Tuesday, October 26, 2010

Berita Terbaru : Sotong kurita peramal Piala Dunia 2010 mati ( Sotong Paul )



BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia Online
AGAKNYA, PAUL NI KENA MAKAN ATAU DITANAM SELEPAS KEMATIANNYA...??
ATAUPUN DIAWETKAN... APA PENDAPAT KORANG ?

Penjagaan Kain Baju ...

 ( Gambar Hiasan )

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

Sumber : Email Yahoo Group
PETUA UNTUK ANDA..

Weird Cop

Probably he is not a real cop. But who knows.




















Sumber : Email Yahoo Group 


FUNNY PICTURE

Bahaya Dosa ...



Seorang hamba Allah, dikira berdosa, apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.

Sesorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuatam maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).

Setiap hamba Allah yang berdosa akan ditimpakan pembalasan seksaan (azab) daripada Allah s.w.t sama ada di akhirat, maupun di dunia.

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguh akan Kami rasakan kepada mereka (yang melakukan dosa) sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain (sebelum) azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar) - (QS. al-Sajadah : 21).

Hamba Allah yang perbuatan dosanya tidak / belum mendapat keampunan Allah Taala atau dalam proses keampunan, sedang dalam pengkifaratan dosa misalnya, akan menerima pembalasan awal (terdekat) di dunia yang merupakan seksaan atau kecelakaan.Pembalasan dosa akan membinasakan diri, seterusnya menjejaskan iman dan melupuskan takwa.

Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya : Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.

Allah Taala berfirman, mafhumnya, "Bahkan telah ternoda hati mereka (berkarat dengan noda sehingga menutupi hati) dengan apa yang mereka usahakan (dosa yang mereka lakukan)" - QS. al-Nuthaffifin : 14).

Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah, akan hidup dan mati dalam kesesatan. Na'uzu billahi min zalik.

Demikianlah dosa itu akan menjadi hijab yang mendindingi perhubungan seseorang dengan Allah Taala, terjauh daripada rahmat Allah, tidak mendapat taufik dan hidayah-Nya untuk berbuat amal kebajikan. Orang yang banyak dosa dan berterusan dengan perlakuan dosa itu sehingga berkarat tebal adalah sukar untuk kembali ke jalan yang benar, malah sukar juga untuk memulakan taubat. Sebaliknya, dosa itu akan mendorong kepada perbuatan dosa yang lain, sama ada dilakukan dengan anggota badan (dosa zahir) atau dengan hati (dosa batin). Dosa yang baru ini mungkin lebih besarkecelakaannya. Secara lambat atau segera, hamba Allah yang berdosa itu akan menerima pembalasan di dunia :(a) ditimpa penyakit,(b) ditahan rezeki,(c) merasakan diri terlepas daripada sebarang pembalasan kerana masih berterusan mendapat kemewahan dan keni'matan hidup, walaupun berterusan melakukan dosa, akan tetapi semuanya ini merupakan tindakan istidraj (pembalasan secara perlahan, sedikit demi sedikit) daripada Allah Taala yang tidak disedari oleh hamba Allah yang berkenaan.

Allah berfirman, "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik (mengazabkan) mereka secara beransur-ansur (istidraj) dengan cara yang tidak mereka ketahui - (QS. al-A'raf : 182).

Demikianlah kecelakaan akibat dosa yang perlu diketahui. Berkata Imam al-Ghazali, "Apabila kita dapat memahami semuanya ini, nescaya akan timbul di dalam hati rasa takut. Jika perasaan takut telah bertakhta di hati, akan mudahlah kita menanggung kesabaran dengan berkatnya. Pertolongan Allah Taala dan taufik-Nya akan menyusul sesudah itu".

Wallahu a'lam.

Penulis: Muhammad Isa al-Jambuli

Sumber : Email Yahoo Group

JAWATAN KOSONG : Pembantu Taska - 80 kekosongan


BondaMama Kids adalah rangkaian taska dan tadika di seluruh negara yang kini mempunyai lebih 30 cawangan dan terus berkembang dengan pesatnya.

Kami menawarkan jawatan kosong untuk diisi seperti berikut :

NAMA JAWATAN : Pembantu Taska
KELAYAKAN : Memiliki sekurang-kurangnya SPM
GAJI : Boleh dirunding

Sila emailkan kepada info@bondamama.com - nama, alamat dan nombor telefon anda untuk dihubungi.

ATAU

Hantarkan permohonan anda kepada :

Pengurus Perjawatan
BondaMama Resources
16-3, Jalan Mesra Niaga
Taman Mesra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 30 OKTOBER 2010

Monday, October 25, 2010

Ayu Raudhah dan Zaquan Bertunang pada malam 17 Oktober lalu, di USJ Subang Jaya, Selangor.

( Ayu dan Zaquan )

 ( Rita dan Zafuan )


HATI Ayu berbunga bahagia setelah menjadi tunangan Zaquan.

SETELAH beberapa bulan berteka-teki tentang tarikh lamaran, akhirnya dramatis Ayu Raudhah mengikat tali pertunangan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak pada malam 17 Oktober lalu, di USJ Subang Jaya, Selangor. Cuma dihadiri oleh adik-beradik dan sanak saudara terdekat, tiada acara besar-besaran.

