Saturday, November 13, 2010

Artis Kahwin : Raja Farah diijab kabul

Siapa tak kenal dengan pelakon ini : Raja Farah
Aku letak skit gambar-gambar dia dalam ni... Kenal ?



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Raja Farah diijab kabul
 RAJA FARAH bersama Megat pada majlis pernikahan mereka di Bukit Jelutong, semalam.

SHAH ALAM: Biarpun diduga dengan gosip melampau kononnya dikatakan sudah berbadan dua sebelum berkahwin, pelakon Raja Farah, 22, dan pasangannya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, tetap ceria dan tenang meneruskan majlis pernikahan mereka yang diadakan di Bukit Jelutong, di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Salon itu sah bergelar isteri berwali bapanya, Raja Aziz Raja Ngah jam 11 pagi. Hadir sama Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Rosly Mohd Arus.

Pada majlis pernikahan itu, Megat menyerahkan mas kahwin bernilai RM888 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Bagaimana pun pasangan ini memilih merahsiakan jumlah wang hantaran yang ditetapkan. 

Sumber : Berita Harian Online
SELAMAT PENGANTIN BARU.. 
SEMOGA BERKEKALAN PASANGAN INI KE ANAK CUCU..

Artis : Nabil Oh Nabil : Tiga gambar panas mirip Nabil tersebar

 ( Superimpose ? Jawapan hanya pada Nabil )

KUALA LUMPUR: Belumpun reda kontroversi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.

Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.

Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.

Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.

Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.

Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.

Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan.
Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.


Sumber : Berita Harian Online
KENAPA SAMPAI JADI MACAM TU ? 
KALAU BETUL BUKAN AKSI NABIL, KENAPA ADA ORANG DENGKI PADA NABIL ?
NASIB ENGKAU LA NABIL.. DUNIA ARTIS... BANYAK DUGAANNYA... 
BANYAKKAN BERSABAR... ATAU BUAT REPORT POLIS JA NABIL

Bolehkah Pasukan Bola Sepak Malaysia Melakar Sejarah di Sukan Asia 2010 Guangzhou, China ?

Perlawanan Pertama :
Malaysia 2 - 1 Kyrgyzstan

Perlawanan Kedua :
Malaysia 0 - 2 Jepun

Perlawanan Ketiga :
Malaysia vs China
( 13 November 2010 )


 BARISAN pemain negara berpeluang mencipta sejarah pada Sukan Asia 2010 seandainya berjaya menewaskan China pada perlawanan terakhir Kumpulan A hari ini.

----------------------------------------------------------

SKUAD bola sepak kebangsaan berdepan perlawanan penting menentang tuan rumah, China bagi aksi terakhir saingan Kumpulan A di Stadium Tianhe, Guangzhou malam ini.

Seandainya menang atau seri, Malaysia akan layak ke pusingan kedua (pertama kali selepas 32 tahun), selaku naib juara kumpulan untuk berkemungkinan bertemu Korea Selatan atau Korea Utara pada Isnin ini.

Namun jika tewas kepada China, skuad negara perlu mengharapkan Palestin dan Jordan masing-masing tewas kepada Korea Selatan dan Korea Utara pada aksi terakhir Kumpulan C malam ini.

Ia bagi membolehkan Malaysia layak selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dari kalangan enam kumpulan setelah pasukan tempat ketiga Kumpulan F, Maldives tersingkir apabila hanya mengumpul dua mata daripada tiga perlawanan kelmarin.

Jika Malaysia layak menerusi slot tersebut, lawan mereka pada pusingan kedua Isnin ini berkemungkinan besar adalah Iran.

Namun jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal lebih mahu memberi fokus terhadap perlawanan menentang China malam ini untuk memastikan Malaysia layak terlebih dahulu ke pusingan kedua.

"Saya mahu semua pemain mempamerkan persembahan terbaik. Saya nak mereka semua ambil kesempatan di mana kelemahan China dan berhati-hati juga dengan kekuatan dimiliki China.

"Cuma saya minta para pemain cepat menyerap tekanan kerana China beraksi di depan penyokong sendiri dan mereka juga perlukan kemenangan. Pasti China akan bermain habis-habisan," kata Rajagobal kepada Kosmo! semalam.

Skuad kebangsaan menjalani latihan terakhir di Stadium Huagong pagi semalam dengan pemain sayap, S. Chanturu yang menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 Isnin lalu kembali menjalani lati- han penuh.

Rajagobal dijangka terus menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha dengan penyerang muda berusia 20 tahun, Izzaq Faris Ramlan biarpun mereka buntu mencari jaringan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun, Rabu lalu.

Norshahrul, 24, yang menjaringkan satu gol ketika bertemu Kyrgyzstan berkata: "Memang sebagai seorang penyerang saya mahu menjaringkan gol pada setiap perlawanan.

"Saya berjanji akan memberi persembahan terbaik untuk menang."

