Tuesday, November 16, 2010

Amaran bah besar

Hujan lebat luar biasa diramal landa Pantai Timur, Sabah, Sarawak dan Johor

KUALA LUMPUR: Selepas Kedah dan Perlis, beberapa negeri di Pantai Timur termasuk bahagian Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pula dijangka mengalami banjir besar berikutan peningkatan taburan hujan dengan sesetengah tempat diramal melebihi 40 peratus berbanding paras biasa.

Fenomena itu berlaku ekoran perubahan cuaca musim Monsun Timur Laut bermula awal bulan ini dan dijangka berterusan hingga awal Mac depan.

Pengarah Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Ling, berkata kadar purata taburan hujan bagi kawasan berkenaan terutama Kelantan, Terengganu, Pahang, Pantai Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pada kebiasaannya mencatat 680 milimeter (mm).
“Namun, disebabkan peningkatan dan hujan yang diramal berterusan, taburan purata hujan akan meningkat sehingga 1,000 mm di beberapa kawasan yang akan mengakibatkan banjir.

“Dalam tempoh ini hujan boleh berlaku sepanjang hari dengan hujan yang lebih kerap pada lewat malam dan pagi yang turut disertai ribut petir,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Saw bagaimanapun berkata, fenomena itu biasa berlaku setiap tahun ketika Monsun Timur Laut atau lebih dikaitkan dengan kehadiran musim tengkujuh di Pantai Timur Semenanjung.

Sepanjang tempoh itu, negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan pantai Timur Sabah akan mengalami hujan lebat menyeluruh yang berterusan selama dua hingga tiga hari.
“Dalam kes cuaca yang ekstrem, hujan lebat yang menyeluruh ini boleh bertahan selama tiga hingga lapan hari, malah hujan lebat akan berlaku dalam masa yang berlainan di kawasan berkenaan sepanjang musim ini yang akan menyebabkan kemungkinan berlakunya banjir,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan yang sering mengalami banjir supaya berwaspada dan mengambil berat amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa mengenai kemungkinan berlakunya banjir.

Katanya, Jabatan Meteorologi juga sentiasa mengemas kini dan memantau maklumat serta perubahan atmosfera dari semasa ke semasa termasuk mengeluarkan amaran di media massa.

Di KUALA TERENGGANU, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata Terengganu kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kebimbangan pertembungan limpahan hujan dengan air pasang besar yang dijangka berlaku akhir bulan ini dan tiga kali sepanjang bulan depan.

“Jika pertembungan itu berlaku, beberapa kawasan rendah akan ditenggelami air kerana limpahan air hujan tidak mampu mengalir ke laut,” katanya pada sidang media mengenai persiapan banjir di negeri ini.

Difahamkan, Terengganu pernah merekodkan taburan hujan sebanyak 1,006 mm pada November 1998, yang tertinggi bagi tempoh 30 tahun.

Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana negeri, berkata kerajaan negeri mengenal pasti 198 kawasan yang sering dilanda banjir dan sudah membuat persediaan termasuk menghantar bekalan makanan ke 121 pangkalan hadapan.

Sumber : Berita Harian Online
SEMUA ORANG, DIMINTA BERJAGA-JAGA HARTA BENDA KORANG...

PDRM Serah Kepada Tentera Kawal Sempadan

RANTAU PANJANG, 15 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari Isnin dengan rasminya menyerahkan tugas mengawal sempadan Malaysia dengan Thailand kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis menandatangani serah menyerah tugas dibuat oleh Panglima Markas Dua Briged Brigadier Jeneral Datuk Zulkifli Mansor dan Panglima Markas Lapan Briged Brigadier Jeneral Abdul Rahim Mutalib bagi pihak ATM manakala Pasukan Gerakan Am (PGA) diwakili Komander Briged Tenggaranya, SAC Abdul Rahim Jaafar.

Majlis penyerahan rasmi yang membabitkan kawasan sempadan Kelantan, Kedah/Perlis dan pantai barat Semenanjung Malaysia disaksikan oleh Panglima Dua Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Nor Daud dan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) bahagian Pasukan Gerakan Am, Pengurusan Sempadan dan Keselamatan Lapangan Terbang, Datuk Salleh Mat Rasid.

Salleh berkata melalui perjanjian itu, ATM akan mengambil alih pengawalan sempadan dari PGA selama enam bulan bagi melihat keberkesanan sebelum kajian dibuat sama ada akan meneruskan tugas itu kepada ATM atau kembali kepada PDRM.

Sepanjang tempoh itu anggota PGA akan ditempatkan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor bagi membantu Ketua Polis Negara menangani jenayah, katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

"Polis memerlukan 10,000 anggota dan pegawai tambahan bagi menjaga keselamatan dalam negara dan tugas itu akan dibuat oleh PGA," katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata tugas itu akan dilakukan sebaik mungkin sejajar dengan keputusan yang dibuat bersama antara PDRM dan ATM sebelum ini.

Beliau berharap tugas diamanahkan kepada ATM dapat dilakukan dengan berkesan sejajar dengan saranan kerajaan untuk memastikan negara sentiasa selamat daripada ancaman.

"Kita tidak buat apa-apa sasaran dalam menentukan keselamatan dan kejayaan tetapi akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan negara sentiasa selamat dan aman," katanya.

Sumber : BERNAMA

 SELAMAT BERTUGAS KEPADA ATM..

Monday, November 15, 2010

Video Bola Sepak Sukan Asia 2010 Guangzhou, China :- Malaysia 1 - 3 Iran

Keputusan
Bola Sepak Pusingan Kedua
Sukan Asia 2010 Guangzhou, China

Malaysia 1 - 3 Iran

----------------------------------------------

Video Gol Pertama Iran
( Iran 1 - 0 Malaysia )


Video Gol Kedua Iran
( Iran 2 - 0 Malaysia )


Video Gol Ketiga Iran
( Iran 3 - 0 Malaysia )


Video Gol Pertama Malaysia
( Iran 3 - 1 Malaysia )


Semua Video Melalui Youtube

CUBA LAGI DI TEMASYA 4 TAHUN AKAN DATANG

Bola Sepak Sukan Asia 2010 : Carta Pusingan Kedua



SKUAD bola sepak kebangsaan hanya mempunyai 15 pemain untuk berdepan Iran pada aksi pusingan kedua Sukan Asia 2010 di Stadium Yuexiu, Guangzhou petang ini.

Daripada 20 pemain yang berada dalam skuad, dua pemain iaitu Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani telah mengalami kecederaan yang serius ketika menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pertama 8 November lalu.

Tiga lagi pemain, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Mahali Jasuli digantung perlawanan setelah mereka dilayangkan kad merah oleh pengadil kontroversi dari Australia, Ben Williams ketika skuad negara tewas 0-3 kepada China malam kelmarin.


Sumber : Harimau Malaya

Rakaman titah Sultan sedia diberi pada RTM dan TV3

ALOR SETAR, 14 November 2010 - Rakaman titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sewaktu merasmikan Persidangan DUN Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet sedia diberikan kepada RTM dan TV3, jika betul mereka mahu menyiarkannya untuk tontonan rakyat.

Demikian diberitahu oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid sebagai mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid kononnya Kerajaan Negeri menyekat rakyat mengetahui titah ucapan Tuanku Sultan.

“Dengan syarat mereka mesti menyiarkan keseluruhan titah ucapan tersebut dan jangan sekali-kali memotong mana-mana isi kandungannya,” tegas Helmi.

Tambahnya lagi, adalah munasabah untuk menyiarkan keseluruhan titah ucapan tersebut kerana titah baginda tidaklah terlalu panjang.

Antara lain, KDYMM Tuanku Sultan Kedah dalam titahnya melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

“Beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir,” titah baginda. 

Sumber : Warta Kedah

APA PENDAPAT KORANG ?

Sunday, November 14, 2010

Loya Buruk La Sangat


Loya Buruk 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata.

Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: 
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor. 

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," 
kata lelaki itu dengan riang.

Loya Buruk 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, 
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. 

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...,dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap." Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..

Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, 

"Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik." moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe..


Loya Buruk 3
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya..... lebih kurang sudah 8 tahun , nak .

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...

Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik...

COBAAN

Bola Sepak Sukan Asia 2010 : China 3 - 0 Malaysia ( 3 Kad Kuning untuk Malaysia ) Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua

BOLA SEPAK SUKAN ASIA 2010

MALAYSIA 0 - 3 CHINA

( 3 KAD MERAH UNTUK MALAYSIA )

MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN KEDUA

STATISTIK PERLAWANAN

PEMAIN KEDUA-DUA PASUKAN


PENGADIL PERLAWANAN
DAN PENJARING GOL


 8 KAD KUNING, 3 KAD MERAH
UNTUK PASUKAN MALAYSIA


Malaysia tempang ke pusingan kedua

GUANGZHOU - Malaysia layak ke pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Tianhe, di sini semalam.

Namun, kejayaan bersejarah sejak 32 tahun itu dicemari dengan keputusan pengadil yang melayangkan tiga kad merah kepada pemain negara Mahalli Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Ini pastinya menambahkan lagi tempang skuad K. Rajagobal yang ke Guangzhou tanpa beberapa tonggak utama apabila menentang Iran, esok pada pukul 4 petang.

Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan China dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke pusingan kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas, membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain. Kali terakhir skuad negara layak beraksi di pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok.

Di Doha, Qatar empat tahun lepas, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.

Pada perlawanan semalam, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain 'angkara' pengadil dari Australia, Williams.

Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelenggu kecederaan, berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar. - MINGGUAN



Sumber : Utusan Malaysia Online dan
http://www.gz2010.cn/info/ENG_ENG/FB/FBR173A_FBM400400A0100005ENG.html


BUKTIKAN KEPADA DUNIA
MALAYSIA BOLEH!!

Saturday, November 13, 2010

13 November 2010 :- 307, Angka Paling Tinggi Pengunjung ke Blog Aku.. Terima Kasih Semua

Hai All My Friends...

Aku nak share pasal jumlah pengunjung paling ramai dalam blog aku ni..
Aku rasa, hari ni la paling ramai pengunjung masuk blog aku....
Ini untuk blog aku la, kalau blog korang.. mesti ramai lagi kan....
Mesti 1000 pengunjung ke atas sehari kan....
Kalau boleh, sharee la skit camna nak kasi ramai pengunjung ke blog kita ....
Oklah, aku nak letak gambar jumlah pengunjung untuk hari ni, jumlah paling ramai...

Satu perkara lagi untuk korang semua, 
jangan lupa klik iklan Nuffnang ok... 
TQ.. TQ.. TQ.. Terima Kasih.. Terima Kasih.. Terima Kasih...


Jom share camna nak meramaikan pengunjung ke blog kita.. 
Komen skit kat bawah ni k.....