Saturday, October 23, 2010

Dosa simpan foto teman wanita/teman lelaki dalam dompet?

Apsal aku ni suka sangat main copy/paste jerk ?
Tapi tak pa la, just nak share ngan korang pasal benda ni.
Kalau korang baca paper harian metro, mesti korang dah baca bab ni.
Kepada yang belum terbaca tu, baca la di bawah ni...
Aku ambik dari fikrah Dr Salam..... 

 DOSA ATAU TIDAK SIMPAN FOTO TEMAN WANITA/TEMAN LELAKI DALAM DOMPET?

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ( gambar sekadar hiasan )

Soalan :-

BERDOSAKAH saya jika menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet?

AIDIL
Kuala Lumpur

Jawapan :-

HANYA sekadar menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet tidak berdosa.

Bagaimanapun, perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur dan perkara haram seperti terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya.

Selain itu ada pendapat yang mengharamkan simpanan gambar berkenaan. Maka lebih baik mengelak daripada berbuat demikian.

Sumber : Harian Metro Online

YANG BAIK JADIKAN AMALAN, YANG TIDAK, JADIKAN SEMPADAN
* perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur dan perkara haram seperti terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya.

Pemain bola dihukum mati

Dok baca paper MyMetro Online.. Ada tajuk ni "Pemain bola dihukum mati".
Aku ingatkan pemain dari negara Malaysia, rupanya pemain dari negara Nigeria.
Nasib badan la apsal p mengedar heroin.. Tak pasai-pasai kena hukuman mati.
Aku try search gambar dia kat google dan yahoo. X jumpa pun.. Mungkin pemain tak terkenal ni. 
Diharap, pemain bola sepak Malaysia tak la sampai jual,beli,edar dan makan dadah or heroin atau apa-apa yg bersangkut dengan dadah ni..
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM: Seorang pemain bola sepak dari Nigeria yang menjadi pengedar dadah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas didapati bersalah mengedar 530.14 gram heroin di Puchong, dekat sini, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Danny Phiri, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di apartmen bernombor Blok A-3A-08, Koi Tropikana, Batu 3 Jalan Puchong, Puchong, jam 12.35 tengah malam, 15 Mei tahun lalu. — Bernama

Sumber : Harian Metro Online
SETIAP KESALAHAN, PASTI ADA HUKUMAN

Friday, October 22, 2010

Astro Warna (Saluran 132) : Jom Rebut RM500,000

Aku jumpa berita ni di Harian Metro. Hadiah lumayan jugak... RM500,000. Siapa mau ? Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa tahu.. Belum cuba belum tahu kan...

-----------------------------------------------------------------------------------

DALAM tempoh sehingga 10 minit, anda boleh menang hadiah wang tunai RM500,000! Itulah habuannya apabila Astro Warna (Saluran 132) memperkenalkan program permainan baru, Anda Ada 60 Saat, berkonsepkan santai.

Menerusi beberapa permainan yang menarik itu, peserta mesti melepasi 10 permainan dalam tempoh 60 saat setiap satu. Biarpun, dengarnya seakan mudah, ia sebenarnya tetap mencabar. Oleh itu, segala kemungkinan itu akan terjawab mulai 25 Disember nanti bagi pelanggan pakej Mustika Astro.


Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, berkata dalam usaha untuk terus menjadikan Astro sebagai pilihan utama pelanggan, program yang pelbagai dan hebat perlu dihasilkan. Begitu juga dengan jumlah habuan yang menanti.


"Kami sentiasa mencari kelainan dan memuaskan hati pelanggan. Sambil berhibur, penonton boleh menyertai program yang disediakan.

"Menerusi Anda Ada 60 Saat, kita akan menyaksikan satu program berbentuk kuiz permainan yang mengetengahkan konsep santai dan cukup menghiburkan. Melihatkan jumlah RM500,000 yang ditawarkan itu, tentu ramai di luar sana mahu mencuba nasib bukan.


