Wednesday, March 07, 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pendang : Tarikh Tutup 22 Mac 2012


JAWATAN KOSONG


MAJLIS DAERAH PENDANG
ARAS 3, WISMA SERI PENDANG,
06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN
……………………………………………………………………………………………………..............

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Kedah Darul Aman / warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI TADBIR GRED N1-1 ( 1 KEKOSONGAN )

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N3-1 ( 1 KEKOSONGAN )


3. PENOLONG AKAUNTAN GRED W2-1 ( 1 KEKOSONGAN )


4. PENOLONG JURUAUDIT GRED W2-1 (1 KEKOSONGAN )


5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N4-1 ( 9 KEKOSONGAN )



Semua Jawatan di atas adalah Bertaraf TETAP.


1.            
Cara Memohon :-

i)                     Borang permohonan boleh didapati di Unit Hasil, Pejabat Majlis Daerah Pendang pada waktu pejabat dengan bayaran RM 2.00 bagi setiap borang atau ;

ii)                   Layari portal MDP http://www.mdpendang.gov.my , hantarkan borang permohonan dengan disertakan wang pos RM 2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pendang.

2.             Borang permohonan boleh didapati mulai 07 Mac 2012.

3.             Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan ke alamat berikut :-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Pendang
Aras 3, Wisma Seri Pendang
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.

4.             Catatan Am.

i)                     Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii)                   Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iii)                  Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

5.             Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2012

Monday, February 20, 2012

TANAH UNTUK DIJUAL : ULU TERENGGANU

Tanah 4 ekar tepi jalan diLenjang, Ulu Terengganu, hendak dijual. Harga RM90k seekar ditawarkan. Sesiapa berminat harap berhubung dengan Mohd Noor ditalian
013-3638988.


Sekian sahaja. Wassallam.




MNAR


Sumber : Email Yahoo Group


SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI TANAH UNTUK DIBELI

JAWATAN KOSONG : Pengurus Koperasi

Kekosong jawatan yang diperlukan segera:

1) PENGURUS
Kelayakan : DIP in Bisnes atau DIP in Accountancy atau DIP in Fashion
Pengalaman : Tidak perlu. Fresh graduate.
Gaji permulaan : RM1000 hingga rm1500
Mesti ada lesen motor dan kereta.
Diperlukan seorang lelaki / perempuan yang rajin, jujur, bertanggungjawab dinamik,
cepat belajar dan peka, mampu bekerja di bawah tekanan dan tanpa pengawasan serta bekerja lebih masa. Sangat mahir menggunakan komputer dan Internet Fasiliti

2) PENGURUS KOPERASI
Kelayakan : DIP in Bisnes atau DIP in Accountancy
Pengalaman : Tidak perlu. Fresh graduate.
Gaji permulaan : RM1000 hingga rm1500
Mesti ada lesen motor dan kereta.
Diperlukan seorang lelaki / perempuan yang rajin, jujur, bertanggungjawab dinamik,
berkemampuan mencari pasaran baru untuk koperasi. Boleh bekerja tanpa
pengawasan. Sangat mahir menggunakan komputer dan Internet Fasiliti

Sekiranya berminat sila emailkan resume kepada suryanis_abdullah@yahoo.com atau telefon 016-2092316 (Puan Su)

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Wednesday, February 01, 2012

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - Feb 2012





Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

1. Akauntan
2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
3. Penolong Pegawai Undang-Undang
4. Penolong Pegawai Latihan Vokasional


DOWNLOAD IKLAN JAWATAN
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN



TARIKH TUTUP : 17 Februari 2012


Sumber : Email Yahoo Group


SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Monday, January 30, 2012

Borang SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA)



Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)
1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian.
Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.
4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)
1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak.
3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000.
3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000.
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar.
6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.
7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja.

Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:

Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84
Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134 (pulangan tetap) selama 5 tahun
Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan

Sumber : Penerangan.My

PENDAPAT ANDA ?

Thursday, January 19, 2012

JAWATAN KOSONG : Di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - Jan 2012




Dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi memenuhi Visi dan Misi KESEDAR.

1. Pegawai Undang-Undang Gred L1-1
2. Penolong Akauntan Gred W2-1
3. Penyelia Rancangan Tanah Gred G4-1
4. Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred
5. Pembantu Tadbir Gred N4-1

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Sila kemukakan permohonan kepada :

PENGURUS

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
IBU PEJABAT KESEDAR
18300 GUA MUSANG
KELANTAN.
NO. TEL : 09-9132200

Tarikh tutup permohonan : 30 Januari 2012


Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Wednesday, January 11, 2012

Opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei 2012

PILIHAN ANDA ?
Walaupun opsyen transmisi automatik bakal memudahkan calon lulus ujian memandu, 
lesen mereka kelak hanya terhad untuk memandu kenderaan transmisi yang sama sahaja.

IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.

Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.

"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

Sumber : Kosmo Online

LEBIH BAIK AMBIL LESEN MANUAL DARIPADA AMBIL LESEN AUTOMATIK...
TAK PERLU AMBIL LESEN SAMPAI 2 KALI.. SETUJU ?

Wednesday, January 04, 2012

Jawatan Kosong : Kerani Teknikal Area Petaling Jaya, Selangor


Kekosongan untuk di isi segera.
 
Jawatan : Kerani Teknikal
Kelayakan : Min SPM, tahu menggunakan komputer (Microsoft Office).
Alamat : Electest Sdn Bhd No. 62 Jalan 17/8, SS 17, 46400 Petaling Jaya.
 
Hantar Resume ke : mcliew@pc.jaring.my

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN