Saturday, June 11, 2011

Kesihatan : Awas!! E.Coli Menyukai Wanita

RUPA E.coli jenis baharu yang kini amat ditakuti masyarakat Eropah.



PENULARAN wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit.

Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.

Para saintis tidak mengetahui puncanya. Salah satu teori ialah mangsa merupakan golongan yang gemar mengambil makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.

Bagaimanapun, saintis kini semakin berhati-hati dengan pandangan itu. Dr. Ulf Goebel dari Hospital Universiti Charite di Berlin berkata, bakteria jenis baharu yang dikesan di Jerman itu mungkin mempunyai sebab yang spesifik untuk menghuni tubuh wanita berbanding lelaki.

Apa yang menarik, dalam wabak yang melibatkan E.coli jenis itu di Amerika Syarikat pada tahun 1994, kebanyakan mangsa juga adalah wanita dengan purata umur 36 tahun.

Sehingga punca sebenar bakteria itu dikenali, pegawai-pegawai kesihatan Jerman menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakan tomato, timun dan salad mentah.

 ( Klik gambar untuk lihat lebih jelas )

Basuh

Agensi Standard Makanan Britain (FSA) memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya.

Agensi itu berkata: “Ia satu tindakan yang bagus untuk membasuh dahulu sayur dan buah yang anda ingin makan bagi memastikan ia bersih daripada kuman.

“Membuang kulit atau memasaknya juga boleh menyingkirkan bakteria.”

Namun, pakar Scotland berkata penyelidikan baharu mendapati membasuh sahaja tidak mencukupi kerana bakteria itu sudah masuk ke dalam makanan mentah terbabit.

Dr. Nicola Holden dari Institut James Hutton, Scotland berkata, bakteria yang berasal daripada haiwan itu boleh melekat pada tanaman menerusi parit atau semburan air. Kadangkala ia tercemar semasa proses membungkus dan menghantar produk berkenaan.

Holden berkata, bakteria itu boleh berkumpul pada akar pokok sebelum naik ke daun dan buahnya.


“Ancaman kepada kesihatan manusia bukan disebabkan bakteria ini mendiami permukaan pokok sahaja bahkan ia sukar dibuang selepas proses menuai,” katanya.

Profesor Brendan Wren dari Sekolah Perubatan Tropika dan Kebersihan London pula menambah, E.coli melekat pada makanan segar seperti daun salad, bayam dan timun.

“E.coli jenis ini boleh hidup dalam persekitaran yang ekstrem berbanding E.coli biasa bahkan mampu menghasilkan toksin berbahaya kepada tubuh manusia,” ujarnya.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, E.coli tidak memilih mangsa. Selebriti Elton John misalnya pernah dimasukkan ke hospital di London akibat dijangkiti bakteria itu pada November 2009.

Di Malaysia, selain sayur-sayuran, pencemaran bakteria E.coli pernah dikesan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tahun lalu.

Bagaimanapun, keputusan ujian Jabatan Kimia Terengganu mendapati tahap pencemaran E.coli di situ adalah di antara dua hingga 920 MPN/100ml.

Paras tersebut adalah di bawah tahap maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpm/100ml.

“Bakteria ini boleh mendiami usus manusia, mamalia dan burung.

“Ia merupakan satu kelompok bakteria yang besar dengan lebih daripada 700 serotaip telah dikenal pasti. Sebahagian besarnya tidak mendatangkan bahaya dan penyakit kepada manusia,” ujar bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Sumber : Kosmo Online
 
MARI KITA SAMA-SAMA BERKONGSI TENTANG BAHAYANYA PENYAKIT E-COLI INI..
SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN ANDA TENTANG E-COLI  INI...

Thursday, June 02, 2011

15 Pemain Piala Presiden N9 Sanggup Jual Perlawanan RM25,000


SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 15 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan mengaku menerima RM2,000 bagi beberapa perlawanan dalam kejohanan itu yang keputusannya ditentukan bookie.

