Monday, May 24, 2010

Viva Accident @ Highway Malaysia

Malaysian Road Divider is Stronger than the Malaysian Car!!!!!
   

If you're driving a local assembled Malaysian car please drive carefully.






Sumber : Email Yahoo Group
BERHATI-HATI DI JALAN LEBUHRAYA....
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA....

 

Sunday, May 23, 2010

Petua : Minum Air Berais Selepas Makan Menyebabkan Kanser

ANDA TIDAK PERCAYA???




Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda.

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.

Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.

Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

Sumber : Google Search

Moga menjadi panduan kepada ibu dan isteri yang menyediakan..
menghidangkan makanan setiap hari kepada anak2 dan suami tercinta

Liga Super 22 Mei 2010 : Kedah Naik Tangga ke-5

Friday 21 May 

Johor FC 1 - 2 Kedah

Saturday 22 May 

Selangor 2 - 1 PLUS
Negeri Sembilan 1 - 2 Kuala Lumpur
Kelantan 2 - 1 Perlis
Perak 2 - 0 Johor
Penang 1 - 5 Terengganu
PBDKT T-Team 1 - 1 Pahang

Carta Liga Super :-


KUALA LUMPUR - Selangor tidak mempedulikan masalah penggantungan jurulatih, K. Devan dan pemain mereka, malah mengukuhkan kedudukan teratas Liga Super apabila menang 2-1 ke atas KL Plus di Stadium Shah Alam, semalam.

Pemain tengah, Amirul Hadi Zainal menjaringkan gol pertama buat pasukan Red Giants pada minit ke-54 sebelum Liew Kit Kong menambah gol kedua 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Bagaimanapun, Selangor sedikit tersentak selepas pemain KL Plus, Nazrin Nawi berjaya menjarakkan kedudukan selepas menjaringkan gol melalui rembatan jarak jauh pada minit k-84.

Kemenangan Selangor itu membolehkan Selangor terus kukuh di tangga teratas dengan mengumpul 44 mata, manakala Kelantan yang berada di tempat kedua kurang enam mata.

Sementara itu, Kelantan turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama selepas menewaskan pasukan pelawat, Perlis di Stadium Sultan Mohamed IV.

Kelantan memperoleh jaringan melalui Norshahrul Idlan Talaha hasil sepakan penalti pada minit ke-29 sebelum S. Chanturu menambah gol kedua pada minit ke-34. Gol sagu hati Perlis diperoleh melalui Wan Khairul Faiz Kamaruddin minit ke-49.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team sekadar seri 1-1 menentang Pahang dengan gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Mohd. Haris Safwan Mohd. Kamal manakala gol skuad Tok Gajah disumbangkan Mohd. Shahrizan Mohd. Salleh.

Perak pula mencatat kemenangan bergaya di Stadium Perak. Pasukan tuan rumah berjaya mencatat kemenangan 2-0 mengalahkan Johor, kedua-dua gol disumbangkan oleh Md. Nazrin Md. Kamal minit kedua dan 70.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dibelasah pasukan pelawat, Terengganu selepas tewas 1-5, gol skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu disumbangkan oleh Ahmad Nordin Alias (14), Zairo Anuar Zailani (38, 64) K. Rajan (77) Hariri Safi (90), gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh S. Veenod (91).

Negeri Sembilan pula tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur di laman sendiri, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sumber : Soccerway dan Utusan Malaysia Online

 
PULUN KEDAH PULUN.....

Friday, May 21, 2010

Selangor Hilang Jurulatih, Tiga Tonggak

 K. Devan (kanan) turut dikenakan penggantungan gara-gara insiden tegang pada separuh akhir Piala FA di Seremban.

KUALA LUMPUR - Kempen Selangor untuk mempertahankan gelaran Liga Super menerima tamparan hebat apabila kehilangan tiga tonggak utama dan jurulatih, K. Devan.


Pemain tengah skuad Merah Kuning, Mohd. Hardi Jaafar digantung enam perlawanan manakala penyerang utama mereka, Mohd. Safaee Sali dan tonggak pertahanan, Razman Roslan masing-masing digantung empat perlawanan.


Memburukkan lagi keadaan, Selangor akan menghadapi enam perlawanan tanpa jurulatih yang turut digantung, semuanya gara-gara insiden tegang pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan, 3 April lalu.


Hukuman tersebut dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kamarudin Abdullah, semalam.


Devan dan Hardi bukan saja digantung enam perlawanan, malah masing-masing turut didenda RM6,000, manakala Safee dan Razman didenda RM2,000.


"Devan melakukan tiga kesalahan, berbalah dengan penjaga garisan, Mohd. Kamil Tumin, mengeluarkan kata-kata kesat, selain berbalah dengan komisioner perlawanan, Ismail Yaakob.


"Mohd. Hardi pula, didapati bersalah menyerang dan mengasari belakang pengadil. Kesalahan itu sepatutnya membawa kepada penggantungan 10 perlawanan, tetapi kami mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan Selangor dan hukuman dikurangkan kepada enam perlawanan saja,'' kata Kamaruddin ketika dihubungi.


Katanya lagi, Safee pula didapati bersalah menyerang penolong pengadil yang sama manakala Razman bersalah menampar pemain Negeri Sembilan, Shahruain Abu Samah.


"Semua tertuduh dipanggil untuk memberi penjelasan dan pihak jawatankuasa mendapati semuanya bersalah di bawah kod etika Tatatertib FAM 2010," katanya lagi.


Kata Kamaruddin, semua penggantungan berkuat kuasa esok, apabila Selangor turun menentang KL Plus di Stadium Shah Alam.


Katanya lagi, baik Devan mahupun tiga tonggak Selangor, semuanya tidak dibenarkan mengemukakan rayuan atas hukuman yang dijatuhkan.


Dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selangor tersingkir menerusi peraturan gol tempat lawan selepas terikat dengan agregat 2-2


Suasana menjadi tegang setelah pengadil perlawanan, Ibrahim Mohamad tidak memberikan sepakan penalti walaupun pemain Selangor mendakwa bola terkena tangan pemain Negeri Sembilan, Mohd. Syukor Adan di dalam kotak penalti pada minit ke-58.


Sementara itu, dalam kes berasingan, penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat digantung 10 perlawanan dan didenda RM6,500 kerana melakukan tiga kesalahan, termasuk meludah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, Subkhiddin Mohd. Salleh pada perlawanan Piala FA menentang Kedah, 3 April lalu.

Sumber : Utusan Malaysia Online

HABIS LA PASUKAN MERAH KUNING NI.....
MAMPUKAH PASUKAN INI MENJULANG PIALA LIGA SUPER DAN PIALA MALAYSIA ??

Thursday, May 20, 2010

Peguam syarie Mesti Beragama ISLAM !!

KUALA LUMPUR 19 Mei - Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, syarat tersebut termaktub dalam peraturan dan enakmen Mahkamah Syariah.

Menurutnya, rasional ditetapkan Islam sebagai asas untuk menjadi peguam syarie bukan sahaja disebabkan penggunaan dalil dan ayat-ayat al-Quran oleh peguam ketika di mahkamah.

Sebaliknya, jelas beliau, banyak lagi sebab lain berkaitan agama yang memerlukan peguam syarie beragama Islam untuk mengendalikan kes-kes di mahkamah.

''Kita tidak menghalang, cuma, ada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk seseorang itu menjadi peguam syarie.

''Mereka ini mesti beragama Islam. Ini bukan boleh buat suka-suka. Kita bercakap soal peraturan,'' katanya ketika ditemui selepas meninjau Masjid Negara yang akan dibaik pulih, di sini hari ini.

Turut sama ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Jamil Khir mengulas mengenai seorang wanita yang bukan beragama Islam memperoleh kebenaran dari Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur Jumaat lepas dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Hakim, Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.

Victoria, 48, diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut. Tarikh bagi pendengaran kes itu masih belum ditetapkan.

Victoria yang memperoleh diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, pihaknya tidak mengetahui agenda di sebalik permohonan itu, namun, ia secara jelas tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

''Sama ada kita setuju atau tidak, peraturan (syarat) ini tidak dipatuhi. Kalau tidak dipatuhi, bagaimana kita hendak setuju,'' ujarnya.

Mengenai tindakan Victoria yang akan mencabar keputusan hanya peguam beragama Islam boleh menjadi peguam syarie di mahkamah, Jamil Khir berkata, pihaknya bersedia untuk berdepan dengan tuntutan itu.


Sumber : Utusan Malaysia Online

DAH TERMAKTUB DALAM PERATURAN DAN ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH,
KENAPA ORANG BUKAN ISLAM NAK JADI PEGUAM SYARIE JUGAK... ???

