Thursday, January 27, 2011

Jawatan Kosong : Majlis Perbandaran Kangar, Perlis, Tarikh Tutup :- 10 Februari 2011


MAJLIS PERBANDARAN KANGAR
( Pemberitahuan Jawatan Kosong )

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat   negeri   Perlis)  yang  berkelayakan  bagi  mengisi  kekosongan  jawatan  bertaraf  tetap di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar, Perlis seperti berikut :
Bil.
Nama Jawatan
Gred
Jumlah Kekosongan
1.
Juruaudit
W41
1
2.
Akauntan
W41
2
3.
Pegawai Undang-Undang
L41
1
4.
Pegawai Perancang Bandar dan Desa
J41
2
5.
Arkitek Landskap
J41
1
6.
Penolong Juruaudit
W27
1
7.
Penolong Akauntan
W27
1
8.
Penolong Pegawai Undang-Undang
L29
1
9.
Pen. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
J29
1
10.
Penolong Arkitek Landskap
J29
1
11.
Penolong Juruukur Bahan
J29
1
12.
Penolong Pegawai Pertanian
G27
1

Maklumat Skim Perkhidmatan dan Syarat Lantikan Jawatan
SILA KLIK DI SINI
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DI SINI

Sumber : Portal Majlis Perbandaran Kangar

 
SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Wednesday, January 26, 2011

Kelantan Berada Dalam Bahaya, Mungkin Berdepan Masalah Tidak Dibenarkan Beraksi Piala Sultan Ahmad Shah 2011


KELANTAN mungkin berdepan masalah tidak dibenarkan beraksi menentang Selangor pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ini kerana, peraturan pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan setiap pasukan perlu mendaftar jurulatih yang memegang Lesen A sedangkan Kelantan kini tidak memilikinya setelah B. Sathianathan digantung enam bulan berkuatkuasa kelmarin.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Kelantan perlu segera mencari pengendali sementara yang memiliki Lesen A dalam tempoh beberapa hari ini bagi membolehkan mereka memenuhi syarat untuk turun beraksi Sabtu ini.

"Perkara ini sudah termaktub dalam peraturan pertandingan. Jadi Kelantan perlu segera mendapatkan seorang jurulatih Lesen A bagi didaftarkan sebelum perlawanan pertama Liga Super 2011 pada Sabtu ini.

"Jika gagal, maka Kelantan dianggap tidak memenuhi syarat pertandingan dan boleh dikenakan tindakan tidak dibenarkan untuk turun beraksi," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Kelmarin, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman penggantungan enam bulan ke atas Sathianathan yang sebelum ini ditangguhkan sementara ekoran tindakannya mengkritik FAM secara terbuka di media.

Justeru, desas-desus mengatakan Kelantan bakal mengambil bekas jurulatih Kedah dan Harimau Muda A, Mohd. Azraai Khor Abdullah bagi mengisi ketiadaan Sathianathan memandangkan dua penolong jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha dan Sidek Samsudin hanya memiliki Lesen B.

Namun ia tidak semudah disangka kerana menurut Azzuddin, isu penamatan kontrak Azraai dan FAM nampaknya belum selesai manakala KAFA pula belum menyatakan secara rasmi untuk mendapatkan Azraai.

"Sehingga hari ini (semalam), Sekretariat FAM masih belum terima apa-apa permohonan secara rasmi daripada KAFA untuk berunding bagi mendapatkan Azraai.

"Isu FAM dan Azraai juga masih tergantung kerana terdapat perkara yang tidak dipersetujui Azraai. Ia sudah di luar bidang kuasa Sekretariat FAM kerana kini perlu dibawa ke Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan FAM," jelas Azzuddin.

Azzuddin turut berharap agar isu penggantungan Sathianathan tidak disensasikan semua pihak memandangkan semua pemain dan pegawai pasukan telah sedia maklum peraturan yang termaktub dalam kod disiplin FAM.

