan ia adalah prosedur biasa selepas kertas siasatan dibuka.
Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, selepas menerima aduan beberapa pemain bola sepak skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.
Laporan dibuat pengurus pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif.
Ketika mendedahkannya, Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata PBNS mendapat maklumat kes mengatur perlawanan berlaku sejak tahun lalu, tetapi tiada bukti kukuh.
Sabtu lalu, SPRM memanggil 20 pemain termasuk pemain simpanan Piala Presiden untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Sumber : Berita Harian Online
SKUAD PIALA PRESIDEN NI MASIH MUDA-MUDA LAGI...
KALAU DEPA TERJEBAK DENGAN GEJALA ATUR PERLAWANAN NI...
RUGILAH MASA DEPAN MEREKA.. APA PENDAPAT ANDA ?
Monday, May 30, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)