Wednesday, May 19, 2010

Pengawal istana Kelantan meninggal dunia

KOTA BAHARU: Pengawal Istana Kelantan Ramli Mohamad, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini, 19 hari selepas menerima rawatan akibat ditembak oleh individu tidak dikenali.


Menurut seorang anggota keluarganya, Ramli meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam apabila organ
utamanya dijangkiti kuman.


"Arwah kini dibawa ke bilik mayat untuk urusan jenazah," katanya kepada
Bernama.


Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berada di Hospital


awal pagi ini bersama beberapa pegawai Istana untuk menziarahi jenazah
Allahyarham.


Semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menghulur sumbangan RM100,000 kepada Ramli sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana itu.


Ramli meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.


Dalam kejadian 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk
pulang ke rumah, ditembak oleh seorang suspek yang tidak dikenali di Kampung Kok
Keli, Tumpat.


Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari
jarak dekat.


Berikutan kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan
supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra
ditingkatkan.-Bernama

Sumber : Harian Metro Online

AL-Fatihah.....

Keputusan Liga Super 18 Mei 2010 : Kedah Seri bertemu Perlis di Kangar

Keputusan Liga Super 18 Mei 2010


Kedudukan Terkini Liga Super 18 Mei 2010


Kedah naik 1 anak tangga dalam carta Liga Super... 
Lepas ni naik dok no 1 plak la.....


KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Selangor memanfaatkan rehat pencabar terdekat, Kelantan untuk terus menjarakkan diri sebagai peneraju Liga Super apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-2, semalam.


Dua gol oleh ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-65 dan ke-73, selain masing-masing satu gol oleh Liew Kit Kong (minit kelapan) dan Safiq Rahim (m-90) pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, memastikan Merah Kuning kekal di tangga teratas dengan 41 mata.


Tuan rumah bagaimanapun merapatkan jurang gol menerusi dua gol Raimi Mohd. Nor, seminit selepas rehat dan hasil sepakan penalti pada minit ke-66.


Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, skuad Penyu pula merampas tempat ketiga liga daripada Johor FC, apabila menundukkan Perak 2-0, menerusi jaringan Ronny Harun dan Ashari Samsudin, minit ke-32 dan ke-34.


Dua jaringan pemain sayap kanan lincah, Shahurain Abu Samah pada minit keempat dan ke-21, membawa Negeri Sembilan bangkit menyekat hajat Johor FC untuk menghimpit Kelantan, apabila mengatasi pelawat dari selatan itu 2-1.


Gol tunggal anak buah Ramlan Rashid di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban dijaringkan oleh Mohd. Ezaidi Mohd. Khadar pada minit ke-62.


Biarpun mendahului menerusi Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-34, Perlis terpaksa akur apabila diikat 1-1 hasil jaringan penyerang Kedah, Khyril Muhymeen Zambri, tujuh minit sebelum tamat perlawanan di Stadium Utama, Kangar.


Di Stadium Petaling Jaya, KL PLUS yang digembar-gemburkan dengan pertukaran jurulatih, wajar berterima kasih kepada Fadzli Saari yang menjaringkan gol tunggal untuk menundukkan T-Team 1-0.


Pahang pula memperbaiki kedudukannya hasil kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur, Kuantan menerusi jaringan Shahrizan Salleh dan Fauzi Rozlan pada minit ke-41 dan ke-65.


Sumber : Soccerway dan Utusan Malaysia Online


CAYALAH.... KEDAH MENGUTIP 1 MATA...
JANGAN KALAH SUDAH LA.....

 

Bung Mokhtar dipenjara, Zizie didenda RM1 ribu



KUALA LUMPUR 19 Mei - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.


Isterinya, pelakon Zizie Izette pula didenda RM1,000 atas kesalahan bernikah tanpa kebenaran mahkamah, gagal membayar denda, Zizie boleh dipenjara sebulan. - Utusan

Sumber Berita Harian Online....



AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bersama isterinya, Zizie Izette A Samad hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi mendengar kes perkahwinan mereka yang tidak mendapat kebenaran. 

Mahkamah sebentar tadi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sebulan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi Syariah. Ia susulan hukuman sebulan penjara terhadap Bung Mokhtar kerana didapati bersalah berpoligami tanpa kebenaran.








Sumber : Utusan Malaysia Online



YANG SALAH TETAP SALAH.....