"Perkara ini sudah jelas, jika pemain atau pegawai buat kenyataan tidak betul di media, maka mereka boleh dihukum. Jawatankuasa Rayuan tak boleh lari jauh dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib kecuali andai berlaku salah hukum," tegasnya.

Sumber : Kosmo Online
MALANG MENIMPA LAGI UNTUK SKUAD KELANTAN
AZRAI MASIH LAGI BELUM SELESAI DENGAN FAM...
TIGA BEKAS PEMAIN KELANTAN KE T-TEAM DIANGGAP SAH DAN TIDAK MELANGGAR PERATURAN..
APA PENDAPAT KORANG ?

Monday, January 24, 2011

Bola Sepak: Kelantan Ke Piala Sumbangsih Tanpa Sathianathan, Azrai sebagai peganti ?

( Sathia digantung selama enam bulan sebagai jurulatih )

 ( Benarkah Azrai Khor akan mengambil alih tempat Sathia? )

PETALING JAYA, 24 Jan (Bernama) -- Kelantan kehilangan khidmat B. Sathianathan bagi menghadapi Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih Sabtu ini selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menolak rayuan penggantungan selama enam bulan terhadap jurulatih itu.

Jawatankuasa Rayuan FAM, dalam mesyuaratnya di sini hari Isnin, telah mengekalkan hukuman itu selepas mendapati Sathianathan bersalah melemparkan kritikan terhadap FAM mengenai jadual perlawanan musim lepas.

Penolong Setiausaha FAM, Ahmad Fuad Daud, berkata hukuman itu akan berkuatkuasa hari ini sehingga 23 Julai ini.

"Hukuman itu sepatutnya bermula tahun lepas namum kami menunda tarikh mendengar permohonan rayuan itu bagi membolehkan jurulatih itu membimbing pasukan Kelantan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia pada Oktober lalu," katanya.

Ahmad Fuad berkata pasukan Kelantan, selaku juara Piala Malaysia 2010, perlu mencari jurulatih sementara bagi membolehkan pasukan tersebut membuat pendaftaran untuk perlawanan Piala Sumbangsih itu.

"Pasukan yang bertanding tidak boleh meletakan nama jurulatih atau pemain yang dikenakan tindakan displin oleh FAM ketika membuat pendaftaran pasukan.

Apabila ditanya adakan pembantu jurulatih pasukan Kelantan, Hashim Mustapha boleh dilantik sebagai jurulatih sementara, katanya Hashim tidak layak kerana hanya jurulatih yang mempunyai lesen kejurulatih kelas A sahaja boleh berbuat demikian.

Pasukan Kelantan yang merupakan juara bagi Piala Malaysia edisi 2010 dijadulkan bertemu dengan pasukan Selangor yang merupakan penyandang juara Liga Super 2010 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Sementara itu, Sathianathan ketika dihubungi, berrkata beliau akan berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa esok.

"Biar Annuar mengumumkan keputusan mengenai status saya," katanya.

Sumber : BERNAMA.com

BENARKAH AZRAI KHOR AKAN MENGGANTIKAN TEMPAT SATHIA UNTUK JURULATIH KELANTAN ? KITA TUNGGU DAN LIHAT..

Manakala kita berdosa...


Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang, bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di dalam sembahyang."

Istighfar bererti meminta maaf, meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.


Di sini ingin diceritakan tentang dua istighfar.

Istighfar pertama:


Istighfar yang pertama ialah sebelum solat atau sebelum sembahyang, iaitu sebelum takbiratul ihram.

Istighfarlah dan bertaubatlah sebanyak -banyaknya dan sepuas-puasnya. Istighfarlah sehingga hati kita terasa kenyang, tenang dan tenteram.

Semoga dengan itu Allah ampunkan dosa-dosa kita.Supaya kita tidak membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang kita.

Antara sebabnya ialah:

1. Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang,bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

2. Manakala kita berdosa dan tidak bertaubat dari dosa-dosa itu, kita sebenarnya orang yang derhaka dengan Tuhan. Kalau kita sembahyang juga tanpa kita bertaubat dari dosa-dosa tersebut maka sembahyang kita ialah sembahyang orang yang derhaka dengan Tuhan.

3. Kalau kita berdosa dan kita tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa itu, kita ialah orang yang angkuh dan sombong dengan Tuhan. Kalau dalam keadaan itu kita bersembahyang, maka sembahyang kita ialah sembahyang orang yang angkuh dan sombong, bukan setakat angkuh dan sombong kepada manusia yang mungkin boleh dianggap ringan sedikit, tetapi angkuh dan sombong dengan Allah itu sendiri iaitu Tuhan yang hendak kita sembah.

4. Di dalam sembahyang, kita banyak berdoa. Kalau kita membawa dosa, Allah murka kepada kita. Bagaimana kita dapat berdoa kepada Tuhan yang sedang murka dengan kita. Apakah peluang bagi doa-doa kita itu dimakbulkan Tuhan? Kalau Allah tidak makbulkan doa-doa kita kerana Dia sedang murka kepada kita, mungkin kita akan selamat. Tetapi kalau Allah makbulkan juga doa dan permintaan kita dalam sembahyang dalam keadaan Dia sedang murka dengan kita, maka apa sahaja yang Allah kurniakan itu akan menjadi istidraj. Iaitu ia akan menjadi nikmat yang Allah kurniakan dengan marah. Ia akan menjadi nikmat yang tidak diiringi dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di hujungnya nanti, kita akan jadi kufur nikmat.

5. Bagaimana pula hendak kita sembah Tuhan dalam keadaan kita sedang derhaka kepada-Nya kerana dosa-dosa kita yang tidak terampun. Kalau kita mengadap dan menyembah raja atau sultan manusia di dunia ini pun, dalam keadaan kita derhaka kepadanya, mungkin dia tidak mahu tengok kita. Kalau tengok pun, mungkin diherdik dan dimaki hamunnya kita. Atau mungkin dia akan terus tangkap dan hukum kita.

6. Bagaimana pula akan kita sembah Tuhan kalau kita angkuh dan sombong dengan-Nya kerana tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa kita. Angkuh dan sombong itu bukan sifat hamba. Ia sifat Tuhan. Bagaimana boleh
kita bersifat sombong dan angkuh dan kemudian mahu menyembah Tuhan. Ketika itu kita bukan lagi hamba. Kita tidak tawadhuk dan tidak merendah diri di hadapan Tuhan. Ketika itu kita seolah-olah mahu menyamai atau menandingi Tuhan. Dalam keadaan ini, bolehkah sembahyang kita itu dianggap sebagai satu penyembahan atau satu pengabdian. Adakah ketika itu kita benar-benar sedang sembahyang dan sedang mengabdikan diri kepada Tuhan?


Inilah di antara sebab mengapa sembahyang itu gagal untuk menghidupkan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dalam diri orang yang bersembahyang. Kerana dalam sembahyang, mereka dimurkai Tuhan, mereka derhaka, dan mereka sombong dan angkuh dengan Tuhan. Bila sembahyang tidak khusyuk dan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan tidak timbul atau tidak wujud di dalam sembahyang, maka sembahyang itu tidak ada nilai dan tidak ada erti apa-apa. Ia tidak mendidik hati kita dan tidak akan dapat menjauhkan kita dari perkara-perkara yang keji dan yang mungkar.

Istighfar kedua:

Istighfar yang kedua ialah sesudah memberi salam. Lainlah kalau sembahyang kita itu seperti sembahyang orang muqarrobin atau orang siddiqin yang tidak ada lalai dalam sembahyang mereka. Bagi mereka ini, layaklah mereka mengucapkan Alhamdulillah selepas salam sebagai tanda syukur kerana Allah telah kurniakan mereka nikmat khusyuk, tawadhuk dankhuduk di dalam sembahyang mereka.


Tetapi bagi kita orang-orang awam, yang sembahyang kita cacat sini cacat sana, bocor sini bocor sana, koyak sini koyak sana dan defect sini defect sana, mana mungkin layak bagi kita mengucapkan hamdallah. Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di dalam sembahyang.

Contohnya:

1. Di hadapan Tuhan kita lafazkan berbagai-bagai perkataan, misalnya, Allahu Akbarâ , tetapi tidak faham pun apa yang kita lafazkan itu.
Kalaupun faham, tidak terasa pula bahawa Allah itu benar-benar Maha Besar di hati kita. Kita tidak maksudkan dan kita tidak rasa apa yang kita kata. Kita hanya berlakon dan berpura-pura di hadapan Tuhan.

2. Dalam masa kita sedang menyembah Tuhan pula, jasad kita berdiri, rukuk dan sujud, tetapi hati dan jiwa kita entah ke mana-mana. Allah menunggu kita untuk disembah dan untuk menerima segala pengaduan tetapi kita tidak hadir. Kita wakilkan sahaja kepada jasad dan tubuh badan kita yang tidak tahu dan tidak faham apa-apa. Jasad dan jawarih kita sahajalah yang menyembah Tuhan.

Sudahlah di luar sembahyang kita tidak pernah bersama Tuhan, ini sedang menyembah Tuhan dalam sembahyang pun kita gamak tinggalkan Tuhan untuk berfoya-foya dengan hal-hal dunia.

Belum pernah lagi kita dengar ada orang yang mengadap raja atau sultan dan sedang dia mengadap itu, langsung tidak menghiraukan raja malah dia tinggalkannya sultan begitu sahaja untuk pergi ke kedai membeli rokok. Tapi dengan Tuhan, semasa dalam sembahyang, inilah akhlak dan perangai kita.

3. Dalam sembahyang, Allah bukan hendak berhadapan dengan jasad kita tetapi dengan roh atau hati kita. Tetapi roh kita jarang hadir. Ramai orang yang boleh membawa jasad dan lidah mereka untuk bersembahyang tetapi tidak ramai yang mampu membawa roh dan hati mereka untuk bersembahyang sama.Demikianlah kita orang awam, selalu sahaja tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan dengan Tuhan. Kalau ini berlaku di luar sembahyang pun sudah dianggap berat, inikan pula ia berlaku ketika kita sedang mengadap dan menyembah Tuhan. Lagi-lagilah ianya dianggap berat.

Patut sangatlah kita beristighfar dan meminta ampun selepas memberi salam!!!


Sekian...hanya perkongsian bersama....

Sumber : Email Yahoo Group
 
UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

Saturday, January 22, 2011

Wajah baru Liga Malaysia : Logo baru Liga M dilancar Rabu

 Cuba anda teka, logo mana akan terpilih ?

REKA bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.

"Pada 26 Januari ini (Rabu) kita akan adakan satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.

"Logo baru Liga Super dan Liga Perdana juga akan kita perkenalkan pada hari tersebut. Saya rasa masih sempat untuk setiap pasukan tampal terus patch logo tersebut di jersi masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.

"Memang ia merupakan antara sample logo untuk kita muktamadkan. Kita juga melihat reaksi dan komen peminat tentang logo-logo tersebut. Apa pun logo rasmi yang dipilih akan didedahkan Rabu ini.

"Tentang siapa pula title sponsor untuk Liga M 2011, itu terpulang kepada Astro untuk mengumumkannya," jelas Annuar.

Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.

Bagaimanapun kontrak FAM bersama TM hanya akan berakhir pada Rabu ini dan atas sebab itulah FAM hanya boleh mengumumkan title sponsor baru selepas tarikh tersebut.

Saingan Liga Super bermula 29 Januari ini dengan tujuh perlawanan menyaksikan Selangor bertemu Kelantan di Shah Alam, Terengganu bertemu Sabah, Kuala Lumpur bertemu Perak, Johor FC bertemu Felda United, Kedah bertemu T-Team, Negeri Sembilan bertemu Harimau Muda A dan Pahang bertemu Perlis.

