Wednesday, May 04, 2011

Mangsa dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang Dibunuh

TUKANG masak yang dipercayai membunuh Ratna.

ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui mati pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak di luar kawalan.

"Suspek seorang tukang masak menyerah diri di balai polis di sini pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," kata beliau di sini semalam.

Sebelum bekerja di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini sebulan lalu, suspek pernah bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.

Mangsa dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2010.

Sumber : Kosmo Online


AL-FATIHAH KEPADA ARWAH RATNA.. TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH...

Tuesday, May 03, 2011

Osama Bin Ladin dah MATI ?

dalam tv Amerika
 
Cuba bandingkan gambar di atas

OSAMA bin Laden (tengah) bersama beberapa rakyat Afghanistan di kawasan sekitar Jalalabad. Gambar ini dirakam pada tahun 1989. 
 
 
 
 
Sumber : Kosmo dan Blog Group
 
 
APA PENDAPAT ANDA ?

Thursday, April 28, 2011

Trend Kempen Terkini : Mamat Khalid bakal sertai UMNO Gopeng

 Mamat Khalid

IPOH: Selepas penyertaan Datuk AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida, UMNO Perak akan menerima seorang lagi selebriti sebagai anggota apabila pengarah filem, Mamat Khalid menyertai parti itu tidak lama lagi.

Mamat, yang berasal dari sini, mengesahkan hari ini beliau akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng "kerana itu adalah tradisi keluarga".

Datuk AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida
 
Minggu lalu, beliau menemani AC Mizal yang menyerahkan borang menyertai UMNO bersama-sama 500 yang lain dalam program "Jom Sertai UMNO" anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman, berkata sejak akhir- ini memang terdapat perubahan mendadak di mana selebriti dan golongan muda mulai memilih UMNO sebagai parti pilihan mereka.

"Saya harap trend ini akan terus meningkat di masa depan terutama menjelang pilihan raya umum akan datang dan seterusnya," katanya. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
APA PENDAPAT ANDA ?

Saturday, April 23, 2011

Selamat Datang Wan Jamak ke Kedah sebagai jurulatih baru skuad Hijau Kuning

 Wan Jamak Jurulatih baru Skuad Hijau Kuning

SELEPAS sekian lama ia berunsur teka-teki, Wan Jamak Wan Hassan akhirnya tampil membuat pengakuan bahawa dia sudah bersetuju secara lisan untuk membimbing skuad Kedah selaku ketua jurulatih baru menggantikan Ahmad Yusof.

“Secara lisan saya sudah bersetuju untuk jawatan itu, Namun, saya perlu bincang lebih lanjut dengan pengurusan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah), terutama membabitkan kontrak dan sudah bercadang menemui pihak pengurusan, esok (hari ini) atau lusa.

“Saya perlu melihat dulu kandungan kontrak sebelum membuat tanda tangan. Jika tiada masalah, saya akan memulakan tugas mengikut apa ditetapkan KFA atau awal minggu depan,” katanya pengendali berusia 54 tahun itu di Seremban, semalam.

Wan Jamak yang mengendalikan skuad Negeri Sembilan bermula musim 2009 mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membawa skuad Hoben Jang Hoben menjulang Piala Malaysia musim berkenaan selepas menanti lebih 61 tahun.

Tahun lalu Negeri Sembilan terus berjaya mengekalkan reputasinya apabila muncul juara Piala FA serta layak ke final Piala Malaysia bertemu Kelantan yang muncul juara.

Sumber : Berita Harian Online
AZRAI KHOR KE NEGERI SEMBILAN, WAN JAMAK DATANG KE KEDAH,
KITA TENGOK SIAPA HANDAL, MENJULANG PIALA LIGA MALAYSIA MUSIM 2011...
DENGAN HARAPAN TINGGI MENGGUNUNG, SKUAD HIJAU KUNING DAPAT MERANGKUL SEKURANG-KURANGNYA 1 PIALA MUSIM 2011.


PULUN KEDAH PULUN...

Poco-Poco Tak Haram


Majlis Fatwa hormati Perak haramkan tarian.

SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak ber­­­ten­­tangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Video Poco-Poco


Katanya, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.

“Kita dimaklumkan poco-poco dibuat dengan pelbagai cara dan ada pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.

“Bagaimanapun, kita nasihatkan umat Islam berhati-hati ketika mengamalkan sebarang tarian atau senaman termasuk poco-poco, jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan baik untuk kesihatan, kita tidak akan menghalang,” katanya pada sidang media, di sini.

Sejak Rabu lalu, beliau mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dihadiri hampir semua mufti seluruh negara di hotel terkemuka di sini. Hadir sama Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baru, Othman Mustapha.

Ketika mengharamkan tarian itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memberi alasan ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan Kristian selain pemujaan roh seperti diamalkan di Jamaica.

Berikutan itu, Abdul Shukor berkata, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan akan menjalankan kajian terperinci bagi membolehkan mereka membuat keputusan muktamad mengenai keperluan pengharaman tarian terbabit.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor berkata, muzakarah bersetuju dengan penggunaan vaksin Meningitis Mencevax (lama) dan Menvio (vaksin baru) untuk jemaah haji dan umrah Malaysia.

“Kita sudah meneliti pandangan dan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan serta pakar berkenaan. Masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu-ragu, kita akan terus menggunakan vaksin itu dan kita benarkan,” katanya.

Mengenai penggunaan vaksin Meningitis Menvio, beliau berkata ia juga boleh digunakan tetapi pihaknya masih mengutamakan vaksin Meningitis Mencevax kerana ia sudah lama digunakan di Malaysia, malah kosnya juga lebih munasabah berbanding yang baru.

“Kita dapat tahu daripada rakan di negara jiran mengatakan vaksin Meningitis Menvio lebih baik tetapi selepas mendengar penjelasan mereka yang membuat audit didapati prosesnya sama, cuma Menvio untuk 11 tahun ke atas manakala Mencevax boleh digunakan dari usia dua tahun.

“Kesannya juga sama iaitu dua tahun, tak ada bukti saintifik menyatakan Menvio boleh bertahan sehingga tiga atau empat tahun. Oleh itu, kita menggalakkan pengguna menggunakan vaksin Meningitis Mencevax,” katanya. 

Sumber : Berita Harian Online


POCO-POCO TAK HARAM, 
PERGERAKAN DIA KE KIRI, KEKANAN, KE DEPAN DAN KEBELANG..
APA PENDAPAT ANDA ?

Lirik, Lagu dan Download MP3 : KU BERMOHON PADA MU


Lirik Lagu Tema Drama Bersiri : 
MAKBUL 

Nama Lagu :
KU BERMOHON PADA MU

Penyanyi :
Boy B4


ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZHIM.. AL LADZII LAA ILLA HA ILLAHA..
HUWAL HAYYUL QAYYUUM.. WA ATUBU ILLAIK..
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…
KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH..
TETAPKAN IMAN KU... SENTIASA PADA MU... BERSERAH PADA  MU...
SESUNGGUHNYA SOLAT SERTA IBADAHKU HIDUP DAN MATIKU...
HANYALAH UNTUK MU HANYALAH UNTUK MU
YA ALLAH..
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU TIAP DETIK KU MENGHARAP KEBAIKAN MU
LINDUNGILAH AKU SELAMATKANLAH
DARI SEKSAAN MU YANG AZAB SENGSARA
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN
RAHMATILAH SEGALA PEMBERIAN
KURNIAKANLAH AKU DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…

Nak dengar lagu ni ? layari http://syamsyun84.blogspot.com

Wednesday, April 20, 2011

Dari Email : TOLONG SEBARKAN, Kereta Hilang di Subang Jaya



Asalamualaikum / Salam sejahtera,

Sebentar tadi saya di kejutkan oleh panggilan talipon oleh adik ipar saya mengatakan beliau telah di samun menggunakan parang di kediaman 24, Jalan USJ 1/2L Taman Subang Mewah, Subang Jaya. Kejadian berlaku pada jam 5:00 Pagi Tarikh :14 April 2011. Perompak tersangat lah bahaya, kerana mereka sanggup mencederakan dan beliau telah di tetak sehingga mendapat kecerderaan di kepala dan muka. Perompak telah melarikan 2 bijik kenderaan, Jenis : Proton Wira Sedan, berwarna hitam, Plate No : ADA9279 dan Honda Ferio, berwarna silver, bonet hitam, Plate No : JBT94 . Selain itu perompak telah melarikan talipone bimbit, wang tunai, dan barang lain. Minta jasa baik tuan/puan/adikberadik/abg/kakak/ sekiranya berjumpa dengan kenderaan ini sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan atau hubungi : Muhd Firhan +60 12 496 53 81 | Aziem +60 12 536 77 82.

Bantuan tuan/puan/adikberadik/abang/kakak untuk sampaikan kepada rakan2 amat2 di hargai, dan moga bantuan anda mendapat pahala yang besar kelak. Sekian, terima kasih.

Sumber : Email Yahoo Group
BANTU-MEMBANTU AMALAN MULIA...

Tuesday, April 19, 2011

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Syor henti ambil lulusan PMR


CUEPACS mahu penjawat awam dengan Gred A diberikan gaji lebih tinggi.

JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sudah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya tidak lagi mengambil penjawat awam berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke bawah.

Cadangan itu selaras dengan tuntutan CUEPACS sebelum ini, yang mahu kerajaan menghapuskan Gred 1 hingga 16 dalam Skim Perkhidmatan Awam bagi membolehkan mereka diberikan gaji lebih tinggi bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini 650,000 penjawat awam berada dalam Gred 1 hingga 16 merangkumi pelbagai jawatan membabitkan semua kementerian.

“CUEPACS tidak mahu lagi ada kakitangan awam memegang sijil PMR, kita mahu semua Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita mahu kakitangan dengan Gred A... pemandu sudah ada SPM, banyak jabatan sudah naik taraf gred penjawat awam seperti tukang masak, operator sistem dan operator telefon.

“Semua sudah setaraf dan memiliki Gred 17,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan bagi menerangkan isu semasa CUEPACS bersama penjawat awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

CUEPACS bulan lalu mengemukakan lima tuntutan baru kepada JPA termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula Skim Saraan Malaysia (SSM).

Sehubungan itu, katanya, jika cadangan itu diterima JPA, kumpulan pekerja berkenaan akan mendapat suntikan baru apabila meraih pendapatan lebih tinggi berbanding sekarang.

Beliau berkata, pada ketika ini penjawat awam Gred 1 hingga 16 mempunyai gaji permulaan kira-kira RM647 dan apabila cadangan berkenaan diluluskan, kumpulan terbabit boleh menerima gaji permulaan dicampur elaun lain kira-kira RM900.

“Pendapatan gred pekerja ini di bawah RM3,000 sebulan, ia hanya cukup makan, jika mereka berkhidmat selama 25 tahun baru dapat RM3,000. Jika mereka terus ditempatkan pada Gred 17, gaji permulaan mereka ialah kira-kira RM820 sebulan dan boleh mencapai sehingga RM3,500 sebelum bersara.

“Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya, kita mahu mereka fokus kepada kerja, kita tidak mahu lihat lagi selepas ‘punch card’ terus mereka buat kerja sambilan kerana bimbang tidak cukup duit,” katanya.

Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan tuntutan terbabit dan menjadi hadiah bermakna buat penjawat awam menjelang sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei nanti.

Mengenai pekerja kontrak, Omar meminta jabatan kerajaan supaya tidak membuang pekerja terbabit kerana ia sesuatu yang tidak adil kepada mereka yang sebahagian daripada mereka sudah berkhidmat lebih 10 tahun.

Katanya, ketika ini terdapat 45,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada antara mereka sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.

“Saya minta semua agensi kerajaan supaya jangan memberhentikan pekerja kontrak ini, biarlah perkhidmatan mereka terus disambung supaya tidak menjadi beban kepada keluarga, ada suami isteri yang berpisah kerana tidak ada kerja, umur sudah 50 tahun jika berhenti tiada siapa nak ambil bekerja lagi. Pekerja asing pun kita jaga dengan baik, tetapi pekerja tempatan sendiri kita tidak jaga.

“Saya juga merayu kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya dapat memberi ruang kepada mereka untuk menyambung kontrak, jika boleh sehingga 58 tahun,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online

APA PENDAPAT ANDA ?