"Caranya, peserta hanya perlu melepasi 10 permainan dengan durasi 60 saat setiap satu. Inilah peluang terbaik untuk penonton Astro menjadi hartawan," katanya.

Nizam berkata, rangkaian permainan disediakan sebenarnya mudah dan mampu menarik perhatian semua lapisan penonton. Ini kerana cabaran dikenakan itu membabitkan penggunaan perkakasan di rumah. Katanya, contoh cabaran itu kini boleh ditonton menerusi laman web rasmi, www.astro.com.my/andaada60saat.


Bagi mencari peserta yang layak menyertai rancangan itu, uji bakat diadakan di beberapa lokasi terpilih pada tarikh ditetapkan iaitu Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 23 & 24 serta 30 & 31 Oktober ini manakala di Kompleks Kota Raya, Johor pada 23 & 24 Oktober ini.


Sesi uji bakat terbuka kepada warga negara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan berumur 18 tahun ke atas. Mereka yang berminat ingin mencuba perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R.


Malah, peserta juga diingatkan tampil dengan pakaian yang sesuai di sesi uji bakat itu. Kaunter pendaftaran bagi sesi uji bakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Sumber : Harian Metro Online
TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU.. MUNGKIN ANDA??

Dakwaan Adun Kuala Nerang muflis tidak benar

 ALOR SETAR: Dakwaan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.

Pegawai Khas Adun itu, Sobri Sudin berkata, isu itu sengaja direka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekali gus mahu mengambil alih kerusi Adun itu melalui pilihan raya kecil.


Katanya, Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Oktober lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas Adun itu juga tidak benar.


"Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.

"Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi Adun daripada beliau, " katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.


Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekali gus membuka ruang kepada pilihan raya kecil.

Sobri berkata, isu itu sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan Syed Sobri pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.


"Ada laporan yang menyatakan Syed Sobri dihalang masuk bagi menyertai perhimpunan Agung Umno yang berlangsung semalam ekoran status beliau yang muflis juga tidak benar.


"Ini kerana beliau turut serta dalam perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.


Beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menjatuhkan imej Adun Kuala Nerang itu.-Bernama 

Sumber : Harian Metro Online
INFO TERKINI DARI HARIAN METRO... KALAU SALAH, CUBA SELIDIK SEMULA....

Demam Bola Piala Malaysia : Kedah optimis benam Kelantan

Demam bola sepak Piala Malaysia tak habis lagik.. Ada ja berita pasal Pasukan KEDAH, pasti aku nak letak dalam blog aku ni, so jangan marah ya para blogger2 lain... Aku saja nak share berita bola jerk untuk peminat Bola khasnya Piala Malaysia ni..

Kepada user Facebook, kalau rajin share berita ni atau LIKE!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


SKUAD Kedah berazam mencipta kejutan dengan membenam Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Pialaq Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam esok.


RENTAK Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin dilihat serba tidak menjadi.

Semuanya gara-gara Kedah tidak dapat menampilkan barisan terbaik sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Dua tonggak pertahanan, Mohd. Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning.

Lebih malang, seorang lagi pemain pertahanan, Azmi Muslim mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-11.

Jurulatih Kedah, Ahmad Yusof mengakui, kehilangan beberapa pemain utama menjejaskan barisan pertahanan skuad Kenari itu.

“Kedah agak pincang kerana beberapa pemain utama tidak dapat beraksi.

“Kami bertambah pincang apabila Azmi dikeluarkan. Rakan-rakan sepasukannya agak terkejut dengan keadaan itu,” kata Ahmad sejurus selepas tamat perlawanan kelmarin.

Beliau berkata, jadual perlawanan yang ketat mendedahkan pemain kepada masalah kecederaan, sekali gus menjejaskan persiapan pasukan.

Ia terbukti apabila Kelantan terpaksa menggunakan tiga pemain simpanan dalam tempoh 15 minit pertama perlawa- nan ekoran masalah kecederaan.