Sumber : Kosmo Online

DENGAN HARAPAN,
MALAYSIA BOLEH MENANG DENGAN CHINA UNTUK MELAYAKKAN KE PUSINGAN SETERUSNYA... AMIN

Jawatan Kosong di UiTM Perak - Nov 2010

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak, Kampus Seri Iskandar dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap/kontrak di Kampus Seri Iskandar, Kampus Tapah dan Kampus Teluk Intan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara :-

1 PELUKIS GRAFIK B17
2 PEMBANTU MAKMAL C17
3 JURUTEKNIK KOMPUTERFT17
4 JURUTEKNIK ( Awam / Mekanikal / AV /Bengkel Mesin Struktur ) J17
5JURUTEKNIK UKUR J17
6 PENYELIA ASRAMA N17
7 KERANI N17
8 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
9 PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
10 PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
11 PEMBANTU JURUAUDIT W17
12 PENGAWAL KESELAMATAN KP11
13 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR R3
14 PEMBANTU AM PEJABAT N1
15 PEKERJA AWAM R1

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Sila kemukakan permohonan kepada:


TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUA
NO.TEL: (05) 374 2122/2045/ 2046

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Jumaat, 19 November 2010

Friday, November 12, 2010

Tahniah Rakyat Malaysia : 7.5 juta Rakyat Malaysia adalah pemilik akaun Facebook

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA....
PENGGUNA RANGKAIAN LAMAN SOSIAL PALING TINGGI DI DUNIA....

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.

“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.

“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya.

Sumber : Kosmo Online

RAKYAT MALAYSIA MERUPAKAN ANTARA PENGGUNA SOSIAL FACEBOOK, FRIENDSTER DAN TWITTER YANG TERTINGGI DI DUNIA...
HEBAT RAKYAT MALAYSIA NI KAN..... APA KOMEN ANDA ?

Artis : Shamrin Fotograf meninggal dunia






PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

Sumber : Mstar Online

AL-FATIHAH...

Thursday, November 11, 2010

Timun oh Timun : Khasiat dan Kelebihan Timun... Nyam.. Nyam..

Hai All My Friends..
Kali ni aku nak share pasal kelebihan TIMUN...


( TIMUN )

-------------------------------------------------------
Nama Latin : 
Cucumis sativus,

Nama lain : 
Cucumber (Inggeris),
komkommer (Belanda),
Gurke (Jerman),
Concombre (Perancis)


Antara fungsi timun ialah untuk menyejukkan badan, samada digunakan secara dalaman atau luaran. Timun yang tergolong dalam jenis pokok yang menjalar, dipercayai berasal dari Asia Selatan. Ia dikatakan telah ditanam sejak 3000 tahun dahulu dan menurut karya Mesir, timun mempunyai hubung kait untuk perawatan kulit.

Timun sangat kaya dengan kandungan mineral. Kandungan mineral yang ada pada timun adalah potassium, magnesium, kalium, zat besi dan fosforus. Karena kandungan potasium, magnesium dan fosforus ini, timun sangat baik sebagai rawatan untuk hipertensi. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi & Vitamin C. Berdasarkan kandungannya, tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa jenis penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dalam darah kita.

Jika mengalami sembelit, ia dapat diatasi dengan mengamalkan makan timun setiap hari. Kandungan jus di dalam timun amat mujarab untuk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dengan perahan lobak merah & saderi, ia dapat mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik & artritis. Bijinya pula kaya dengan potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendapatkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dengan jus lobak & salad. Parutan timun juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan seperti masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pada seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.

Timun juga berfungsi sebagai merawat kulit yang terbakar. Ini kerana timun sifatnya adalah sejuk. Alirkan air sejuk ke kawasan kulit yang terbakar dan tuamkan dengan hirisan timun. Biarkan beberapa minit bagi proses pemindahan haba dari tisu kulit. Hirisan timun juga boleh digunakan sebagai penyejuk demam, sesak dan pening kepala, mata letih, kaki berdenyut dan sebagainya..

Selain itu, kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dengan menggunakan timun. Caranya, parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pada setiap malam sebelum tidur.

Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dengan timun. Boleh dikisar sehingga halus dan buat sebagai bahan minuman dengan mencampurkannya bersama sedikit gula. Kacau hingga sebati & simpan dalam peti sejuk. Kemudian minumlah 2 atau 3 kali sehari.

Banyak lagi kebaikan timun boleh dimanfaatkan jika kita memahami fungsinya. Mungkin pembaca juga boleh berkongsi sama info atau maklumat yang diketahui tentang khasiat timun.


Sumber : Google.Com


SELAMAT MENCUBA.
JANGAN RAGU-RAGU UNTUK MAKAN TIMUN.
SELALUNYA,
TIMUN NI DILETAKKAN BERSAMA SATEY KAN?

KOMEN SKIT PASAL TIMUN NI,
APA PENDAPAT KORANG PLAK ??

Pencapaian Terbaik bagi tempoh 4 TAHUN : 48,327 calon UPSR peroleh semua A

PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu adalah pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.


"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Abdul Ghafarm, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu.


Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.-Bernama

Sumber : Harian Metro Online

TAHNIAH KEPADA ADIK-ADIK YANG TELAH BERJAYA DALAM UPSR...
KEPADA YANG ADIK-ADIK  YANG MENDAPAT KEPUTUSAN TIDAK MEMUASKAN, 
SILA CUBA LAGI PADA UJIAN PMR..... 
BUKTIKAN ANDA BOLEH KEPADA IBUBAPA ANDA.
BELAJAR.. BELAJAR.. DAN TERUS BELAJAR...