Sunday, February 06, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011



Saya mengucapkan 
Happy Chinese New Year 
untuk semua blogger dan kawan-kawan yang berbangsa Cina

Skuad Hijau Kuning, Kedah 2011 : Nama Pegawai, Jurulatih dan Pemain



































Sumber : -

Pengumpat, Pencela serta Pengadu Domba adalah antara DOSA BESAR


Pedoman: Mengadu domba antara dosa besar

DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW menyaksikan segolongan lelaki dan wanita memotong potongan daging seorang daripada mereka.

Kemudian, mereka meletakkan potongan daging itu pada mulut seorang di kalangan mereka dan berkata: “Makanlah seperti mana yang aku makan.” Hairan dengan kejadian itu, Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu? Lantas Jibril menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba.” Menyentuh mengenai hal ini, Imam al-Ghazali serta kebanyakan ulama Islam bersepakat ia termasuk antara dosa besar yang mendedahkan sesuatu perihal atau percakapan orang lain kepada diri yang diumpat.

Sikap suka mengadu ini pasti mendatangkan persengketaan dan perbalahan antara dua pihak dan sesiapa yang melakukannya tergolong dalam kalangan orang yang menabur fitnah sebagaimana kumpulan manusia yang dilihat oleh Rasulullah SAW.

Ini jelas dalam firman Allah SWT dalam surah Humazah, ayat satu yang bermaksud: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji,” dan surah al-Qalam, ayat 11 hingga 13 yang bermaksud: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).” Dalam ayat ini, golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain tergolong di dalam perbuatan mengadu domba.


Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan kepada kita untuk tidak melakukan fitnah dan mengadu-domba serta menolak jika didatangi orang yang suka berbuat demikian.


Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat, 6) Allah SWT juga berfirman bahawa kita tidak boleh mencampuri urusan dan perbalahan orang lain serta memperbesar-besarkan sesuatu perkara sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Hujarat, ayat 12, bahawasanya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” Huzaifah RA menyatakan, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana sabda baginda iaitu: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” (Riwayat Muslim) Justeru, peliharalah lidah daripada melakukan perkara yang ditegah oleh syariat seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan hubungan sesama insan, selain akan diazab oleh Allah SWT sebagaimana diperlihatkan kepada Rasulullah SAW pada malam Israk dan Mikraj.

Sumber : Harian Metro Online

SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA..

Manchester United kalah di tangan pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers


Wolves calar rekod Man Utd


LONDON: Wolverhampton Wanderers melakukan kejutan Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan pendahulu liga, Manchester United 2-1, awal pagi tadi, sekali gus memusnahkan rekod tanpa kalah United musim ini.

United yang bertandang ke Wolves yang kini kelab tercorot liga, memperoleh gol awal menerusi Nani pada minit ke-3 tetapi George Elokobi menyamakan kedudukan enam minit kemudian.
Wolves memperoleh gol kemenangan menerusi Kevin Dolye pada minit ke-40.

Dengan keputusan itu, Arsenal yang mencatat keputusan seri 4-4 dengan Newcastle merapatkan jurang tiga mata dengan United yang masih di tangga teratas liga. - Agensi

Sumber : Berita Harian Online, livescore

REKOD MAN UTD LEBUR... HAHA

Mubarak letak jawatan parti


KAHERAH 5 Fe. - Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan Mesir, hari ini.

Pengumuman Presiden Mesir itu menyusul selepas setiausaha agung parti itu, Hossam Badrawi dan anaknya, Gamal Mubarak yang juga salah seorang pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan meletakkan jawatan. - REUTERS


Sumber : Utusan Malaysia Online

PERKEMBANGAN BAIK DI MESIR...

Ranking terbaru FIFA pada 2 Februari 2011, Malaysia naik 2 anak tangga. Kini berada di ranking ke 140 terbaik Dunia

( klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas)

Tahniah Skuad Harimau Malaya!!

Tahniah kerana memberi aksi terbaik di peringkat antarabangsa.
Tahniah juga kerana memperbaiki ranking terbaik Malaysia di peringkat Dunia.
Singapore pun dah jatuh 3 anak tangga dari 139 kepada 142.

Tahniah Malaysia!!


Saturday, February 05, 2011

Tebuan Pembunuh!!



Mangsa tebuan peluk ibu malam sebelum tragedi

BAGAN DATOH: “Malam sebelum kejadian, arwah tiba-tiba datang ke bilik saya dan terus memeluk sekuat-kuat hati. Namun, saya tak mengesyaki apa-apa. Saya lihat arwah seperti biasa saja”.

Begitu cerita ibu mangsa sengatan tebuan kunyit, Noraini Sanijo, ketika diminta mengulas mengenai kejadian malang yang menimpa anaknya, Ashraff Nabit Abdullah, 7, yang meninggal dunia kelmarin, sehari selepas tragedi yang berlaku di rumahnya di Kampung Parit Che Meja, Sungai Tengah, Selekoh, di sini malam Selasa lalu.

“Bagi saya kejadian yang menimpa arwah adalah sesuatu yang sukar diterima kami sekeluarga.
“Walau apa pun, kami reda di atas pemergiannya dan menganggap ini sebagai takdir,” katanya yang menyifatkan anaknya sebagai seorang periang dan suka makan nasi lemak.

Ashraff Nabit, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Kecemasan Hospital Teluk Intan (HTI) kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Mangsa kemudian dibawa ke HTI selepas keluarganya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila lebam di muka kanak-kanak itu tidak berkurangan selain demam panas walaupun sudah menerima rawatan di Klinik Sungai Batang dekat sini, selepas kejadian berkenaan.

Sumber : Berita Harian Online
KEPADA KANAK-KANAK, 
JAUHI DARI SARANG TEBUAN.. JANGAN BERMAIN DENGAN TEBUAN...
SEEKOR TEBUAN SENGAT KITA, BOLEH MEMBAWA PADAH.. INGAT!!

14 Februari, Vallentine Day : HARAM SAMBUT HARI KEKASIH bagi UMAT ISLAM


Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?


JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)

Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.

Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.

Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.

Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.

Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.



SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Sumber : Blog Kawan

KEPADA YANG INGIN SAMBUT HARI KEKASIH TU, LUPAKANLAH...
KALAU DAH HARAM, JANGAN TERUSKAN.. KALAU DAH TAU, JANGAN BUAT-BUAT TAK TAU....
BERDOSA BESAR... INGAT SAMA KEPADA ALLAH.. INGAT SAMA DENGAN AJARAN ISLAM.. 
SEBAR-SEBARKAN PERKARA NI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA...

p/s : RAMAI ORANG MELAYU SUKA SAMBUT HARI VALENTINES NI... KAN ?