Upacara merisik dilakukan terlebih dahulu oleh wakil keluarga Abdul Razak Salleh dan isterinya, Azizah Arshad yang membawa rombongan tiga kereta dari Seremban, Negeri Sembilan. Turut dibawa tiga dulang hantaran berisi dua bentuk cincin dan buah-buahan.

''Kami disambut baik oleh keluarga Ayu. Perbincangan tidak lama untuk mendapatkan kata persetujuan mengenai tarikh perkahwinan dan belanja wang hantaran," kata salah seorang keluarga Abdul Razak kepada Pancaindera.

Demi menghormati permintaan kedua-dua belah pihak, jumlah belanja mas kahwin dirahsiakan.

Alasannya, bimbang sekiranya pendedahan itu boleh dianggap riak oleh sesetengah pihak.

Kenduri sebelah Ayu di Alor Star, Kedah bakal diadakan pada 21 atau 22 Januari tahun depan diikuti dengan Seremban pada 29 Januari 2011 di Pusat Dakwah Islam di Paroi, Negeri Sembilan.

Bercerita tentang hal pertunangan, Ayu sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis bertunang sama pada hari perkahwinan. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor.

Tak mengapalah Ayu, itu cuma rancangan awal sahaja. Tidak perlu kecewa kerana apa yang penting sekarang, Ayu sudah selamat menjadi tunang orang.

Kesempatan untuk mengorek rahsia hatinya, ternyata Ayu benar-benar gembira dengan status yang baru seminggu disandangnya itu.

''Hati berbunga-bunga kerana gembira sangat. Dan Ayu berharap akan sabar, reda dan kuat menempuh segala dugaan. Insya Allah, Ayu percaya untuk mengecapi impian, kita terpaksa mengorbankan sesuatu," soalnya sambil menyatakan kesyukuran apabila majlis merisik bertukar terus kepada upacara pertunangan.

Pelakon drama Dilema Wanita dan Dari Mata Arisa turut menyatakan bahawa pertunangan tersebut cukup bermakna. Bagi keluarga Abdul Razak, ini adalah kenduri perkahwinan yang terakhir dalam keluarganya. Sebab Zaquan anak paling bongsu dan sedikit sebanyak, mahu kesempurnaan agar majlis tersebut dapat dikenang sepanjang hayat.

Begitu juga dengan keluarga Zabedah Saat, ibu Ayu yang turut berdoa agar upacara meraikan anak bongsu perempuannya itu berjalan lancar dan meriah tanpa sebarang masalah.

Sumber : Utusan Malaysia Online
AIDIL ZAFUAN PILIH ARTIS RITA RUDAINI, 
AIDIL ZAKUAN PILIH ARTIS AYU RAUDAH,
ITULAH JODOH PEMAIN BOLA SEPAK DENGAN ARTIS TAHNIAH...

Sunday, October 24, 2010

Matapelajaran Sejarah di semua sekolah rendah 2014

 ( gambar sekadar hiasan )

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini. – Utusan

Sumber : Utusan Malaysia Online
MAKIN BERTAMBAH MATA PELAJARAN UNTUK SEKOLAH RENDAH

Kedah kalah di Stadium Kota Bharu, Kedah 0 - 1 Kelantan

Akhirnya, Kedah terpaksa akur dengan kehebatan pemain Kelantan. 

Dari pagi hingga ke petang, tidak sabar rasanya ingin menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kedah vs Kelantan. Target dalam kepala, Kedah boleh menang dengan kelantan sebab Kelantan belum pernah menang dengan Kedah dalam saingan Liga Super. Bola itu bulat, maka malam yang ditunggu telah tiba. Aku bersama dengan wife pergi ke rumah tok di tamar melor untuk menyaksikan perlawanan siaran langsung di Astro 801. 

Tepat kul 8.30malam, kami bertolak ke rumah tok. Kami disediakan dengan hidangan nasi lemak yang dibeli oleh maksu. Hehe. Sedap lak rasanya nasi lemak tu. Sambil makan, sambil tengok bola. Kelantan dok attack Kedah ja ni. Apsal Kedah main tak elok malam ni ? Sehingga lah habis 1 bungkus nasi lemak, makan plak kacang kuda.. Habis kacang kuda, minum air teh o. Tamat separuh masa pertama, Kedah 0-0 Kelantan. 

Masuk saja separuh masa kedua, Kedah bermain bertahan sahaja. X nampak pun Kedah buat serangan ke gawang gol Kelantan. Memang x dak ong la malam ni Kedah. Tengok2, corner kick oleh Nor Shahrul Izlan Talaha masuk ke gawang gol yang ditempis oleh Helmi. Apa Helmi buat ? Aduhai, Kelantan dah dapat score sebiji.. Habis lah Kedah, sebut aku dalam hati. Ternyata, Kedah masih tidak dapat menjaringkan gol penyamaan. Asyik dengan permainan bertahan. PreEeeetTTT... KELANTAN MENANG!!

Aku pun balik rumah dengan bini aku dengan perasaan hampa. Memang Kelantan layak ke FINAL dengan permainan yang ditunjukkan oleh depa tadi. Tahniah KELANTAN, buat pasukan KEDAH, cuba lagik di tahun hadapan. 

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir 2 : 

KEDAH 0 - 1 KELANTAN ( Agreget 0-1 )

JOHOR FC 0 - 2 N. SEMBILAN ( Agreget 1-2 )

Perlawanan Akhir Piala Malaysia : 
30 Oktober 2010 ( Sabtu )

KELANTAN vs NEGERI SEMBILAN