Thursday, January 13, 2011

Lepaskan Pemain Menyertai Pasukan Luar Demi Bola Sepak Negara, Kata Raja Ahmad

IPOH, 13 Jan (Bernama) -- Pasukan bola sepak dalam negara diminta melepaskan pemain mereka yang ingin berhijrah atau mendapat tawaran bermain dengan pasukan luar negara bagi membolehkan pemain itu memperolehi pendedahan dan pengalaman.

Anggota Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar semasa membuat saranan itu berkata ia merupakan jalan terbaik bagi meningkatkan mutu permainan bola sepak dalam negara, yang pada dasarnya masih jauh ketinggalan berbanding negara lain.

Beliau berkata keengganan pasukan melepaskan pemain tidak menjanjikan perubahan kepada kemahiran pemain itu, terutama di kalangan pemain muda yang sangat memerlukan pendedahan.

"Sekiranya negara benar-benar ingin kembali menjadi gergasi bola sepak di rantau ini, pasukan negeri atau negara hendaklah mengorbankan pemain mereka untuk beraksi sementara di luar negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan jersi bola sepak kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak di sini pada Khamis.

Katanya di pihak pemain pula, mereka juga hendaklah berani keluar bermain dengan pasukan luar terutama di Eropah yang mempunyai mutu permainan yang jauh berbeza.

"Janganlah hanya mengharap ilmu bola sepak yang ada dalam negara sahaja, sebaliknya tanam sikap berani berubah dan pergi ke pasukan lain (luar negara) demi mencari pengalaman," katanya.

Raja Ahmad seterusnya menasihati pemain agar tidak hanya meletak sasaran untuk berhijrah menyertai pasukan rantau Asia Tenggara yang mempunyai corak permainan hampir serupa dengan Malaysia.

"Bertekadlah untuk bermain di negara yang pernah melahirkan lagenda bola sepak. Indonesia, Singapura dan Thailand adalah negara jiran yang mempunyai corak permainan yang hampir sama dengan Malaysia, pergilah ke Eropah, Jepun atau Korea Selatan yang kini jauh lebih baik," katanya.

Menurutnya setiap pemain hendaklah memberanikan diri mengharungi pelbagai rintangan bagi menimba ilmu dan mencari pengalaman jika ingin menaikkan mutu permainan bola sepak diri yang dimiliki, dan seterusnya untuk negara.

Sumber : BERNAMA

LEPASKAN.. LEPASKAN.. 
PEMAIN-PEMAIN MALAYSIA YANG MENERIMA TAWARAN DARIPADA LUAR NEGARA....
BIARKAN PEMAIN-PEMAIN MENIMBA PENGALAMAN BERAKSI DI LUAR NEGARA..

Naik 2 Anak Tangga : Malaysia baiki ranking FIFA


KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA.

Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993.

Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146).

Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online
TAHNIAH MALAYSIA.. BERJAYA MEMPERBAIKI KEDUDUKAN CARTA FIFA..
LEPAS NI, DENGAN HARAPAN MENGGUNUNG RAKYAT MALAYSIA..
SKUAD HARIMAU MALAYA BOLEH PERGI JAUH LAGI.. 
 SETERUSNYA LAYAK KE PIALA DUNIA..

Wednesday, January 12, 2011

JAWATAN KOSONG : Mystery Shoppers di Malaysia

Beroperasi semenjak 1996 telah menjadikan INTERNATIONAL SERVICE CHECK salah satu daripada pemimpin dalam industri ¡§Mystery Shopping¡¨. Kami berdedikasi dan fokus dalam menyediakan program yang inovatif menggunakan teknologi terkini bagi rekaan khas mengikut ekspektasi klien dari segi kualiti, pencapaian/keputusan dan sokongan. Pada masa yang sama, kami menyampaikan maklumat dan data yang tepat secara efisen.

Mystery Shopper ¡V Service Checker

INTERNATIONAL SERVICE CHECK adalah sebuah syarikat global yang fokus pada kualiti khidmat pelanggan dengan menggunakan kaedah ¡§Mystery Shopping¡¨. ISC sedang mencari tenaga kerja daripada pelbagai umur yang berfikiran jauh, mempunyai daya pemerhatian yang tajam dan mempunyai kebolehan membuat laporan terperinci. Kami mencari tenaga kerja yang menetap di MALAYSIA (Air Keroh, Alor Setar, Ampang, Ayer Hitam, Bandar Baru Bangi, Bandar Sunway, Bandar Utama, Bangi, Batu Caves, Batu Pahat, Bayan Lepas, Bentong, Bukit Mertajam, Cheras, Damansara, Equine Park, Genting Highland, George Town, Gombak, Ipoh, Johor, Johor Bahru, Kajang, Kemaman, Kepong, Klang, Kluang, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Labuan, Langkawi, Melaka, Mentakab, Miri, Muar, Nilai, Penang, Petaling Jaya, Prai, Puchong, Putra Jaya, Rawang, Segamat, Selangor, Selayang, Senawang, Sepang, Seremban, Seri Kembangan, Setapak, Shah Alam, Sibu, Sri Manjung, Subang Jaya, Sungai Buloh, Sungai Petani, Taiping, Teluk Intan, tetapi terutama sekali di Sibu, Labuan, Teluk intan dan Mentakab) untuk menganalisis servis yang diberikan / disediakan oleh pelbagai cawangan perniagaan komersial seperti restoran, kedai pakaian atau kasut, kedai perhiasan diri dan sebagainya.

Tugas-tugas kepada Mystery Shoppers :

1. Untuk bermula dengan kami, anda perlu mendaftar diri di database kami: www.internationalservicecheck.com (pilih Contact „³ Want to become a Service Checker?)