Tonggak pertahanan Kelantan, Azizi Mat Rose yang baru memulakan aksi selama dua minit terpaksa dikeluarkan dan tempatnya diganti oleh S. Subramaniam.

Namun, Subramaniam hanya sempat beraksi selama 12 minit sebelum dia dikeluarkan akibat kecederaan dan diganti dengan Mohd. Daudsu Jamaluddin.

Pemain tengah Kelantan, Mohd. Shakir Shaari yang turut mengalami kecederaan pula dikeluarkan pada minit ke- 12 dan diganti oleh Khairan Eroza Razali.

Ahmad mengakui, kegagalan memperoleh gol di laman sendiri menyukarkan Kedah ketika bertandang ke Kota Bharu bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua Sabtu ini.

Bagaimanapun, Ahmad tetap yakin Kedah mampu meraih kemenangan seterusnya layak ke pentas final.

“Ia bukan mustahil (menang). Saya yakin Kedah mampu lakukan (menang),” katanya.

Tambahnya, persiapan Kedah akan lebih mantap apabila Sabre dan Khairul Helmi boleh diturunkan.

“Sebelum ini, Kedah mengalahkan Kelantan 1-0 pada saingan Liga Super di Kota Bharu. Kejayaan itu boleh dilakukan sekali lagi dengan kesungguhan, komitmen dan aksi cemerlang pemain Sabtu ini,” katanya.

 Sumber : Kosmo Online

PULUN KEDAH PULUN... PULUN BAGI MENANG...

Thursday, October 21, 2010

Piala Malaysia : Ramalan Sotong Paul "Facebook" Kedah vs Kelantan

Ramalan Sotong Paul bagi Piala Malaysia antara

Kedah vs Kelantan

( KEDAH MENANG!! )


Lagu : Untukmu Penyokong



Lirik : Untukmu Penyokong

Kita bersamalah berjuang
Yakin tanpa berhalang
Jeritan merdu
Sokongan yang padu
Moga kami terus membuka
Lorongan cita-cita
Walaupun jatuh rebah
Semangat berapi
Walau tak terperi
Tangkas bangun semula
Pedih terasa
Namun itu semua
Hilangnya dalam semangat membara

Tanpamu perjuangan penuh duka
Tanpamu sukar menghasil usaha
Sebelum berakhir bertarungan
Jangan kau jauh pergi berpalingan

Genggamlah katamu menjadi janji
Walaupun darah yang kau tangisi
Terus melaung melodi sokongan
Moga menjadi erti kemenangan

Berjaya, bukan hanya berkata-kata
Datang penat usaha
Bersama bersatu
Engkau bersamaku
Tangkas kembali gagah
Takkan menyerah
Tanpa angan-angan
Bersama bangun memburu impian

Tanpamu perjuangan penuh duka
Tanpamu sukar menghasil usaha
Sebelum berakhir bertarungan
Jangan kau jauh pergi berpalingan

Genggamlah katamu menjadi janji
Walaupun darah yang kau tangisi
Terus melaung melodi sokongan
Moga menjadi erti kemenangan

Sakitnya
(Menakluk) kesukaran
(Tak dapat terduga) kekalahan
Jangan putus asa
Walaupun tersiksa, kembali perkasa

Sorakmu membangkit hati yang lara
Bagai petir tidak bercahaya
Genggam tanganku terus kehadapan
Moga ilhamkan kemenangan, Ohh ….

Tanpamu perjuangan penuh duka
Tanpamu sukar menghasil usaha
Sebelum berakhir bertarungan
Jangan kau jauh pergi berpalingan

Genggamlah katamu menjadi janji
Walaupun darah yang kau tangisi
Terus melaung melodi sokongan
Moga menjadi erti kemenangan


PULUN KEDAH PULUN

Cara berhadapan dengan org yang sakit hati kat kita

Aku jast nak share 1 artikel dari pahangcomunity ni. Mana la tahu kan, kot korang nak ambik skit petua cara berhadapan dengan orang yang sakit hati kat kita. Apapun, tak semua org suka dengan kerja kita. Tak semua org akan suka apabila tengok kita lebih baik dari dia. Ok lah, baca dibawah ni ok..