Liga Perdana pula bermula 31 Januari membabitkan lima perlawanan iaitu USM bertemu PDRM, ATM bertemu MP Muar, PKNS bertemu Sime Darby, Johor bertemu Pos Malaysia dan Pulau Pinang bertemu Sarawak manakala aksi Harimau Muda B bertemu SDM Navy berlangsung sehari selepas itu.

Sumber : Kosmo Online

DENGAN LOGO LIGA M BERWAJAH BARU...
MAKA KAMI DARI PIHAK PENYOKONG LIGA M INGIN MELIHAT PENINGKATAN PADA SETIAP PASUKAN YANG BERTANDING UNTUK MUSIM 2011.
LAKUKAN YANG TERBAIK...

Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012


RANTAU PANJANG: Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Katanya, kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan berkenaan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.

Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.

Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
SEMUA KENDERAAN WAJIB PASANG BEG UDARA.... 
KECUALI PACUAN EMPAT RODA!!
KERETA AKU PROTON ISWARA TAHUN 1997 KENA PASANG BEG UDARA JUGAK KE ?

Info Terkini!! Pulangkan segera syiling diambil di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau



SEREMBAN: Pengguna jalan raya yang memungut dan mengambil duit syiling bertaburan dalam kemalangan di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau, di sini, pada Selasa lalu diminta memulangkan semula wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, duit syiling yang diambil itu boleh diserahkan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman mereka.

 Sumber : Harian Metro Online

AGAKNYA LA.. ADA KA ORANG YANG KUTIP DUIT SYILING TU NAK PI BAGI BALIK? 
KALAU AKU, AKU BELANJA ABIH DAH.. TUKAQ DENGAN DUIT KERTAS.. 

Mohd Zaquan, 23, diijabkabulkan dengan pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan, 26

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis isterinya yang juga pelakon, Ayu Raudhah Che Wan, 26, selepas selesai majlis akad nikah di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, petang tadi.

‘Saya macam tak percaya’ Kata Mohd Zaquan Adha Abd Radzak

SEREMBAN: “Memang saya rasa amat teruja dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang, namun harus percaya semua ini ketentuan Allah kerana kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan,” kata pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak.

Mohd Zaquan, 23, bakal diijabkabulkan dengan pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan, 26, pada majlis akad nikah yang akan berlangsung hari ini di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar, selepas solat Jumaat disusuli majlis resepsi pada malamnya di Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).


Pernikahan kedua-dua pasangan sensasi itu sekali gus menamatkan desas-desus mengenai hubungan mereka sebelum ini apabila mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.

Mohd Zaquan berkata, persiapan bagi meraikan hari bersejarah itu berjalan lancar apabila semua ahli keluarganya termasuk abang kembarnya, Mohd Aidil Zafuan turut serta dalam rombongan pengantin ke Alor Setar.


Menurutnya, pihaknya berasa amat bersyukur kerana semua ahli keluarga memberi sokongan padu untuk bersama meraikan detik bersejarah itu.


“Saya membawa barangan hantaran tujuh dulang manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang.

“Semakin dekat rasanya semakin bersemangat, namun apa yang penting mengharapkan supaya majlis ini nanti selesai dengan baik dan selamat,” katanya yang sudah merancang untuk menetap di Seremban selepas berkahwin kerana sudah membeli rumah di sini.


Sementara itu, Mohd Aidil Zafuan tidak menyangka adiknya bertemu jodoh seorang pelakon selepas dia menjadi suami kepada seorang pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar.

Menurutnya, dia menyifatkan ia adalah jodoh dan sudah menjadi ketentuan Allah di mana pihaknya hanya mengharapkan yang terbaik buat adik kembarnya dalam membina rumah tangga bahagia.


“Ini bukan soal mengikut jejak langkah selepas saya mengahwini seorang pelakon (Rita Rudaini), tetapi perkahwinan antara Mohd Zaquan dengan Ayu Raudhah adalah kerana jodoh.


“Saya akan terus memberi nasihat dan sokongan kepadanya (Mohd Zaquan) dan berharap kariernya sebagai pemain bola sepak bertambah baik selepas mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online dan Berita Harian Online

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI BLOG SYAMSYUN84