2. Dari masa ke semasa, sesiapa yang dipilih akan menerima e-mail atau panggilan apabila tempat / cawangan di kawasan Service Checker berada memerlukan lawatan (check).

3. Bagi setiap lawatan yang ditetapkan, Service Checker akan menerima arahan terperinci mengenai destinasi dan waktu perlu menjalankan tugasan, perkara yang perlu diperhatikan dan sebagainya. Kebersihan, khidmat layanan serta bantuan kepada pelanggan (Service Checker) merupakan apa yang perlu diperhatikan secara amnya. Semua informasi yang perlu dilapor akan diberi secara bertulis, disamping penerimaan panggilan daripada koordinator kami. Bagi menjalankan lawatan tertentu, anda perlu lulus ujian yang disediakan.

4. Selepas lawatan tersebut, anda perlu menyediakan laporan pengalaman dengan menggambarkan dengan tepat apa yang berlaku semasa lawatan dan menjawab beberapa soalan yang disediakan. Kedua-dua langkah ini akan disediakan secara online di dalam akaun peribadi Service Checker.

5. Pembayaran kepada Service Checker adalah berlainan mengikut projek, waktu lawatan dan kelakuan mengikut arahan. Selepas menjalankan lawatan yang betul, pindahan wang akan diterima dalam masa beberapa minggu dari tarikh lawatan. Jika anda ditugaskan untuk menjalankan lawatan di bandar / negeri lain, perbelanjaan perjalanan akan ditanggung dan akan ditambah pada pembayaran lawatan.

Anda boleh melakukan lebih daripada satu lawatan setiap bulan

Jika kami meminta anda membeli sesuatu daripada kedai / cawangan yang ditugaskan, kami akan menanggung segala perbelanjaan. Jadi, jika anda dipanggil untuk melakukan lawatan bagi pihak kami, anda mendapat kelebihan seperti makanan atau juga menerima pakaian baru secara percuma

Jika berminat, sila daftar di:
www.internationalservicecheck.com (pilih: Contact -> Want to become a Service Checker?)

Kami utamakan laporan yang tepat dan terperinci.

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

JAWATAN KOSONG : Eksekutif Pemasaran

syarikat terlibat dalam bidang makanan halal dan pertanian, menjemput kepada sesiapa yang mempunyai kelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di bawah :

EKSEKUTIF PEMASARAN

Kelayakan :

- Diploma / Ijazah
- Pengalaman 2-3 tahun dalam bidang berkaitan (industri makanan dan ekspot)
- Fasih Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
- Mempunyai kenderaan sendiri.
- Berkomunikasi dengan baik.
- Bersedia untuk berkerja di luar kawasan.


Sila emailkan CV ke :
rumahneneksb@yahoo.com beserta gaji yang dipohon dan gambar berukuran passport.

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN
EMAILKAN KEPADA rumahneneksb@yahoo.com

JAWATAN KOSONG : Pekerja Elektrikal

Pekerja elektrikal/pembinaan separuh mahir/mahir diperlukan segera.

- Warganegara Malaysia
- Gaji RM1000 - RM1200
- Tiada rekod jenayah
- Umur lingkungan 18-30
- Tetap
- KWSP/Socso dicarum
- bekerja di Cheras
- mempunyai kenderaan sendiri motorsikal/kereta digalakkan
- mempunyai lesen memandu digalakkan terutama lori 1 tan.

tq

Syed Faidz Syed Nokman Al-Yahya
+6 012 393 7386
Sales & Marketing
Syadinar Sdn Bhd
tel/fax: +6 03 9105 3227
www.facebook.com/syadinar

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN..
JANGAN TANYA SAYA PASAL JAWATAN KOSONG.. 
TELEFON SYED FAIDZ SYED NOKMAN AL-YAHYA

Tuesday, January 11, 2011

ChurpChurp | Social Share » Om Nom Nom your way through, and WIN HTC Smartphones! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Om Nom Nom your way through, and WIN HTC Smartphones! (Preview)

Have you ever dreamt of competing in a “food edition” where the Amazing Race and challenges are all based on your favourite past time – food and eating? Well imagine no more! Join the http://www.churpchurp.com/syamsyun/share/maxis-omnomnom

Pendang : Kempen Bayar Cukai Taksiran 2011, Cabutan Bertuah Menanti Anda..


Pembayar 1 penggal dan tanpa tunggakan
dapat KALENDAR 2011

1000 pembayar awal penuh
dapat 1 biji mug dan layak untuk cabutan bertuah!

Fasha Kesal Berbikini, Azam 2011 Kurang Seksi


KUALA LUMPUR – Pelakon popular Fasha Sandha melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini sehingga gambar dia berpakaian begitu ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Disember lalu tersebar di Internet.







“Ya, memang benar ini gambar saya yang memakai bikini dan kain pario berwarna hijau,” katanya menerusi laman sosial Facebook peminatnya, WE LOVE FASHA SANDHA.

Dalam laman web itu, turut disiarkan satu lagi foto seksi Fasha bersama seorang rakannya yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Menurut Fasha, 27, gambar-gambar dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya yang hanya dikenali sebagai Syazwani dalam laman Facebook ketika bercuti di Bali baru-baru ini..


Sumber : Kosmo Online, Gambar dari Google.com


"Pelakon popular Fasha Sandha melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini"kata Fasha.
LEPAS NI DAH TAK PAKAI KOT PAKAIAN SEBEGINI ?
INI AZAM FASHA SANDHA 2011, KLIK LINK BAWAH NI 
http://syamsyun84.blogspot.com/2011/01/azam-fasha-sandha-tahun-untuk-tahun.html