Mereka ialah 11 pemain utama, manakala baki ialah pemain simpanan dan beberapa anggota pengurusan skuad berkenaan.

Berita Harian difahamkan, bagi tiga atau empat perlawanan yang keputusannya ditentukan oleh bookie, pemain dan pengurusan pasukan menerima antara RM6,000 hingga RM8,000 seorang.

Sumber berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan bookie yang terbabit mengatur keputusan perlawanan itu.

Katanya, siasatan kini 80 peratus siap selepas SPRM mengambil keterangan daripada pemain serta pengurusan pasukan dan menjangka siasatan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, berdasarkan aduan yang diterima, SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan turut membabitkan perlawanan Piala Super.

Justeru, katanya, jika ada pemain Liga Super terbabit dalam kegiatan itu, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan dan ia adalah prosedur biasa selepas kertas siasatan dibuka.

Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, selepas menerima aduan beberapa pemain bola sepak skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.

Laporan dibuat pengurus pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif.

Ketika mendedahkannya, Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata PBNS mendapat maklumat kes mengatur perlawanan berlaku sejak tahun lalu, tetapi tiada bukti kukuh.

Sabtu lalu, SPRM memanggil 20 pemain termasuk pemain simpanan Piala Presiden untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sumber : Berita Harian Online
SKUAD PIALA PRESIDEN NI MASIH MUDA-MUDA LAGI...
KALAU DEPA TERJEBAK DENGAN GEJALA ATUR PERLAWANAN NI...
RUGILAH MASA DEPAN MEREKA.. APA PENDAPAT ANDA ?

Monday, May 30, 2011

Maruku dari Pendang, Kedah Untuk dijual.. Sebungkus RM7.00







Maruku Dari Pendang, Kedah.

SEDAP WOoooOOooo...

RASA SEKALI... PASTI NAK LAGI.......

SEBUNGKUS RM 7.00

Untuk Tempahan, Hubungi Kami :

Shamsul : 017-5763248
Amani : 017-5763258

Sunday, May 29, 2011

JAWATAN KOSONG : Di Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan - Mei 2011


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Penolong Akauntan W27
2. Pembantu Tadbir(Kewangan) W17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSIARAN PUSAT BANDAR,
PUTRA NILAI PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Jun 2011

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

JAWATAN KOSONG : Di Pustaka Negeri Sarawak - Mei 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
2. Penolong Akauntan Gred W27

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan hendaklah beserta dengan butir-butir peribadi (curriculum vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Jun 2011

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Wednesday, May 25, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Monday, May 23, 2011

6 Perkara Yang Mengharuskan Seseorang Mengumpat


6 Perkara yang mengharuskan seseorang mengumpat orang lain:

1. Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita dihadapan hakim dan seumpamanya dan maka ketika itu bolehlah mendedahkan keaibannya.

2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang maka bolehlah kita menyebut kesalahannya dihadapan orang yang datang membantu kita memperbaiki kesalahannya.

3. Ketika kita meminta fatwa daripada mufti maka bolehlah kita menyebut kesalahan orang yang bersabit dengan soalan kita.

4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang salah maka terpaksalah kita menyebut kesalahan orang yang berkenaan supaya orang ramai tidak tertipu dengannya.

5. Ketika dengan menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya sepertimana kita menyebut seseorang yang mashyur dengan nama. Contoh : Mat Pincang, Katak, dan sebagainya.

6. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikannya seperti orang yang suka meminum arak dihadapan orang ramai.

(Untuk lebih jelas sila lihat Kitab Ihya Ulumiddin, Juzuk 3/ 103)

Sumber : Email Yahoo Group
FIKIR-FIKIRKAN...

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat : 13 maut, 3 tertimbus



HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.

Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.






Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.

Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.

Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.

Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sumber Berita : Utusan Malaysia Online
Sumber Gambar : Google.Com

AL-FATIHAH KEPADA MANGSA-MANGSA TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT....