Thursday, December 16, 2010

Pengumuman!! Pengumuman!! Keputusan PMR diumum 23 Disember 2010


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini semalam berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama

Sumber : Harian Metro Online

JANGAN LUPA, KETAHUI KEPUTUSAN PMR PADA 23 DISEMBER NANTI...
KEPADA YANG BERJAYA, TAHNIAH.. KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK..
BERUSAHA LAGI PADA PEPERIKSAAN SPM..

Awas!! Wang Kertas RM100 Palsu


TAWAU - Masyarakat di sini, khususnya peniaga, diingatkan supaya berwaspada ketika menerima wang kertas RM100 berikutan kes pengedaran wang kertas RM100 palsu di Kem Luasong, kira-kira 120 kilometer, dari sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, kegiatan itu terbongkar apabila seorang peniaga pasar minggu di Kem Luasong membuat laporan polis semalam setelah menyedari 10 keping wang kertas RM100 yang diperoleh hasil daripada jualannya adalah palsu.

Beliau berkata, peniaga berkenaan hanya menyedari mengenai wang palsu itu selepas dimaklumkan oleh pihak bank ketika hendak memasukkan wang berkenaan di sebuah bank di sini semalam.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab. - Bernama

Sumber : Kosmo Online
BERJAGA-JAGA SAMA.. WANG PALSU RM100

TRAGEDI BAS : 23 pegawai penjara cedera bas jatuh gaung

PENAMPANG 16 Dis. - Sekurang-kurangnya 23 pegawai dan anggota Penjara cedera apabila bas yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 30 Jalan Kota Kinabalu - Keningau berhampiran Kampung Moyog kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Sumber : Utusan Malaysia Online

BAS LAGI.. ASYIK BERITA PASAL KEMALANGAN BAS AJA NI...

BERITA PENUH AKAN DISIARKAN ESOK..

MACAM-MACAM : Ibu saman McDonald's kerana Happy Meals

 LOS ANGELES: Ibu dua anak dari California mengemukakan saman bersama terhadap McDonald’s yang mendakwa permainan yang diberikan bersama Happy Meals secara tidak adil mengumpan kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.

Monet Parham mengetuai saman yang disokong Center for Science in the Public Interest (CSPI) bagi menghentikan tindakan gergasi makanan segera itu menggunakan permainan untuk pemasaran mensasarkan kanak-kanak secara langsung.

Menurut CSPI, pemasaran seperti itu mempergunakan kanak-kanak secara tidak sah.
Parham berkata, sebab utama anak perempuannya Maya, 6, mahu ke McDonald's ialah untuk mendapatkan permainan berasaskan watak Barbie, i-Carly, Shrek, or Strawberry Shortcake.

“Saya bimbang mengenai kesihatan anak saya dan merasakan McDonald’s hanya patut menjadi sebahagian kecil daripada permakanan dan pengalaman zaman kanak-kanak mereka," katanya. - AFP

Sumber : Berita Harian Online

MACAM-MACAM, BUKAN SALAH McDonald's, SALAH IBUBAPA TU LA...
YANG PI MASUK RESTORAN TU SIAPA SURUH!!

Wednesday, December 15, 2010

Gambaran Skuad Liga Super Kedah 2011



1 Mohd Helmi Eliza Elias (GK)

2 Muhammad Al-Hafiz Hamzah (GK)

3 Hadi Abdul Hamid (GK)

4 Shahril Faizal (DF)

5 Shafizan Hashim (DF/MF)

6 V. Thirumurugan (DF)

7 Mohd Azmi Muslim (DF/MF)

8 Mohd Fazliata Taib (DF)

9 Khairul Helmi Johari (DF)

10 Ahmad Fauzi Saari (MF)

11 Mohd Sabre Mat Abu (MF/DF)

12 Mohd Faizal Abu Bakar (MF/FW)

13 Baddrol Bakhtiar (MF/FW)

14 Mohd Khyril Muhymeen Zambri (MF/FW)

15 Ahmad Shakir Md Ali(FW)

16 Azlan Ismail (FW)

17 Fauzi Nan (DF)

18 Amar Rohidan (MF)

19 Firdaus Fauzi (MF/FW)

20 Hasmawi Hassan (FW)



Senarai di atas tidak termasuk nombor jersi. Harap maklum.
Senarai lengkap beserta nombor jersi akan diberitahu dalam masa terdekat.

Sumber : Facebook Penyokong Setia HijauKuning

PULUN KEDAH PULUN... BAGI BOLEH PIALA MUSIM DEPAN...

Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia 2-0 Vietnam. Ranking Terbaru Skuad Bola Sepak Malaysia, 144 DUNIA



Video Youtube Malaysia 2-0 Vietnam
Pengulas Thailand

Berita gembira apabila Skuad Malaysia menang bergaya mengatasi pasukan Vietnam 2-0.


Lagi menggembirakan kita apabila ranking terbaru yang dikeluarkan pada 15/12/2010 oleh FIFA menyaksikan Malaysia berada di kedudukan
RANKING 144  DUNIA


Tahniah MALAYSIA..


MALAYSIA BOLEH!!


Kemalangan Bas dengan Treler : 2 parah, 12 cedera ringan kemalangan dekat Nibong Tebal

NIBONG TEBAL: Dua orang cedera parah, manakala 12 lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer (KM) 153.2, dekat sini, malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan dari arah Utara menuju ke Selatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata kemalangan berlaku ketika treler memuatkan kontena hendak memotong bas kilang yang membawa kira-kira 30 pekerja sebuah kilang.

"Lori itu bagaimanapun hilang kawalan dan bergesel dengan bas mengakibatkannya terbabas ke parit di tepi lebuh raya, manakala bas pula terbalik di atas permukaan jalan.

"Kurang 12 orang cedera ringan termasuk pemandu dan mereka mendapat rawatan di Hospital Sungai Bakap, manakala dua penumpang bas yang cedera parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Butterworth," katanya di sini, malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 KM menghala ke arah Selatan lebuh raya berkenaan berikutan bas kilang itu menghalang satu lorong lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, pemandu bas kilang berkenaan, Aizat Mohamad, 37, berkata dia sedang dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam menuju ke Bukit Merah, Perak untuk menghantar pekerja kilang.
"Ketika hendak berhenti di hentian Sungai Bakap, tiba-tiba bas kami dilanggar oleh sebuah treler menyebabkan saya hilang kawalan seterusnya melanggar pembahagi jalan.

"Ia menyebabkan bas kami terbalik dan saya tercampak keluar daripada bas," katanya yang hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber : Berita Harian Online
BAS LAGI..... NASIB X DAK YANG MATI...

SENARAI RASMI PEMAIN LIGA SUPER PERLIS 2011.



NAMA  UMUR  POSISI
1.REZA IORIMAL BIN REDZAWAN 21 PENJAGA GOL
2.HAIROL FAZREEN BIN ABU SEMAN 22 PENJAGA GOL
3.MOHD AMIRUL BIN ROSLI 21 PENJAGA GOL
4.MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR 18 PENJAGA GOL
5.AZMIZI BIN AZMI (CAPT) 24 PERTAHANAN
6.PHUL SAKH A/L LOM 22 PERTAHANAN
7.MUHAMMAD ALIF ASWAT B, BAHARIN 21 PERTAHANAN
8.MUHAMMAD MUNAWAR  SHAVUKATH ALI PERTAHANAN
9.MOHD SANY BIN MAT ISA 27 PERTAHANAN
10.MOHAMAD ROZAIDI BIN ABD 22 PERTAHANAN
11.MUHAMMAD EZAT EMIR BIN HARIZAM 25 PERTAHANAN
12.WAN KHAIRUL FAIZ BINKAMARUDDIN 24 TENGAH
13.HIZBULLAH BIN AWANG 27 TENGAH
14.MOHD FARIZAL BIN ROZALI 27 TENGAH
15.MOHD HISYAM BIN MOHD SHOFI 21 TENGAH
16.HADI SYAHMI BIN HAMZAH 19 TENGAH
17,MOHD FADLY BIN BAHARUM 22 TENGAH
18.MOHD HAFISZUAN BIN  SALEHUDDIN 23 TENGAH
19.MOHD HAZWAN BIN ZAINUN 23 PENYERANG
20.MOHD FAIZ SUBRI 23 PENYERANG
21.SAMRANSAK A/L KRAM 25 PENYERANG
22.SYED MOHD ABD GHAFAR BIN  SYED AMIR 24 PENYERANG
23.WAN MOHD SYUKRI BIN WAN  AHMAD19 PENYERANG

 Sumber : Facebook

GOOD LUCK!!