Monday, April 18, 2011

Kerajaan Selangor serah semula tugas urus pembersihan kepada PBT


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti pungutan sampah di setiap rumah masih lagi dikendalikan oleh Alam Flora.

"Kami putuskan kuasa untuk perkhidmatan pembersihan diberi semula kepada PBT kerana kita dapati antara masalah terbesar dan aduan yang kita terima adalah mengenai kebersihan.

"Kita rasa dua tugas itu terlalu besar untuk dijalankan oleh Alam Flora. Sekiranya Alam Flora menumpukan kepada pemungutan sampah saja kita lebih senang tahu tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga mendapati Alam Flora lebih banyak bertindak sebagai koordinator dan menggunakan khidmat kontraktor untuk menjalankan tugas pengutipan sisa pepejal.

Beliau berkata, keputusan itu tidak memberi implikasi kepada kewangan PBT yang membelanjakan antara RM300 juta dan RM400 juta untuk kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal.

"Kita menganggarkan lebih daripada RM200 juta akan digunakan untuk pengurusan pembersihan," katanya.
Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor juga melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan sembilan PBT itu dapat menjimatkan kos pengurusan sebanyak 10 peratus yang selama ini dikenakan Alam Flora untuk pengendalian pengurusan pembersihan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, pengambilalihan tugas daripada Alam Flora sepatutnya dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula 1 April tahun ini menerusi peruntukan undang-undang yang telah diluluskan.

"Peruntukan itu memberi kuasa kepada kementerian untuk menentukan tugas syarikat konsesi perkhidmatan sisa pepejal tersebut di setiap negeri di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara," katanya.

"Oleh kerana belum dapat diselaraskan lagi pentadbirannya jadi kementerian belum jalankan tanggungjawab itu. Sebab itu pada dua minggu lalu kerajaan Selangor telah buat keputusan untuk bahagikan tugas tersebut," katanya.

Abdul Khalid juga berkata, keputusan itu tidak bercanggah dengan perjanjian kontrak yang dibuat dengan Alam Flora sebelum ini.

Ditanya kemungkinan kerajaan Selangor akan menamatkan perkhidmatan Alam Flora selepas ini, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
BAGAIMANA PULA DI NEGERI UTARA TANAHAIR ? 
PERLUKAH URUSAN PEMBERSIHAN DISERAHKAN KEPADA PBT SEMULA ?
BANYAK ADUAN YANG DITERIMA MENGENAI KEBERSIHAN..

Sunday, April 17, 2011

Man Utd Kalah 0-1, Manchester City mara ke akhir Piala FA




LONDON 17 April – Manchester City mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan kelab jirannya, Manchester United 1-0 di Stadium Wembley, awal pagi ini.

Gol tunggal City hadir menerusi rembatan kencang Gneri Toure Yaya pada minit ke-52.

United pula terpaksa bermain 10 orang selepas Paul Scholes dibuang pada pada minit ke-72.

City yang kali terakhir menjulang trofi Piala Liga pada 1976, akan berdepan dengan pemenang antara Stoke City dan Bolton 14 Mei ini. - AFP 

Sumber : Utusan Malaysia Online
NAMPAKNYA.. RAMALANKU BENAR... MANCHESTER UNITED KALAH....

Monday, April 11, 2011

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) - Apr 2011

PEMOHON-PEMOHON DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS ADALAH DIPELAWA UNTUK DIPERTIMBANGKAN BAGI MEMENUHI JAWATAN-JAWATAN BERIKUT DI PKINK :-

1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Jurutera Gred J41
3. Pegawai Sistem Maklumat Gred F41
4. Pegawai Undang-undang Gred L41
5. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
6. Penolong Akauntan Gred W27
7. Penolong Juruukur Bahan Gred J29
8. Penolong Jurutera Gred J29
9. Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi Gred N17
10. Pengawal Keselamatan Gred KP11
11. Pembantu Am Pejabat Gred N1

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLAOD BORANG PERMOHONAN


Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pengurus Pengurusan Sumber Manusia
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
Tingkat 8-11, Bangunan PKINK
Jalan Tengku Maharani Puteri
Peti Surat 142
15710 Kota Bharu
Kelantan


Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2011

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Saturday, April 09, 2011

Telur Ayam Tiruan !!

Awas! Telur Ayam Palsu Berleluasa. Diperbuat dari bahan kimia?


Sekarang heboh pasal telur ayam palsu pulak. Telur ayam pun orang boleh cipta ye. Nampak memang serupa macam telur ayam asli. Kalau tengok secara kasar memang tak dapat nak beza sangat.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.

Cara cara nak beza telur ayam palsu, saiz telur agak besar sikit dari yang asli. Telur ayam palsu tak berbau hanyir, tiada pusat , rupanya berkilat dan kasar. Heboh dulu di China sudah ada telur ayam palsu.

Berita dari Bernama:

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.

Sumber : Google.com

HATI-HATI BILA BELI TELUR AYAM...

Thursday, April 07, 2011

Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar

 Guru retak hidung ditumbuk murid tingkatan dua sebuah sekolah di Kangar

KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia Online


KORANG RASA, 
APA TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL KEPADA PELAJAR SAMSENG NI ?
KES SEBELUM NI, CIKGU PUKUL PELAJAR SAMPAI MATI, 
TERBARU NI PLAK, PELAJAR TUMBUK CIKGU SAMPAI PATAH HIDUNG !! 
APA NAK JADI DUNIA LA NI....

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.

Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.

Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .

Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung



~~SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan……

Sunday, April 03, 2011

Tahniah !! Amy Search dipilih menjadi Pengetua AF9

 Amy Search

Pelajar Akademi Fantasia AF9

KUALA LUMPUR 2 April - Teka-teki Pengetua Akademi Fantasi 9 (AF9) terjawab apabila Astro Ria mengumumkan Amy iaitu bekas vokalis kumpulan Search sebagai penyandang jawatan dalam program realiti TV itu.

Sumber : Utusan Malaysia Online

TAHNIAH AMY SEARCH... 
BUAT YANG TERBAIK UNTUK INDUSTRI TANAHAIR...


Thursday, March 31, 2011

RM50 juta selenggara kapal selam

KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd..

Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya.

Sumber : Kosmo Online
RM25 UNTUK PENYELENGGARAAN..