Aku copypaste jerk.... Layan.. (SYuN)
Jangan lupa LIKE!! di Facebook!!
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kita semua sedia maklum, asal kita maju sikit, lebih sikit, advance sikit, ada orang akan cepat sakit hati, cemburu, menyampah dan geram ngan kita.

Lantas, si dia akan mempamerkan rasa sakit hatinya tu (rasa tak suka) di depan kita. Kita tak kacau dia, dia pulak yang sibuk-sibuk nak kacau kerja kita, apa yang kita buat dan semua kelakuan kita. Andai Anda dalam keadaan begini apa nak buat?

Ada dua cara. Cara sejuk dan cara panas.

Cara sejuk, Anda buat donno saja. Buat tak tau saja.
Dia sakit hati ngan kita, biarlah dia sakit hati.
Sampai bila-bila pun, dia akan terus sakit hati sendiri.

Jika dia lontarkan kata yang pedas-pedas, yang menyindir, biarlah dia lontar, biarkan dia geram sendiri.
Anda buat donno saja. Senyum pun boleh juga!.

Ketika menggunakan cara ni, Anda perlu keraskan hati, tebalkan telinga dan tinggikan sabar.

Anda mesti LUPAKAN habis kata-kata mulutnya yang menghiris hati Anda, yang memedaskan telinga Anda dan yang menyentap semangat Anda.

Lupakan selupa yang mungkin, buang jauh-jauh, sejauh yang mungkin.

Sebab, bila dilayan, motivasi jadi turun dibuatnya. Sukar untuk Anda jadi bermotivasi semula.

Jadi, untuk nak jadi bersemangat tingi, baik lupakan saja. Jangan layan.

Anda sendiri yang akan susah bila merasa akibatnya. Tul tak?

Cara panas, bila Anda lawan cakapnya. Cara ni kurang berkesan.

Ia boleh membawa pertengkaran yang lebih hebat.

Jika Anda memutuskan untuk menggunakan cara panas, pastikan yang Anda benar-benar dah berjaya, dah kaya, dah ada pengaruh dan ada kehidupan yang mantap, lebih mantap, lebih hebat dari orang yang sakit hati dengan Anda tu.

Bila dia sakit hati sendiri ngan kemajuan Anda, dia akan cepat sedar siapa dia kerana dia banyak ketingggalan berbanding Anda.

Last-last, dia akan diam sendiri. Anda pula, semakin maju, semakin berjaya dan semakin berpengaruh.

Orang yang bermotivasi adalah orang yang memilih untuk mengambil yang baik saja, melihat yang baik saja dan mendengar yang baik saja.

Mereka mengelak untuk memikir perkara-perkara yang membuat mereka sakit hati, kerana mereka tahu ia menurunkan motivasi lantas membuat mereka jadi ‘down’ satu hari. Bagaimana dengan Anda?

Hidup perlu KUAT, perlu ada VISI dan perlu ada MATLAMAT.

Anda perlu kuat semangat, kuat kesabaran, kuat usaha.

Untuk menjadi pemenang, Anda perlu berubah menjadi kuat.

Mulai hari ini, hijrahkan diri, kasi upgrade dari diri Anda yang kemarin.

Be strong. LiveStrong!


Sumber : Pahang Comunity

DISAAT KAMU BERGEMBIRA,
KENANGKANLAH SAAT DUKA,
KERANA IANYA DATANG TANPA DIJANGKA,
MUNGKIN PADA MASA INI JUGA.

Jawatan Kosong di FINAS

FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:

1. JURUTERA – J41
2. PEGAWAI TADBIR – N41
3. PEMANDU KENDERAAN

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup: 1 November 2010

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN